Surat bantahan dari persatuan penduduk
PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM
No... Jalan Tarif Satu 23/8A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PKS23/P2/SR/46
Tarikh : 16 Mei 2009
YAB TAN SRI DATO’ ABD. KHALID BIN IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam.
YAB Tan Sri Dato’,
BANTAHAN PENDUDUK TERHADAP CADANGAN PEMBINAAN KUIL DI SEKSYEN 23
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Kami yang mewakili 80% masyarakat Islam di Taman Ixora, Seksyen 23 ingin membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan perumahan kami berdasarkan perkara-perkara berikut :
1) Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam dan kami menolak sekeras-kerasnya
cadangan tersebut.
2) Pembinaan kuil tidak sesuai memandangkan peratusan penduduk beragama Hindu
adalah kurang dari 10%.
3) Pihak ADUN dan kerajaan negeri tidak berbincang dahulu dengan Persatuan kami atau
membuat bancian/kajian sebelum membuat keputusan.
4) Kawasan lapang untuk pembinaan kuil tersebut telah dipersetujui penduduk untuk
dibangunkan sebagai padang bola sepak dan tempat riadah dan kami dalam proses
untuk memajukan cadangan kami ke pihak berkuasa selepas bermesyuarat.
5) Kebanyakan famili yang tinggal di sini mempunyai anak-anak kecil dan remaja yang lebih memerlukan tempat bersukan dan beriadah.
Kami sangatlah berharap pihak YAB Tan Sri Dato’ akan turut menolak cadangan tersebut demi keharmonian dan perpaduan penduduk setempat. Sebagai ganti, kami juga berharap cadangan kami untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai tempat riadah akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kertas cadangan tersebut akan dikemukakan dalam masa terdekat ini.
PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM
Kerjasama dan sokongan YAB Tan Sri Dato’ dalam perkara di atas amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Yang benar,
HJ. ZAINUDIN BIN MD. YUSUFF
Pengerusi, PKS23
s.k. : YB TUAN KHALID BIN ABD. SAMAD
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM (P108)
No. 11, Jalan 16/2,46350 Petaling Jaya.
: YB PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
ADUN BATU TIGA (N41)
No. 93A, Tingkat 1, Jalan Pelabur B23/B,Seksyen 23,40200 Shah Alam
: Yg. Bhg. DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,40000 Shah Alam.
: Fail PKS23
Persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis ialah kenapa pemimpin PAS di kawasan tersebut sanggup menyokong pertukaran kuil itu dari Seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 23, satu kawasan majoriti orang Melayu beragama Islam?
Kenapa kuil tersebut tak dibina di kawasan majoriti orang India??? Adakah ini satu percubaan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan majoriti orang Melayu memandangkan kuil akan dibina di kawasan kediaman mereka?
Ini berlaku setelah wakil rakyat India dalam PKR meminta perkara tersebut. YB Rodziah serta YB Yaakob Sapari serta Khalid Samad juga bersetuju serta menyokong penukaran tersebut.
Pada awalnya kuil itu adalah kuil haram di Seksyen 19 Shah Alam di mana Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2007 telah mengarahkan pemindahan kuil itu ke seksyen 22 Shah Alam atas tanah kerajaan negeri.
1 comment:
Hanya 10% orang India tinggal di situ berbanding dengan majoriti penduduk yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.
Ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati penduduk di sana....
Kenapa kuil itu tidak didirikan di kawasan majoriti penduduk orang India?
Post a Comment