Thursday, June 24, 2010

Azmin Letak Jawatan Elak Terbabit Kerugian PKNS?

Naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam. Sungguhpun tiada sebab yang jelas mengenai perletakan jawatan tersebut, namun Azmin dikatakan berkonfrontasi dengan Khalid Ibrahim dan Othman Omar mengenai laporan blog ini isnin lalu bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membelanjakan hampir setengah juta untuk iklan muka Pengurus Besarnya di TV3 semasa Hari raya Aidilfitri yang lalu.

Sungguhpun pendedahan ini bukan faktor besar namun ia menjadi kemuncak ketidakpuasan hati Naib Presiden PKR tersebut terhadap cara PKNS diurus tadbir sejak di bawah Othman Omar. Azmin yang sebelum ini banyak menghentam Khalid dalam sidang DUN sudah hilang sabar mengenai tindak tanduk Othman Omar.

Khalid Ibrahim dan Othman Omar bertindak seumpama raja di PKNS dengan membuat beberapa keputusan yang tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PKNS dan menyebabkan perbadanan tersebut bakal menghadapi krisis kewangan dalam sedikit masa lagi.

Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji  Othman Omar yang diluluskan oleh Khalid iaitu sebanyak RM 40, 000.00 sebulan sedangkan ia bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan. Sehingga kini khabarnya kelulusan tersebut belum dilaksanakan kerana pegawai PKNS tidak mahu terbabit dalam sesuatu keputusan yang menyalahi peraturan kewangan kerajaan. Sejak itu Othman membentuk pasukan pengurusan baru dari luar dan langsung tidak merujuk kepada Timbalan Pengurus Besar dan pihak pengursan lain.

Azmin dilaporkan pernah melenting dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS apabila beberapa cadangan pembelian tanah oleh PKNS sangat meragukan dan di bawa terus kepada Lembaga Pengarah tanpa perbincangan dengan pengurusan PKNS. Sejak itu, Azmin berpendapat terdapat penyelewengan dan salah tadbir dalam PKNS yang dilakukan oleh Othman Omar dengan restu Khalid Ibrahim.

Pengurusan dalaman PKNS juga tidak berpuas hati dengan Othman yang membawa beberapa orang luar dan dibayar gaji antara RM 11 - 18 ribu sebulan mengatasi gaji para pegawai kanan PKNS yang lain. Antara mereka ialah Pn Madihah (Senior Group Marketing Manager) bergaji RM 18 ribu, Hani (Senior PR/ RM 11 ribu), Rustam (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu), Mahinder Singh (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu) dan Patrick (Senior Business Mananger/RM 11 ribu).

Gaji bahagian pengurusan PKNS gred 54 pada masa ini tidak melebihi RM 10 ribu sebulan. Manakala Gaji ahli pengurusan JUSA C pula antara RM 12 - 14 ribu sebulan.

Selain itu, Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan projek Datum Jelatek yang mengenepikan kepentingan orang Melayu. PKNS juga akan mengalami masalah kewangan dalam sedikit masa apabila projek Datum Jelatek yang akan dibangunkan atas kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak dapat dibangunkan seperti yang dirancangkan. Projek yang dikatakan bernilai RM1.2 bilion yang terletak bersebelahan stesen aliran transit ringan (LRT) Jelatek melibatkan kerjasama PKNS dengan anak syarikat milik penuhnya, Worldwide Holdings Bhd belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk pembangunan tersebut. Terdapat juga penduduk sekitar yang mula membantah kerana dikhuatiri projek tersebut akan menyebabkan kesesakan yang lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Sungguhpun pelan pembangunan Datum Jelatek belum diluluskan PKNS sudah melaksanakan proses pengambil alihan flat tersebut. Ini menimbulkan persoalan apa akan terjadi jika pelan pembangunannya tidak diluluskan?

Othman Omar dan Khalid juga berpakat mengubah syarat pembelian hartanah PKNS sebelum ini yang meletakkan kuota 70% untuk bumiputera. Sekarang ini hanya 30% diperuntukkan kepada bumiputera. Ini turut menimbulkan ketidakpuasan hati Azmin.

Justeru apabila dimaklumkan mengenai isu iklan muka Othman mencecah hampir setengah juta Azmin tidak lagi dapat bersabar dan mengambil tindakan drastik meninggalkan PKNS sebelum imej beliau turut terpalit lumpur Othman Omar dan Khalid Ibrahim.

Monday, June 21, 2010

PKNS Habiskan RM 500 ribu Untuk Iklan Muka Pengurus Besar?

Jika sesiapa prihatin dan masih ingat, pada tahun lalu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membeli masa iklan "Selamat Hari Raya" selepas Buletin Utama. Anehnya sebagai sebuah syarikat konglomerat, PKNS tidak pun mengiklankan sebarang produk tetapi hanya mengeluarkan ucapan Selamat Hari Raya daripada Pengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar.
 
Selangordaily difahamkan PKNS menghabiskan sebanyak LIMA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 500, 000.00) untuk iklan sepanjang minggu tersebut.
 
Apakah ini bentuk pengurusan korporat yang dibangga-banggakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? Mengapa Ran Sri Khalid membenarkan kroninya Othman Omar menghabiskan wang sebanyak itu untuk menunjukkan mukanya di dalam TV3? Apakah Othman Omar salah seorang calon wakil rakyat PKR dalam pilihan raya akan datang?
 
Tan Sri Khalid pernah mencemuh Dr. Khir Toyo dengan kenyataan berikut:
 
"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri. Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan"
 
Apabila Dr. Khir meninggalkan pentadbiran negeri, PKNS mencatat keuntungan hampir RM 400 juta. Namun pembangkang begitu marah kerana beliau menerima bonus RM 100, 000.00. Hari ini kita mahu tahu berapa PKNS untung tahun lalu sehingga melayakkan PKNS membayar RM 500 ribu untuk siaran iklan TV3 hanya semata-mata untuk membolehkan Pengurus Besarnya membuat ucapan selamat hari raya.
 
Jika bukan RM 500 ribu kita juga mahu tahu berapa kos sebenar iklan selamat hari raya Pengurus Besar PKNS di TV3 tahun lalu.
 
Agaknya inilah yang Khalid belajar selama berada dalam dunia korporat. Patutlah selepas "dihalau" dari dari Guthrie beliau tidak lagi djemput oleh mana-mana konglomerat terkemuka di negara ini.

Wednesday, May 19, 2010

Melayu Bayar Sekaki RM 10, Cina Bayar Sekaki RM 1

Terkejut babi? jangan terkejut tapi inilah yang terjadi kepada orang Melayu di bawah Khalid al gagapi. Baru-baru ini ketika turun di Sekinchan, Khalid Gagap, atas nasihat Lim Sue Lim Komunis, mengumumkan penduduk Cina di Sekinchan yang mendapat tawaran tanah kerajaan negeri hanya perlu membayar premium RM 1 sekaki. Kebanyakannya menerima 4000 kaki persegi. Ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM 4000.

Manakala surat tawaran kepada orang Melayu di Sekinchan di kawasan berhampiran kena bayar RM 10 sekaki. Bagi keluasan yang sama iaitu 4000 kaki persegi, orang Melayu kena bayar RM 40 ribu.

Inilah daulah Islamiah Pas al carlsberg. Inilah keadilan dan sama rata perjuangan parti "Allah beranak pinak" ciptaan Khalid Gereja. Nauzubillah. Kumpulan ini lagi sesat daripada gerakan Ibrahim Libya 20 tahun lalu.

Thursday, April 29, 2010

Tuanku Hilang Kepercayaan Kepada MB, Buat Ucapan Sendiri?

Tuanku Sultan Selangor hari ini menitahkan satu kenyataan yang sangat keras dengan mengingatkan mana-mana pemimpin Islam yang ingin menyalahgunakan fungsi masjid agar tidak datang ke Selangor.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang,"

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang. Selalunya titah Tuanku disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan diteliti semula oleh baginda.

Bagaimanapun Selangordaily difahamkan titah Tuanku ini mengejutkan Khalid Ibrahim dan Hasan Ali tali barut DAP kerana ia tiada dalam teks ucapan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada Istana.

Dalam sidang perasmian sidang DUN 2010, Tuanku Sultan juga "membakulsampahkan" 3/4 ucapan yang disediakan oleh kerajaan negeri. Sebab itu ucapan tuanku dalam sidang DUN lalu hanya memakan masa tidak sampai 45 minit berbanding selalunya sekitar 1 jam 30 minit.

Saturday, April 24, 2010

Antara Tuanku Dan Tok Guru: Khalid Ibrahim di Pihak Mana?

Adalah sesuatu yang memalukan apabila Datuk Nik aziz Nik Mat secara terbuka menyelar titah tuanku agar jangan mencemarkan masjid-masjid di sekita Hulu Selangor dengan khutbah Jumaat berbaur politik.

Kata Nik Aziz:

"Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim. "Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,"

Kita pula hendak tanya Nik Aziz siapa pula ajar disuruh berkempen dan memburukkan orang lain di dalam masjid untuk menang pilihan raya? Sejak bila Khutbah jumaat boleh diguna untuk menyindir, memburuk dan menghentam pemimpin Islam atau mana-mana puak Islam yang lain?

Larangan Tuanku Sultan Selangor menghalang sebarang ceramah dan khutbah berunsur politik kepartian amatlah tepat seiring dengan peringatan Allah sendiri:
11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al hujurat ayat 11)

Salahkah Tuanku mahu menyelamatkan institusi Masjid dan surau daripada menjadi pentas perpecahan umat Islam? Apakah tidak cukup lagi pentas ceramah di luar "rumah Allah" di Hulu Selangor dijadikan alat untuk orang Islam saling bercakaran?

Apakah tidak cukup lagi apa yang terjadi kepada EXCO Dato Hassan Ali yang khabarnya membaca khutbah berunsur politik kepartian di Masjid Bukit Sentosa sehingga akhirnya makmum terpaksa bersolat zohor kerana khutbah tidak cukup rukun?

Memang kita tahu Nik Aziz ialah political animal (binatang politik)yang sanggup menggunakan agama dan Allah untuk kepentingan politik sempit puaknya.

Sekarang kita mahu pula bertanya kepada Khalid Ibrahim, beliau di pihak mana? Sebelah Tuanku Sultan atau sebelah Tuan Guru Politik Nik Aziz Nik Mat?
Kita mahu Khalid nyatakan beliau taat atau tidak kepada titah Tuanku.

Khabarnya Hassan Ali memaklumkan kepada Istana beliau membaca khutbah tersebut atas arahan Khalid Ibrahim.

Saturday, April 17, 2010

Selangor Bayar Suku Juta Kepada Malik Imtiaz

Tan Sri Khalid Ibrahim perlu jelaskan mengapa kerajaan negeri Selangor membayar Malik Imtiaz sebanyak lebih RM 250 ribu atas kapasiti beliau sebagai peguam pemerhati Teoh Beng Hock.

Menurut seorang peguam, bayaran tersebut merupakan satu bayaran yang sangat mahal dan tidak masuk akal.

Peguam tersebut juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh membiayai kos guaman teoh beng hock. Apakah ini bermakna kerajaan negeri akan membiayai kos guaman semua kakitanganya yang menghadapi isu undang2?

Kami difahamkan pakar forensik, Dr Pornthip juga menerima bayaran yang hampir sama. Ini bermakna kerajaan negeri telah membelanjakan setengah juta untuk kes pembantu exco ini. Wajarkah wang rakyat dihabiskan?

Monday, April 12, 2010

Tan Pay Kong: Pemimpin Underworld Penasihat Ronnie Liu

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, perniagaan yang membabitkan kumpulan haram dilihat berkembang dengan pesat. Rumah urut, mesin judi dan video cetak rompak bercambah seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, terdapat lebih 4000 perniagaan jenis ini di Selangor hari ini.

Ramai percaya keadaan ini muncul kerana pembabitan kongsi gelap serta lain-lain kumpulan jenayah dengan pemimpin parti DAP. DAP hari ini dikatakan memerintah Selongor menerusi boneka bernama Khalid Ibrahim. Pembabitan pemimpin DAP dengan kegiatan perniagaan haram ini di kesan seawal 2007 apabila Ronnie Liu (sekarang EXCO Kerajaan Tempatan) terbabit menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya menyita sebuah hotel yang dijadikan pusat pelacuran di Puchong.

Apabila Ronnie menjadi EXCO menjaga hal ehwal PBT ia seumpama orang mengantuk di sorong bantal. Selain pertumbuhan pusat-pusat perniagaan haram ini, banyak juga kedai-kedai makan Cina yang dikendalikan oleh kongsi gelap dibenarkan bebas meletak kerusi di atas jalan. Malah di dalam kawasan pentadbiran MPSJ, ada kedai makan Cina yang sewenang-wenangnya menutup jalan dan memasang skrin besar tanpa sebarang permit dari MPSJ.

Jika sebelum ini bukti-bukti yang menjurus ke arah Ronnie Liu hanyalah berdasarkan "circumstantial evidence" sahaja. Namun sejak kebelakangan ini kami dibekalkan dengan maklumat yang sangat meyakinkan  mengenai seorang individu bernama Tan Pay Kong, dari Kampung Raja Uda, yang terkenal sebagai kepala gangster di Klang.

Menurut sumber, Tan Pay Kong ini telah membawa Ronnie Liu melancong ke beberapa negara termasuk Thailand dan China. Selain itu, beliau juga telah melangsaikan hutang Ronnie Liu sekitar RM 70 ribu pada tahun lalu.

Tan Pay Kong sekarang ini bertindak sebagai penasihat kepada Ronnie Liu dalam isu-isu perniagaan membabitkan kerajaan negeri Selangor. Setiap pagi rabu akan kelihatan kereta Tan Pay Kong bernombor WEE 8888 berada di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Setiap pagi rabu, tan Pay Kong akan berjumpa Ronnie Liu untuk meneliti kertas Mesyuarat EXCO dan merancang strategi mereka sebelum mesyuarat EXCO.

Seorang lagi kepala gangster yang dilihat menguasai Ronnie Liu ialah Danial Chong. Bagaimanapun belum ada maklumat lengkap mengenai usahawan underworld ini. Blog ini akan dedahkan dalam sedikit masa lagi.