Saturday, June 28, 2008

Nepotisme dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad?

Berita tentang dakwaan nepotisme yang diamalkan oleh ahli keluarga Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai penasihat kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah tidak mengejutkan sama sekali.


Mohamad Ezam Mohd. Nor selaku bekas Setiausaha Anwar Ibrahim mengatakan beliau terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim harus mengesahkan atau menidakkan berita ini kerana ianya sudah tersebar di dalam akhbar harian seperti Utusan Malaysia.

Hubungan Mohamad Ezam sebelum ini sebagai Setiausaha kepada Anwar Ibrahim sudah tentu rapat bagai isi dengan kuku jadi sudah tentu dia sudah sedia maklum akan perangai sebenar Anwar Ibrahim.

Malahan pendedahan oleh Nalla Karupan di dalam youtube di pautan
http://www.youtube.com/watch?v=f3iobGYhPNE&feature=related
juga jelas membuktikan bagaimana sebenarnya belang Anwar Ibrahim.

Oleh itu adakah kita mahu orang seperti ini mentadbir Malaysia dan menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Sudah tentu tidak kerana dia merupakan talam dua muka yang boleh berubah-ubah wajah mengikut keadaan bagaikan seekor sesumpah.

Friday, June 20, 2008

100 hari selepas Pakatan Rakyat berkuasa

Di dalam satu sidang akhbar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pengakuan ada masanya Pakatan Rakyat tidak boleh mengaku akan mampu melaksanakan janji-janji manifesto mereka kerana tidak tahu bagaimana prosesnya dan dari mana pendapatan dapat dijana untuk menunaikannya.

Itulah yang dilaporkan oleh laman web Bernama pada 20 Jun 2008 versi B. Inggeris.

Jadi ini jelas membuktikan bahawa Menteri Besar Selangor secara terang-terangan mengaku kepada rakyat Selangor tentang ketidakmampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji-janji mereka yang telah dibuat dalam PRU ke 12.

Badan sudah dua senyawa.

Bagai meramas biji cempedak jadi apakah yang mampu dilakukan oleh rakyat Selangor untuk memastikan mereka menunaikan janji-janji mereka membela rakyat?

Sebagai contoh dulu berjanji untuk menghulurkan RM1,000 kepada semua anak Selangor yang berjaya ke Universiti tetapi sekarang sudah diubah sesuka hati kepada hanya keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Kalau macam tu, nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat tak amanah kerana sepatutnya semua pelajar di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang patut ditolong bukan hanya segelintir saja tanpa mengira pendapatan keluarga seperti yang tertera sebelum ini di dalam manifesto bersama Pas dan PKR.

Campak bunga dibalas dengan campak taik. Begitulah ibarat tindakan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat yang telah memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

Wednesday, June 18, 2008

Kenapa perlu diboikot Petronas?

Kenapa sesetengah dari rakyat Malaysia begitu teruja untuk memboikot barangan Malaysia yang dikeluarkan oleh syarikat Malaysia seperti Petronas?

Sepatutnya kita berbangga dengan barangan keluaran tempatan dan mempunyai semangat nasionalisma serta membeli Barangan Buatan Malaysia untuk menjana pendapatan bagi negara.

Kenapa percaya dengan janji-janji kosong oleh orang tak tau apa-apa seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang dengan mudah berjanji untuk menurunkan harga minyak?

Masalah kenaikan harga minyak ialah kini masalah global dan diluar kawalan kita.

Malahan banyak negara-negara lain di dunia ini pun mengalami kenaikan harga minyak sehingga mengakibatkan rakyat mereka marah juga dan menyatakan bangkangan mereka.

Seharusnya pemimpin-pemimpin seluruh dunia berkumpul untuk membincangkan cara penyelesaian terbaik untuk mengurangkan impak kepada rakyat mereka.

Malahan masalah yang akan dihadapi secara global yang lain yang semakin meruncing ialah masalah kenaikan harga makanan dan krisis tenaga.

Monday, June 16, 2008

Khalid Ibrahim mereka cerita pemimpin UMNO sertai PKR

Nampak sangat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat sehinggakan terpaksa mereka cerita sensasi kononnya pemimpin UMNO di Selangor berminat menyertai PKR.

Siapalah yang berminat sangat untuk menyertai Parti Kelentong Rakyat tu? Cuma orang yang tidak setia dengan parti dan gilakan duit yang kononnya berjuta ditawarkan kepada Ahli Parlimen di Sabah sahaja yang akan menyertai PKR.

Cubaan Menteri Besar Selangor itu yang nampak teruja memecah-belahkan perpaduan di dalam UMNO dan menyebarkan perasaan curiga serta tidak puas hati UMNO adalah diragui sama sekali.

Ayat 11 dari surah An-nur diwahyukan kepada Nabi Muhammad,dikenali sebagai asbabul Nuzul.


Maksud Ayat:

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

Terdapat juga ayat Quran yang menyaran umat Islam agar menyelidik kebenaran berita yang dibawa oleh orang kafir dan juga orang munafik kerana mereka senantiasa mencari jalan memecah-belahkan kesatuan umat Islam.







Thursday, June 12, 2008

Kerajaan Selangor akan potong elaun lebih 10%?

Nampak benar Kerajaan Pakatan Rakyat nak mengatasi Kerajaan Pusat dalam segala-galanya demi memenangi hati rakyat jelata.

Terbaru, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pengurangan elaun keraian bagi Menteri Besar dan Exco dengan jumlah lebih 10 peratus.

Bila ditanya wartawan samada ianya akan mencecah sehingga 50 peratus atau lebih lagi, beliau enggan pula mengulas.

Gila publisiti sungguh si Khalid ni. Begitu tinggi cita-citanya sedangkan janji-janji lain yang di dalam manifesto pun tak mampu ditunaikan.

Pemberian 20 meter padu percuma air bagi Selangor pun asyik ditangguh-tangguh dari kemenangan Pakatan Rakyat lagi selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Dulu kata nak bagi pada bulan April selepas itu ditangguh ke bulan Jun tapi sampai sekarang pun tak boleh dibuat sebab Syabas pun sudah bagi alasan mereka kenapa ianya tak boleh dilaksanakan.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Baguslah kalau benar elaun akan dipotong lebih dari 10% dan diharapkan agar potongan itu akan dapat disalurkan menjadi subsidi kepada rakyat.

Yalah! Sedangkan RM1,000 yang dijanjikan kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti pun sudah diubah kepada hanya keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 yang layak mendapatnya bagaimana pula dengan janji-janji lain.

Di sini penulis sekali lagi mengulangi janji-janji manis Manifesto Barisan Alternatif, gabungan Pas dan PKR kepada rakyat sebagai peringatan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan juga rakyat Selangor sendiri.

Yalah takut-takut lupa atau buat-buat lupa sebab tak mampu dilaksanakan.

Bagi Sosial dan Kebajikan Rakyat, yang dijanjikan adalah seperti berikut:-

--> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
--> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
--> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
--> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
--> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
--> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
--> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
--> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
--> Memberi elaun ibu tunggal yang layak
--> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
--> Mewujudkan institusi menyelaraksn hal-ehwal agama selain Islam

Wednesday, June 11, 2008

Apa motif pembenaran rumah ibadat bukan Islam melebihi 10,000 kaki?

Menghairankan bila penduduk Selangor beragama Hindu ialah 700,000 orang dan jumlah kuilnya pula melebihi 1,000 buah.

Sementara itu, orang Islam pula berjumlah hampir 4,000,000 orang dengan masjid sebanyak 380 buah.

Jumlah kuil yang melebihi jumlah penduduk ini amat mengejutkan dan sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu.

Malahan, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi membuktikan Dr. Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri (amboi panjangnya nama jawatan dia, gila glamer nampaknya) dan Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri (kenapa agaknya dia menghalang penguatkuasa tempatan menutup rumah urut dan pusat pelacur, samada dia Ketua Penyangak di sana atau dia pelanggan tetap di sana) membuktikan mereka sengaja berbuat demikian seakan-akan mencabar kesabaran kaum Bumiputera di Selangor ini.

Mati ikan kerana umpan, mati saya kerana budi. Akibat dek percayakan janji-janji manis di dalam Manifesto PRU ke 12 oleh Pas dan PKR, sekarang ini penduduk Selangor sudah menerima akibatnya.

Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi. Ibarat melepaskan anjing tersepit, sudah terlepas menggigit pula.

Jadi apa kata Pas dan PKR berkenaan hal ini? Mungkin mereka hanya akan mendiamkan diri sebab sudah terbukti sebenarnya DAP yang lebih memenangi banyak kerusi daripada mereka.

Jadi mungkinkah Anwar Ibrahim akan menjadi P.M. nanti atau adakah Lim Kit Siang yang akan diangkat menjadi P.M. baru?

Malahan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) memberi ulasan bahawa dia percaya orang Melayu di Selangor kini sudah mula sedar akibat yang terpaksa ditanggung mereka akibat tersalah pilih kerajaan bila kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR yang lebih sesuai dikenali sebagai Parti Kelentong Rakyat), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di Selangor.



Tuesday, June 10, 2008

Kesian pada Husam Musa!

Pas ni tidak habis-habis dengan memainkan isu Petronas dan kenaikan harga minyak di Malaysia.

Cara penerangan oleh Husam Musa, Naib Presiden PAS juga membuktikan dia memang tak tahu apa-apa tentang Petronas, pentadbirannya serta apa fungsi dan sumbangan Petronas terhadap negara Malaysia.

Kalau diri sudah tak berpengetahuan, jangan nak seret orang lain pun jadi bodoh sama.

Malahan penulis pun sudah menerangkan di dalam artikel di dalam pautan di bawah:-

http://www.isuhot.com/modules.php?name=News&file=article&sid=438

Artikel tersebut yang bertajuk "Kenapa persoalkan mana untung Petronas?" harus dibaca oleh semua orang bagi memahami keadaan semasa yang berlaku kini.

Terdapat juga satu temuramah di antara Utusan Malaysia dan juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican pada 2 Julai 2006 yang menerangkan tentang Petronas dan apa yang telah dibuat oleh Petronas untuk membantu rakyat Malaysia sewaktu kekecohan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen sewaktu itu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 sahaja, Petronas sudah memulangkan balik RM41.7 bilion dalam bentuk royalti, dividen, cukai dan duit import.

Di dalam artikel oleh Utusan Malaysia itu juga yang bertajuk "Bukan sekadar kejar untung" disiarkan pada 2 Julai 2006, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menerangkan tentang Petronas yang telah menubuhkan universitinya yang tersendiri iaitu Universiti Teknologi Petronas, sebuah universiti swasta yang mengenakan yuran yang sangat murah.

RM497 juta dibelanja untuk kos mengurus Universiti Teknologi Petronas dan itu tidak bermasuk buat universiti dan peralatan. Seramai 16,000 orang penuntut sudah diberikan biasiswa di peringkat universiti dan 11,800 biasisiwa untuk budak-budak kurang upaya di peringkat sekolah menengah.

Sejak penubuhan Petronas juga banyak pelatih telah ditaja Petronas di banyak pusat latihan termasuk pusat latihan Akademi Laut Malaysia (Alam) di Melaka dan juga di Institut Teknologi Petronas, Batu Rakit, Terengganu.

Petronas juga ada program latihan kimpalan peringkat tinggi 6G dengan Institut Kemahiran Mara (IKM) sejak tahun 1992 di mana pelajar-pelajar yang gagal dalam SPM dilatih dan sijil kepakaran tinggi ini menjadikan mereka laku di seluruh dunia.

Tapi sumbangan sebegini oleh Petronas kepada rakyat Malaysia taklah glamor jadi tidaklah mendapat perhatian dari pihak pembangkang yang hanya tahu mempersoalkan perkara remeh seperti "Mana untung Petronas? Kenapa tak guna untuk subsidi?"

Petronas juga harus menggunakan untungnya untuk operasi Petronas di luar negara.

Tidak termasuk tanggungjawab sosial yang ditunaikan oleh Petronas dalam membiayai penyelidikan kanser yang dilakukan oleh saintis tempatan di Subang Jaya yang menunjukkan perkembangan menggalakkan.

Itu semua bukan guna modal air liur macam pemimpin pembangkang yang dok buat cerita bukan-bukan, macam orang tak berpendidikan.

Petronas juga mempunyai program dengan Pemadam (yang dibelanjakan berjuta-juta ringgi termasuk program kesedaran), membantu Yayasan AIDS, sukan Malaysia dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia.

Petronas juga membina masjid (bukan macam Pas yang cakap berdegar-degar tentang perjuangkan Islam tapi satu masjid pun tak mampu di bina di Kelantan, terpaksa guna masjid yang sudah sedia ada dan dibina oleh kerajaan BN sebelumnya), paling dekat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di Kertih, Terengganu, Kirudong di Sarawak dan Tangga Batu, Melaka termasuk di Tronoh, Perak.

Jadi apa lagi yang nak diputar belitkan oleh Pas, PKR dan DAP? Yang lahir menunjukkan yang batin.

Cakap tak serupa bikin tapi tak habis-habis nak salahkan kerajaan dan cari kesalahan orang lain. Kuman di seberang laut nampak, gajah di batang hidung tak nampak.

Begitulah sikap munafik dan hipokrit Penipu Rakyat yang hanya bersemangat bila bercakap tapi bila nak melaksanakan sesuatu, indah khabar dari rupa.

Petikan dari www.isuhot.com

Sunday, June 8, 2008

Kenapa persoalkan mana untung Petronas?

DAP dan PAS kini begitu lantang mempersoalkan tentang untung Petronas yang sepatutnya digunakan untuk memberi subsidi kepada rakyat Malaysia.

Apa hak mereka untuk mempersoalkan tentang untung Petronas sedangkan Petronas adalah sebuah syarikat Berhad?

Malahan temuramah di antara Sinar Harian bertarikh 8 Jun 2008 bersama dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), syarikat minyak nasional Petronas menerangkan kenapa ianya tidak dapat dilaksanakan.

Tahun lepas sahaja subsidi minyak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah RM56 bilion.

Oleh itu, cakap-cakap kosong oleh PR bahawa mereka akan menurunkan harga minyak jika dapat memerintah di peringkat Pusat adalah sama sekali tidak munasabah dan mustahil untuk dilaksanakan.

Bercakap memang mudah, bak kata pepatah lidah tidak bertulang tetapi realitinya adakah semudah yang diperkatakan itu?

Tan Sri Mohd Hassan Marican selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Petronas itu memberi kenyataan beliau.

"Petronas adalah satu badan perniagaan, satu syarikat." "Kita tidak boleh memberi semua keuntungan dari operasi kita kepada kerajaan."

"Sebahagian dari keuntungan yang diperoleh perlu kita gunakan untuk dilaburkan semula bagi memastikan syarikat ini akan terus berjalan dan berdaya maju."

"Dalam keadaan sekarang pelaburan semula amat penting sebab kos untuk kerja-kerja mencari gali di telaga-telaga baru seluruh dunia semakin tinggi. Kita bukan sahaja mencari minyak di kawasan laut dalam, tetapi di kawasan 'ultra deep water'."

"Sekiranya semua keuntungan dikembalikan kepada kerajaan untuk dijadikan subsidi minyak, kita tidak berupaya untuk bertahan, mungkin sepuluh tahun lagi kita tidak dapa beroperasi."

"Petronas tidak untung walau sesen pun dengan harga baru itu."

Kos mencari gali di kawasan 'ultra deep water' teknologi tercanggih terpaksa digunakan dengan kosnya meningkat lebih 200% berbanding kos pada awal penubuhan Petronas 30 tahun lalu.

Sejak ditubuhkan 1974, syarikat menyumbang sebanyak RM335.7 bilion kepada kerajaan daripada keseluruhan untung berjumlah RM570 bilion.

Malahan bagi tahun kewangan Mac 2007 Petronas menyumbang sejumlah RM52.3 bilion kepada perbendaharaan.

Jumlah itu adalah kira-kira 60 hingga 65% daripada keseluruhan keuntungan Petronas dan hanya 34% yang diambil oleh Petronas untuk dilaburkan semula.

Malahan juga realitinya banyak keuntungan Petronas digunakan untuk membantu syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah contohnya RM3.5 bilion telah dibelanjakan sepanjang tempoh 5 tahun dalam membantu Bank Bumiputra, bank kedua terbesar tetapi dengan keuntungan paling sedikit.

Dipetik dari www.isuhot.com

Saturday, June 7, 2008

Syabas tidak akan memberikan air percuma

Terdapat percanggahan di antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dengan Kerajaan Negeri Selangor yang masih belum dapat mencapai keputusan bagi membolehkan rakyat menerima air percuma untuk 20 meter padu seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU 12 oleh Pas dan PKR.

Begitulah antara berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan berikutan pertelagahan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.

Malahan, Datuk Ruslan Hassan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syabas memberitahu, "Sehubungan itu, Syabas akan mengeluarkan bil air kepada para pengguna di negeri Selangor seperti biasa tanpa ada sebarang penurunan atau potongan subsidi," dalam satu kenyataan kepada akhbar pada 5 Jun 2008.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dengan konfidennya mengatakan, "Isu ini dianggap sudah selesai dan akan diteruskan. Esok (hari ini), selesailah dan saya rasa, Syabas akan memasukkannya dalam akaunnya."

Tan Sri Khalid ni macam tak tau apa-apa kerana tindakan yang bakal diambil oleh Syabas bukan sahaja perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri Selangor, bahkan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) bagi pihak kerajaan pusat.

Inilah jadahnya bila berjanji sesuka hati tanpa dibuat penyelidikan dulu samada boleh dilaksanakan atau tidak.

Ternyata ini hanya taktik pembangkang yang hanya sudah tentu akan menuding jari pada kerajaan pusat kalau ianya tak dapat dilaksanakan sedangkan mereka sendiri pada hakikatnya tak mahu melaksanakannya.

Lidah memang tidak bertulang dan yang menjadi mangsa akhirnya ialah Rakyat Selangor juga.

Tuesday, June 3, 2008

Kerajaan Selangor terdesak memenangi hati rakyat!

Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Selangor ni? Nampaknya terdesak sangat nak memenangi hati rakyat dan menentukan mereka terus berkuasa pada PRU ke 13 nanti.

Sehinggakan terpaksa menjadi penjamin bank kepada setiap permohonan pinjaman penghuni setinggan yang ingin membeli kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A Samad, yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Pandan telah mendedahkan perkara tersebut pada 2 Jun kepada Sinar Harian edisi Selangor.

Sementara itu pula, Kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan polisi setinggan sifar yang diilhamkan oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Nampaknya mereka juga tahu bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu berniat baik dalam ingin memberikan rakyat Selangor terutamanya yang tinggal di setinggan, sebuah kawasan perumahan yang lebih baik dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas.

Lagipun, siapa yang rugi dalam hal kawasan setinggan itu, kedua-dua pihak, pemilik tanah dan penduduk setinggan juga yang rugi?

Sedangkan sebelum ini pun Datuk Seri Mohamad Khir mendedahkan bahawa Selangor telah memperuntukkan hampir RM200 juta untuk membeli tanah dan membina rumah kos rendah bagi penduduk setinggan di Selangor.

Harga rumah yang dijual kepada penduduk setinggan juga ialah RM35,000 berbanding dengan kos sebenar RM42,000 di mana ianya telahpun disubsidikan.


Penulis tak dapat membayangkan apa akan terjadi jika penghuni setinggan itu yang sudah mendapat pinjaman perumahan, tidak membayar balik pinjaman perumahan itu setelah beberapa lama.

Maka, Kerajaan Negeri Selangor yang menjadi penjamin bank bagi mereka pula yang terpaksa menjadi balaci bodoh yang harus menanggung bayaran balik pinjaman perumahan itu.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor sebelum menjadi penjamin bank bagi penghuni setinggan, menandatangani perjanjian bertulis dengan penghuni setinggan yang menyatakan bahawa penghuni setinggan boleh didakwa di mahkamah jika mempergunakan penjamin sebagai batu loncatan mereka.

Monday, June 2, 2008

Politik perkauman tidak mungkin terhapus di Malaysia

Komen di blog www.drkhir.com pada 31 Mei 2008 benar-benar menarik minat saya.

Di dalam blog Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang bertajuk Cetusan Dr. Mohamad Khir Toyo bertajuk "Melayu di Persimpangan" itu mempersoalkan Hindraf dan Dong Jia Zhong yang menunjukkan dua kumpulan ini bercorak ultra kepada kaum mereka.

Ultra ini merujuk kepada kumpulan eksterim yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi menjaga kepentingan kaumnya tanpa mempedulikan kesan dan akibat tindakan tersebut.

Sementara itu, jika Melayu menjadi lebih liberal maka bagaimana dengan nasib anak bangsa kita sekarang.

Puak Liberal pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda. Sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata.

Sementara itu pula, Datuk Seri juga menegaskan bahawa politik perkauman tidak dapat dileraikan di dalam negara kita yang berbilang kaum serta mengamalkan perbezaan agama, budaya dan bahasa.

Banyak pihak-pihak yang mempromosikan penolakan terhadap politik perkauman kini tapi ternyata mereka juga ultra kepada kaum mereka sendiri seperti DAP.

Jika dilihatkan kebanyakan pemimpin di dalam DAP pun terdiri dari kaum Cina, India dan Benggali.

Jadi bagaimana pula mereka boleh menwar-warkan penolakan politik perkauman sedangkan mereka pun mengamalkan perkauman juga?