Wednesday, December 9, 2009

Antara Melayu dan Cina, Babi dan Elektrik

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar sahkan laporan blog ini bulan lalu bahawa projek penternakan babi mega akan diteruskan di Ladang Tumbuk, di kawasan Mukim Batu, Kuala Langat.
Sila baca laporan Berita Harian hari ini.

Blog ini masih menunggu jawapan mengapa pengambilan tanah untuk industri bernilai berbilion ringgit ini mesti dibuat melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960?

Apakah akta yang sama akan digunakan jika tanah tersebut milik kaum Cina? Lihat sahaja sikap kerajaan Selangor bila berhadapan dengan penduduk Cina. Pemasangan talian penghantaran elektrik voltan tinggi bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Sungai Terentang, Rawang sehingga kini tertangguh kerana kawasan terbabit diduki oleh orang Cina biar pun tanah tersebut adalah rizab TNB dan mereka duduk atas polisi TOL - iaitu kebenaran menduduki sementara sahaja.

Malahan menurut Dr. Mohamad Khir Toyo dalam terdapat unsur perkauman dalam isu di Sungai Terentang.

Jadi Khalid Ibrahim kena jawab mengapa melayu kena keluar ikut akta untuk bagi laluan kepada babi, tapi Cina boleh terus tinggal di tanah TOL dan halang proses pemajuan perbekalan elektrik TNB kepada Lembah Klang.

Sekarang ini orang panggil Khalid Lembu. Jangan nanti orang panggil Khalid babi pula. Malu orang Melayu.

Tuesday, November 17, 2009

Projek Babi Mega Diteruskan Secara Senyap

Projek Babi Mega RM 100 juta yang menjadi kontroversi pada tahun lalu sekali lagi muncul dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 4 & 11 Februari 2009. Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan projek tersebut secara senyap.

Malahan YAB Menteri Besar mengingatkan EXCO agar merahsiakan kelulusan ini supaya tidak dijadikan isu oleh UMNO.

1. Yang mengelirukan kerajaan negeri bercadang mengambil alih Tanah di PT 3420, PT 3425 dan PT 3426 seluar 337.09 ekar di Mukim Batu, daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik tanah 1960.

Soalan:

Mengapa pemodenan penternakan babi perlu mengambil alih tanah menggunakan Seksyen 3(1)(a)yang sepatutnya digunakan untuk projek yang prasarana awam sahaja.? Sedangkan penternakan babi merupakan satu industri yang menguntungkan mencecah billion ringgit setahun.




Mengapa perlu diambil semula tanah milik orang Melayu untuk penternakan babi tersebut? Apakah kerajaan negeri telah kehabisan tanah untuk dipajak kepada syarikat penternakan babi tersebut?



Kedua, mengapa kerajaan negeri memperuntukkan RM 100 ribu lagi untuk menjalankan satu lagi kajian sedangkan kajian sedia ada telah pun dibuat oleh pihak berkaitan.





Apakah ini satu lagi kerja-kerja menyamun Khalid Ibrahim?

Nota: Kepada sesiapa yang mengambil dokumen ini untuk disiarkan di tempat lain, ia merupakan risiko sendiri kerana dokumen ini tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Thursday, November 5, 2009

Menteri Besar Cap Ayam?

Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Pengarah Jabatan Agma Islam Selangor menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan isu penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya beliau.

Akan tercatlah dalam sejarah bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar yang sentiasa melarikan diri dari tanggungjawab.

Bukankah sebagai Ketua Pentadbiran Negeri dan yang menjadi penghubung antara rakyat dan pentadbiran dengan Tuanku maka Khalid sendiri perlu menghadap tuanku menjelaskan isu tersebut. Sebagai menteri Besar beliau perlu membuat keputusan atau sekurang-sekurangnya memberi penjelasan mengenai isu terbabit bukannya menolak kepada Pengarah JAIS dan Tuanku.

Baik atau buruk tanggungjawab mesti dipikul oleh Menteri Besar bukannya asyik menunding jari kepada orang lain.

Kita lihat banyak keputusan kerajaan negeri dibuat secara semberono dan MB enggan mengambil tanggungjawab membetulkannya.

Malahan banyak pengumuman keputusan Mesyuarat EXCO akan dibuat oleh pelbagai EXCO menunjukkan sikap lepas tangan Khalid.

Selepas hampir dua tahun memerintah Khalid masih menyalahkan pentadbiran lama ke atas sebarang masalah beliau sekarang. Malangnya tiada langkah pro aktif menyelesaikannya.

Sebagai Menteri Besar Khalid perlu menjadi pemimpin bukannya fasilitator atau pengagih tugas. Kalau tidak mahu meniru sikap bertanggungjawab Menteri Besar sebelum ini yang dari parti lawannya, ambillah iktibar daripada Ustaz azizan Razak yang sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap sebarang isu pentadbiran di Kedah.

Jangan nanti ada orang akan kata Menteri Besar Selangor sekarang macam MB Cap Ayam saja.

Tuesday, November 3, 2009

Sah Khalid Ibrahim Balaci Lim Kim Hong

Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil (Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang) di I City, Shah Alam?


Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I City di bawah untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.



Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Bacalah hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I City Berhad di sini.

Wednesday, October 21, 2009

Kecekapan, Ketelusan atau banyak cakap

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selalu bercakap soal ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban. Anehnya pentadbiran beliau tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kegagalan pembersihan di kesemua loji-loji air di Selangor.



Tiada satu pun loji air dibersihkan di Selangor tahun lalu dan pentdabiran banyak cakap Khalid Ibrahim gagal mengambil sebarang tindakan.

Bercakap dalam media bukan main punya cantik dan indah cara beliau mentadbir. Malangnya loji air tidak dibersihkan pun beliau tidak tahu. Jika satu atau dua mungkin masuk akal kerajaan negeri tidak perasan. Malangnya ia membabitkan semua loji penapis air.

Apakah kegagalan pembersihan semua loji-loji ini akibat daripada kekurangan dana? Difahamkan kerajaan negeri berhutang hampir RM 50 juta dengan syabas akibat pemberian air percuma sebanyak RM 11 setiap meter rumah kediaman.

Jangan terlalu banyak bercakap, tapi kerja tak jalan. Bila bercakap pula asyik beri angka berbilion ringgit tapi habuk pun tarak.

Jangan nanti dipanggil kerajaan temberang sahaja.

Wednesday, September 9, 2009

Kekalkan Kuil Di Seksyen 19

Laman propaganda kerajaan negeri Selangor (www.tvselangor.com)melaporkan bahawa
Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka.

"Dari bapa ke anak, masalah tak selesai-selesai," katanya kepada Suara Keadilan, merujuk kepada Bekas Exco Selangor, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan bapanya, juga bekas Adun Batu Tiga. Kedua-dua wakil rakyat Umno itu menabur janji menyelesaikan masalah itu tetapi membiarkan ia berlarutan.

Komen Penulis: Jika Bilal Masjid Seksyen 19 berpendapat tiada masalah dengan kuil maka mengapa ia perlu dipindahkan ke kawasan orang lain?


Seorang lagi penduduk, Ramdzan Mohd Nata, 56, menyalahkan BN kerana gagal mengatasi masalah itu tapi menggesa Pakatan Rakyat menumpu perhatian kepada usaha pemindahan kuil daripada terjebak dalam mainan politik Umno.

"Sebaik-baiknya, kita cari penyelesaian dan tidak gaduh-gaduh, nanti semua orang susah," katanya.

Kesimpulan: Jika benar dakwaan suara propaganda kerajaan Selangor ini maka lebih baik ia dikekalkan kuil tersebut di Seksyen 19 sahaja, jangan menyusahkan penduduk seksyen lain.

Monday, September 7, 2009

YB Rodziah Punca Tapak Kuil Seksyen 18 Ditolak?

Menurut sumber, orang yang pertama menghasut pemilik kuil Seksyen 19 untuk menolak tapak Seksyen 18 ialah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah. Ini kerana tapak tersebut berada berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 18.

Tinjauan bloger semalam mendapat tapak kuil seksyen 18 tersebut berada bertentangan dengan rumah YB Rodziah tetapi dipisahkan oleh Sungai dan juga sebuah nusery tanaman.

Apakah benar YB Rodziah menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menghasut pemilik kuil agar berpindah ke Seksyen 23?

Jika ini benar bermakna Rodziah hanya bercakap soal tolak ansur agama sedangkan beliaulah culprit sebenar dalam isu ini.

Bersengkongkol dengan Khalid Samad dan kerajaan negeri beliau mengutarakan cadangan di Seksyen 23 kerana di situ terdapat ramai orang bukan penyokong beliau.

Rodziah, Khalid jangan cakap tak serupa bikin. Dulu nak bina gereja pun kau orang tentang sekarang kau orang nak bina kuil pulak depan rumah orang Melayu.

Hipokrit.