Menteri Besar Selangor yang baru agar ADUN BN menghantar penyata perbelanjaan Peruntukan DUN yang dibelanjakan pada tahun ini sebelum pilihan raya.
Jika Menteri Besar ini ada akal sedikit (tapi dia mana ada akal, kalau tak taklah hilang tawaran saham Guthrie kerana luput tarikh) tentulah beliau bertanya dulu kepada Pegawai Kewangan Negeri macam mana peruntukan tersebut disalurkan.
Turut menjadi nasi tambah ialah EXCO Ronnie Liew yang dikatakan orang ramai bahawa sebelum menjawat jawatan EXCo merupakan antara ahli kongsi gelap di Klang.
Kata beliau, "Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya.
"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka," katanya.
"Kami akan memperkenalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan," katanya.
Jika kerajaan ini mempunyai sedikit kecerdikan, mereka boleh sahaja minta penyata tersebut dari Pejabat Daerah. Ini kerana peruntukan DUN disalurkan melalui Pejabat Daerah. Semua pemberian bantuan, sumbangan dan projek memajukan tempatan mengikut prosedur pengeluaran wang kerajaan oleh Pejabat Daerah.
Jadi sebelum orang nampak makin banyak bodoh, eloklah MB ini cari jalan macam mana mahu menunaikan manifesto-manifestonya.
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
umno pandai , umno bagus, umno baik, umno cekap, orang lain semua tak bagus, tak pandai, tak baik, tak cekap...
Kata pepatah,hanya Mutu kenal Ma'nikam,.
Elok lah Ronnie Liew Exco yg dianggap belatar belakangkan sedemikian,mencari Penyamun Tarbus
yg menyalah gunakan wang pembayar cukai(Rakyat).
Biak pi lah ,pasai apa nak marghh.
Kalu kita berani memperkatakan hal orang,maka kita pula
bersedia,sangup serta berani menerima pandangan dan teguran org lain.
Yg.baik jadikan tauladan .
berani kerana benar, kalau dah ada dokumen dalam tangan tunjuk aje lah...nak minta pergi pada orang lain nape..pemalas ke?
Ayam Sabung kalah tapi nak jugak dabik dada walhal ekor penuh taik ...SHITTT!!
tu lah masalah rakyat selangor ni. kecik2 xnak mati dah besar susahkan negeri. Yang pilih wakil rakyat tak cukup umur siapa suruh. yang lawaknya wakil rakyat kata kambing ada 3 kaki pun penyokong mengiyakan aje. pandangan2 kat laman ni cume mewakili individu je so jgn panik jika ada komen yang melampau kerana ia mungkin datang dari orang yang pekak dan buta dalam keadaan dengar dan celik
Post a Comment