Thursday, July 22, 2010

Raja Pasir Selangor Tunjuk Bodoh

Raja Pasir Selangor, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei memalukan diri sendiri apabila membuat dakwaan isu pasir Selangor ini ditimbulkan oleh Datok Seri Noh Omar sebagai usaha untuk mengenakan Khir Toyo.
Dakwa Suhaimi,

Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. - Malaysiakini, 21 Julai 2010

Kenyataan ini sangat memalukan dan menunjukkan ADUN Sri Muda ini tidak membaca dan sangat terdesak untuk menyelamatkan gangster-gangster pasir di Selangor sehingga terpaksa membuat tuduhan tidak masuk akal.

Jika Suhaimi berfikir sejenak dan membaca dengan lebih baik tentu beliau sedar bahawa isu pasir ini dibangkitkan oleh Khir Toyo sejak tahun lalu lagi. Sebelum YB Kapar bersuara lagi. Malahan dalam kekecohan terbaru ini pun, Khir Toyo yang membongkarkannya terlebih dahulu. Jadi logik akal yang mana menyatakan Noh Omar bangkitkan isu pasir untuk burukkan Khir Toyo?

Suhaimi jangan anggap semua orang bodoh dengan menyatakan lubang-lubang seperti kawah muka bulan itu sebagai tinggalan zaman Khir Toyo. Kalau ia tinggalan zaman Khir Toyo maka lubang-lubang tersebut sudah tidak nampak kerana ia akan dipenuhi air dan menjadi tasik lombong.  Ini lubang kering macam tapak pendaratan UFO dalam cerita Hollywood.

Apa punya wakil rakyat orang Sri Muda pilih ni? Bodoh nak mampus. Ha ha ha ha. Lembu pun gelak kalau dia faham apa yang suhaimi cakap.

Kuis Cikit: 
1. Ada orang bercerita Suhaimi dan Yaakop Sapari hampir terkencing kena tengking dengan Raja Komando apabila mereka bagi kawasan pasir di Pulau Meranti Dengkil kepada satu kontraktor Cina. Bila Raja komando mengamuk, terpaksa suhaimi mengadap pak engku dan pohon maaf. Akhirnya, kawasan tersebut dapat kepada Raja Komando saksi pihak Anwar dalam kes liwat pertamanya.

2. Semalam, seekor burung Tiung singgah di teratak saya. Lalu tiung bercerita ketika ia sedang beristerehat di sebatang pokok berhampiran bilik tidur Suhaimi Sri Muda, terdengarlah bermacam sumpah seranah suhaimi ke atas Khir Toyo, Noh Omar, Shukor Idrus, Wee Chee Keong dan Mike kapar kerana mengeruhkan isu pasir ini. Marah juga suhaimi kerana terpaksa menyembunyikan kereta ALPHARD yang baru dibeli-belinya gara-gara kes ini.



Monday, July 19, 2010

Perompak Pasir Kroni PKR Sudah Muncul

Terkini: Khalid baca maklumat ini, jangan asyik bermadu asmara dengan bini muda sahaja. Komen dari pengunjung blog,  "Raja Kamarudin @ Raja Komando Bugis Holding sedang mengorek sungai Rasau Kg. Pulau Meranti Dengkil Sepang hancur jalan kampung JKKK pening kepala mereka masuk kampung macam kampung mereka.

PKR sedang membayar hadiah untuk penyokong-penyokong Anwar yang sanggup mempertahankan dirinya daripada tuduhan liwat. Inikah yang dikatakan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.

Menurut laman rasmi kerajaan negeri Selangor (http://www.selangorkini.com.my/)

"SHAH ALAM, 19 Jul – Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.


Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

“Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah UMNO akan bayar kerugian ini,” katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.


Siapakah Raja Kamaruddin ini? Pengusaha pasir atau satu lagi kroni PKR yang sedang merompak khazanah negeri Selangor?


lihat pula berita :
 

Witness in Anwar Trial Testifies


Associated Press, February 14, 2000
By Sean Yoong

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — A member of Malaysia’s ruling party testified Monday in the sodomy trial of Anwar Ibrahim that the prosecution’s two key witnesses were "paid off" to fabricate lies about the former deputy prime minister.

Raja Kamarudin Raja Abdul Wahid, who began his testimony on Friday, is the first defense witness to corroborate Anwar’s repeated claims that the sex charges against him are part of a political conspiracy

Rupa-rupanya Raja Kamaruddin perompak pasir ini dulu saksi perbicaraan Anwar Ibrahim. Sejak bila raja kamaruddin a.k.a Raja Komando ini menjadi pengusaha pasir yang tulen di Selangor ini?
 
Dari Komando, jadi penyokong Peliwat, sekarang jadi perompak pasir Selangor.
 
Reformasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! kah kah kah.

Tuesday, July 13, 2010

Bajet Haru Biru Selangor, Azmin Ali cakap Tak serupa Bikin

Nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada apabila media melaporkan Azmin Ali mengkritik pengurusan kewangan kerajaan negeri. Kata Azmin, "Amalan boros ini mesti dihentikan serta-merta. Perbelanjaan oleh STANDCO (Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah) perlu berhemah bagi mengurangkan penggunaan peruntukan luar jangka kerajaan negeri dan merancang perbelanjaan untuk perkara yang sudah dibajetkan."

Tapi pada November 2009 ketika pembentangan Bajet, Azmin ketika mempertahakan Khalid daripada kritikan bekas Menteri Besar Selangor menyatakan, "We do not spend more than what we (have). We get RM 1.3 bilion, we spend RM 1.3 bilion.”

Bandingkan pula dengan pandangan bekas MB Selangor dalam isu yang sama pada November tahun lalu. http://www.drkhir.com/2009/11/bajet-selangor-bangkai-gajah-mahu.html

Lihatlah mana yang intan, mana yang kaca dan mana pula yang hampas terung!

p/s: Dalam edisi akan datang, blog ini mungkin akan mendedahkan beberapa perkara mengenai UMNO Selangor terutamanya mengenai apa yang diucapkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor semalam  :)

Tuesday, July 6, 2010

Pas Kalau Terdesak, Islam Pun Dijual Kepada DAP


Dari Blog Jenice Lee:

‘Al Quran Di Junjung , Islam Di Sanjung’


Kategori:

A)Tilawah Surah Bebas:
1) Remaja (18 tahun ke bawah) 1.1) Lelaki 1.2) Perempuan
2) Dewasa (18 tahun ke atas) 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

B)Hafazan
1) Sekolah rendah 1.1) Lelaki 1.2)Perempuan
2) Sekolah Menengah 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

Objektif:
1. 
a.Memupuk semangat persaudaraan dikalangan para peserta dan pelajar sekolah di dalam DUN Teratai.

b.Mewujudkan suasana cintakan Al Quran dan menerapkan elemen dakwah kepada masyarakat.

c.Membentuk masyarakat berilmu dan sentiasa mengingati Allah Taala dan kasihkan Nabi Muhammad saw.

d.Membentuk mukmin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berdedikasi

e.Menanamkan sifat cinta dan kasihkan Islam kepada setiap peserta.

Hadiah(untuk setiap kategori) :

Johan RM100
N. Johan RM80
Ketiga RM60

Semua peserta akan dapat satu hadiah.
Inilah maruah dan perjuangan Pas. Kos majlis agama tak sampai RM 2k pun terpaksa mengemis kepada wakil rakyat bukan Islam. Syiar Islam kepala hotak Hasan Ali. Agaknya apa pula fatwa Jedi Pas kali ini.
Sungguhpun satu Pakatan, janganlah maruah Islam dihina sedemikian rupa sehinggakan majlis agama Islam terpaksa ditaja oleh orang bukan Islam. Miskin dan papa kedana sangatkah Iskandar Samad sekarang? Tapi nampak makin gemuk dan kaya raya sejak jadi EXCO.

Antara Datum Jelatek dan Kampung Baru

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar mencemuh cadangan pembangunan Kampung Baru yang ingin mengadakan pembangunan bercampur membabitkan 60% Melayu ddan 40% bukan Melayu. Ini bertujuan agar membolehkan hartanah tersebut dijual dengan harga yang lebih tinggi dan memberi nilai komersial yang lebih baik dan mendatangkan keuntungan yang lebih kepada waris kampung baru.

Begitulah UMNO sentiasa memikirkan kepentingan orang Melayu biarpun sering kali di salah anggap. Sekarang pun Menteri Wilayah kata akan kaji semula cadangan tersebut.

Malangnya, Shamsul yang mahu menunjukkan beliau kononnya jaguh orang Melayu tidak pula mempersoalkan pembangunan Datum Jelatek yang bakal dibuat oleh PKNS. Habis golongan yang berpendapatan rendah dari kaum Melayu, Cina dan India dikeluarkan daripada kawasan bandar dan digula-gulakan dengan bayaran RM 250 ribu.

Dalam masa yang sama kondominium yang akan dibina di situ di jual antara RM 600 ribu sehingga RM 1.5 juta. Selain itu dibina hotel bertaraf lima bintang. Agak-agak berapa kerat Melayu yang akan tinggal di situ?

Sekurang-kurangnya jika mengikut cadangan (baru cadangan) ada 60% Melayu di Kampung Baru selepas di bangunkan semula. Tapi cadangan kerajaan Selangor pimpinan PKR di Jelatek bakal menghalau semua Melayu keluar dari Jelatek.

Shamsul gemuk pendek ini juga kena jawab mengapa PKNS tukar polisi dari menyediakan 70% kuota bumiputera di setiap kawasan perumahannya kini ditukar kepada 30% sahaja sejak parti beliau mengambil alih kuasa.

Lagi mau cakap pasal Melayu ker? Poodah Chit.

Thursday, July 1, 2010

RM 150 Ribu Untuk Iklan Muka Othman Omar

Menurut Sinar Harian, PKNS mengesahkan bahawa mereka berbelanja sakan untuk untuk iklan hari raya Pengurus Besar PKNS di TV3 pada tahun lalu. RM 150 ribu untuk bayar iklan muka Othman Omar di TV3 tanpa ada satu pun produk PKNS yang dimuatkan bersama dalam tayangan tersebut.

Orang ramai tidak ada masalah jika PKNS mahu mengiklankan projek hartanah beliau. Jangan katakan RM 150 ribu, RM 1.5 juta pun boleh jika berbaloi dan justifikasinya wajar. Masalah sekarang ialah tidak masuk akal untuk PKNS mengiklan muka Pengurus Besarnya, tanpa sebarang produk untuk dijual, yang memakan kos beratus ribu.

Jika buat kad hari raya sekitar RM 10 ribu mungkin boleh diterima akal. Namun RM 150 ribu untuk iklan muka Othman Omar satu perkara tidak masuk akal. Apa rasionalnya? PKNS bukan syarikat sendirian berhad atau harta persendirian milik Othman Omar. Lebih mengecewakan ialah wang iklan tersebut merupakan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional. Othman hanya masuk dan menghabiskan wang PKNS untuk menayangkan mukanya di khalayak awam. Apa keuntungan kepada PKNS?

Inikah yang dikatakan perbelanjaan jimat cermat dan berhemat yang dijanjikan oleh PKR?

Peruntukan iklan PKNS hanya RM150,000

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan mengatakan syarikat berkenaan menggunakan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membeli iklan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ daripada Pengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar yang disiarkan di stesen TV3 pada tahun lalu.

Sebaliknya, PKNS hanya menggunakan RM150,000 untuk iklan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam PKNS, Mohd Wazir Abdul Ghani berkata, PKNS memang mempunyai peruntukan khas untuk membuat sebarang iklan di mana-mana media termasuklah di stesen TV berkenaan.

“Kita tidak nafikan yang kita memang membuat iklan tersebut tetapi peruntukan hanya melibatkan sebanyak RM150,000 sahaja. Lagipun kita memang ada bajet khas untuk membuat iklan di mana-mana saluran media di negara ini.

“Kita juga sedia maklum iklan di stesen TV agak mahal. Jadi pihak berkenaan tidak perlu pertikai mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah blog, Selangordaily yang mengatakan PKNS menggunakan peruntukan sebanyak RM500,000 semata-mata untuk membeli iklan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ daripadaPengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar.

Menurut laporan portal itu, PKNS telah menggunakan peruntukan berkenaan untuk iklan di stesen TV3 selepas Buletin Utama sepanjang minggu tahun lalu semata-mata untuk menunjukkan ‘muka’ Pengurus Besar berkenaan sedangkan PKNS tidak pernah mengiklankan sebarang produknya di stesen berkenaan sebelum ini.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Mohd Wazir berkata, sebagai sebuah syarikat konglomerat, PKNS sememangnya menggunakan saluran berkenaan untuk menaikkan imej syarikatnya.

“Iklan TV adalah cara paling berkesan untuk mempromosikan imej syarikat dan perkara ini sudah biasa digunakan oleh syarikat-syarikat konglomerat yang lain.

“Sebelum ini kita pernah mengiklankan projek hartanah di stesen tv serta akhbar-akhbar lain. Jadi, tidak perlu timbulkan isu ini,” katanya.

Friday, June 25, 2010

Kekalkan Khalid atau Kerajaan Selangor Tumbang - DAP

DAP Negeri Selangor hari ini dikhabarkan memberi kata dua kepada pucuk pimpinan PKR bahawa mereka tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dan akan menumbangkan Pakatan di Selangor jika Azmin Ali dipilih mengganti Khalid. Ronnie Liu dan Teresa Kok memberi jaminan kepada Tan Sri Khalid bahawa DAP menyokong beliau. Dilaporkan Teresa dan Ronnie turut menghantar sms kepada Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah dan Syed Husin menyatakan pendirian keras DAP mahukan Khalid kekal sebagai MB. Malah mereka bersedia keluar Pakatan jika Azmin dipilih menggantikan Khalid.

Sokongan DAP kepada PKR adalah penting kerana tanpa sokongan parti cauvinis ini kerajaan Selangor pimpinan PKR akan tumbang. PKR menang 15 kerusi DUN manakala DAP pula 13 dan Pas lapan. Berdasarkan jumlah kerusi ini, sekiranya DAP menarik balik sokongan mereka kepada PKR, parti tersebut terpaksa mengosongkan jawatan Menteri Besar kecuali BN membuat keputusan menyokong Tan Sri Khalid.

Gabungan PKR-PAS sahaja hanya mengumpul 23 kerusi dan akan tumbang bila-bila masa jika BN (21 kerusi) dan DAP membuat undi tidak percaya. Justeru PKR terutamanya Anwar Ibrahim tiada pilihan kecuali bergantung penuh kepada Tan Sri Khalid bagi mengekalkan sokongan DAP Selangor kepadanya.