Perjuangan berasaskan pembohongan dan cerita mengarut tidak akan berjaya. Demikianlah perjuangan Perstuan haram penganut agama hindu (HINDRAF).
Dalam memorandum mereka mereka membuat pelbagai pembohongan dan kesalahan fakta bagi tujuan memburuk-burukkan UMNO. Lihat mykmu
Kemudiannya dalam Malaysikini hari ini, P. Uthayakumar juga membuat tuduhan tidak berasas kononnya UMNO dan special branch bertanggungjawab merosakkan tayar keretanya. Di mana bukti?
Pada minggu lalu juga, seorang penggerak Hindraf menulis surat pembaca kepada Malaysiakini bertajuk Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri yang penuh dengan kesalahan fakta dan penipuan sejarah.
Pertamanya dengan mengatakan Polis melakukan dasar apartheid kerana hanya memberi fokus kepada orang India dalam sekatan jalan raya menjelang perhimpunan haram Hindraf. Ini bukan dasar apartheid. Sebaliknya ia merupakan strategi keselamatan kerana ia merupakan perhimpunan haram kaum India. Apakah logiknya untuk polis memeriksa kereta milik orang melayu atau Cina kerana bukan mereka yang akan mengadakan demontrasi haram.
Keduanya, dengan mendakwa British membebaskan tanah ini tetapi tidak kaum india adalah satu lagi kesalahan fakta yang jelas. Hindraf perlu menyebut bahawa British membebaskan Tanah Melayu. Ini sekaligus akan menunjukkan milik siapa sebenarnya tanah ini.
Dengan mendakwa British tidak membebaskan kaum India juga merupakan satu tuduhan yang tidak tepat. British ketika itu memberi pilihan sama ada kaum India mahu pulang ke negara mereka atau mahu tinggal di Tanah Melayu. Itu pilihan generasi lalu.
Kita bukan ingin bersifat prejudis atau perkauman. Cuma sekadar menyatakan fakta yang cuba dikelirukan oleh Hindraf.
Justeru adalah tidak benar mendakwa secara tersirat bahawa kaum India di Tanah Melayu dipaksa menerima kepimpinan Melayu.
Mereka juga mendakwa selama 50 tahun tertindas dan dipencilkan oleh UMNO. Jika benar demikian apakah akan muncul orang seperti Datuk Seri Samy Vellu, Tan Sri Ananda Krishna, Datuk Nalla Karupan, S Sothinathan, P. Uthayakumar, Uthayasankar SB (penulis prolifik kaum India), adanya siaran radio Tamil, sekolah kebangsaan jenis Tamil. Malahan puluhan ribu kaum india berjaya menjadi doktor, jurutera, peguam, guru, pentadbir awam dan memenuhi pelbagai bidang profesional lain. Apakah ini menunjukkan diskriminasi dan perhambaan?
Selain itu terdapat juga dakwaan jahat dalam surat tersebut yang berbunyi, "Kami telah menjangkaui empat generasi di sini. Sekiranya, rakyat boleh menerima anak warga Indonesia sebagai menteri besar mereka, kami yakin rakyat negara ini sudah bersedia untuk berkongsi bersama hak mereka dengan kami. Kami tidak ingin merampas hak mereka tetapi pada masa yang sama kami tidak akan berganjak untuk melepaskan hak kami."
Ayat tersebut nyata cuba memberi gambaran Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir bin Toyo sebagai anak warganegara Indonesia. Memang diakui susur galur Dr. Mohamad Khir mempunyai sejarah hubungan kekeluargaan dari Indonesia. Demikian juga susur galur separuh orang Melayu negara ini. Malahan Perdana Menteri pertyama Malaysi, Tunku Abdul Rahman mempunyai susur galur Melayu Pattani (Siam).
Untuk rekod, allahyarham ayah Dr. Khir datang ke Tanah melayu sebelum perang jepun lagi manakala keluarga ibu beliau semenangnya penduduk peribumi Selangor sejak berkurun lamanya.
Untuk pengetahuan pemimpin Hindraf yang buta sejarah Malaysia, pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu.
Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.
Justeru apabila cuba menyindir Dr. Mohamad Khir sebagai anak warga Indonesia yang diberi peluang menjadi Menteri Besar ia cuba memberi gambaran yang negatif kononnya kerajaan lebih mengutamakan rakyat negara lain berbanding rakyat negara ini.
Inilah masalah keseluruhan Hindraf. Mereka buta sejarah kerana memencilkan diri dari sistem persekolahan kebangsaan. Malahan setelah 4 genarasi di Malaysia, mereka masih tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik, apatah lagi mahu mengenali sejarah dan budaya Malaysia dan Tanah Melayu.
Showing posts with label Hindraf. Show all posts
Showing posts with label Hindraf. Show all posts
Monday, December 3, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)