Friday, May 30, 2008

Tugas sebagai Ketua Pembangkang di Selangor.

Di dalam temuramah Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bersama dengan Ketua Editor Sinar Harian, Sabd Jalkil Ali, beliau telah memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti beliau selepas menjadi Ketua Pembangkang di negeri Selangor.

Matlamat tetap sama iaitu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di samping membuat 'homework' tentang masalah rakyat sebelum disuarakan supaya pembangkang di Selangor mempunyai 'substance' dan bukan hanya semata-mata membangkang kerajaan.

Datuk Seri Khir juga memaklumkan pihak Kerajaan negeri Selangor seakan-akan alergik setiap kali beliau membangkitkan perkara-perkara berkenaan janji-janji di dalam manifesto pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

Tumpuan Datuk Seri Khir sebagai ketua pembangkang sekarang ialah memastikan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto akan dilaksanakan kerana tujuan utama rakyat mengubah kerajaan ialah kerana inginkan perubahan.

Dan dengan desakan berterusan daripada pembangkang untuk menuntut janji-janji pilihan raya, pihak pembangkang Selangor sudah membantu rakyat yang sedang menunggu janji-janji kerajaan Selangor yang ditaburkan baru-baru ini.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor pula kelihatan seperti anjing tersepit apabila terpaksa memberikan alasan demi alasan dalam menangguhkan janji-janji tersebut malahan juga apa yang tertera di dalam manifesto kita diubah sesuka hati bila mereka mengatakan bahawa hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 yang layak menerima semua yang telah dijanjikan itu.

Tak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa mencari kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan kerajaan negeri sebelumnya untuk dikritik sebagai satu cara mengalihkan perhatian orang kepada janji-janji mereka dulu.

Dalam pada itu juga, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo juga menjelaskan tentang hasratnya untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda kerana beliau merasakan beliau mampu menangani masalah anak muda tidak suka UMNO.

Thursday, May 29, 2008

Haramkan Islam Hadhari tapi halalkan babi?

Pada 26 Mei 2008 yang lepas, Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengumumkan pengharaman sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari.

Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali selaku Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri memaklumkan bahawa semua masjid dan surau di Selangor tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang berkonsepkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mempersoalkan kenapa Datuk Dr. Hassan Ali begitu angkuh dan sombong kerana tak menutup kilang arak dan ladang babi seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini kerana kedua-duanya diharamkan dalam Islam, sebaliknya mengharamkan Islam Hadhari iaitu usaha untuk diterapkan dalam pembangunan umat Islam.

Tambah Dr Khir, mereka sanggup haramkan Islam Hadhari yang kononnya menyesatkan umat Islam tetapi membiarkan begitu saja ancaman sebenar iaitu ajaran sesat yang semakin bercambah di negeri ini.

Sementara itu seorang pembaca Utusan Malaysia yang menggunakan nama samaran Antikhinzir dari Bayan Lepas mempersoalkan hipokrisi Datuk Dr. Hassan Ali yang membacakan ayat-ayat al-Quran untuk mengharamkan apa yang tidak haram.

Sedangkan tidak menentang projek mega ternakan babi di Sepang dan tidak pula membacakan ayat-ayat Quran tentang babi yang merupakan najis berat dan haram untuk disentuh serta dimakan.

Begitulah sikap bermuka-muka seorang pemimpin Pas yang akan menghalalkan apa saja demi untuk kepentingan DAP dan PKR, jadi di manakah perjuangan mereka untuk menegakkan Islam yang diwar-warkan dengan hebatnya sebelum ini?

Tongkat membawa rebah nampaknya.

Wednesday, May 28, 2008

Wajah sebenar Khalid Ibrahim

WAJAH sebenar Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor bakal terbongkar apabila sudah ada pihak-pihak tertentu akan menelanjangi kehidupan zaman lampau beliau sewaktu bertugas di PNB dan juga Guthrie dan dipercayai dengan pendedahan tersebut, Khalid akan mengulangi nasib yang sama seperti pernah berlaku terhadap bekas menteri – menteri Selangor seperti Tan Sri Muhamad Taib dan juga Abu Hassan Omar dan ini memungkinkan beliau terpaksa mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor.

Khalid Ibrahim yang dilihat begitu rancak serta ghairah kononnya mempunyai segala fail-fail penyelewengan dan sebagainya tentang kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dilihat seakan lupa bahawa beliau juga mempunyai fail-fail sulit yang boleh didedahkan sekaligus memalitkan malu yang cukup besar.

Ada pihak yang sudah dapat menghidu mengapa Khalid Ibrahim diminta untuk melepaskan jawatannya di PNB oleh Pengerusi syarikat ketika itu, Tun Ismail Mohamad Ali kerana beliau didakwa mempunyai beberapa hubungan ataupun lebih tepat skandal dengan beberapa orang kakitangan syarikat permodalan tersebut.

Hubungan ataupun skandal tersebut bakal didedahkan melalui sebuah buku yang dikatakan sudah siap hampir 80 % dan selain daripada pendedahan serta pengakuan beberapa nama yang dikaitkan dengan Khalid. Buku tersebut bakal juga mendedahkan mengapa kerajaan membatalkan ataupun mengambil alih Gutrie daripada penguasaan Khalid.

Malah kerakusan Khalid juga bukan sekadar di PNB ataupun di Guthrie semata-semata tetapi turut melebarkan kebejatan moral serta sikap hingga ke negara Indonesia dan ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Khalid didakwa sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Khalid yang dilihat sejak akhir-akhir ini banyak putar belitnya sehinggakan sudah muncul rakyat di negeri beliau membuat laporan polis di atas beberapa penipuan di dalam manifesto yang Khalid dan Pakatan Palsu Rakyat janjikan semasa kempen PRU12. Khalid sebenarnya kini dilihat alat kepada kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Melihat cara Khalid yang begitu bersungguh-sungguh mahu mencari kesilapan kerajaan sebelum ini disifatkan juga sebagai salah satu taktik untuk menyembunyikan kelemahan pimpinan beliau dan juga latar belakang peribadinya sebelum ini. Banyak perkara yang Khalid sembunyikan dari rakyat jelata dan banyak perkata yang Kahlid dilihat tidak berani untuk bercakap benar.

Ada yang secara terbuka yang mengenali "siapa Khalid sebenarnya sebelum ini" turut mendakwa bahawa KeADILan sebenarnya sebuah parti yang menghimpun sebahagian orang-orang ataupun pemimpin yang rosak akhlak peribadinya dan mempunyai rekod skandal dan perlakuan yang terlampau.

Malah melihat cara Khalid mentadbir Selangor, beliau bukannya meletakkan masa depan negeri dan rakyat sebagai keutamaan tetapi lebih kepada mahu menguatkuasakan politik peribadi dan bersedia untuk menjadi pak turut sekalipun asalkan niat dan tujuan untuk memalukan pemimpin ataupun kerajaan sebelum ini akan tercapai.

Secara jelas, mereka sedang menyemarakkan api politik balas dendam dan ingin menunjukkan kepada rakyat, mereka ini benar mesikupun pada hakikatnya mereka menyembunyikan segala kekotoran.

Namun Khalid lupa, satu jari sedang menuding kepada orang lain, sembilan jari sedang menuding kepada diri beliau sendiri dan dipercayai dengan terbitnya buku tentang Khalid ini, rakyat Negeri Selangor akan sekali lagi hampa untuk mencari seorang Menteri Besar yang bersih dan bermoral.

Secara mudahnya, sekiranya Khalid seorang pentadbir yang baik, kenapa selepas hilang jawatan dalam Gutrie, tidak ada pihak yang menawarkan beliau untuk menerajui mana-mana syarikat korporat ataupun konglomerat yang lain?

Sebab utama Khalid terlepas kedudukan dalam PNB akan terjawab sebaik sahaja buku tersebut berada di dalam pasaran dan ketika itu Khalid akan sedar bahawa jangan sesekali berniat untuk mengaibkan orang lain sekiranya diri sendiri turut mempunyai sejarah yang tidak baik dan moral yang boleh dipertikaikan.

Sebab utama Kahlid menjadi duri dalam daging kepada PNB sehingga terpaksa mengosongkan jawatan akan diketahui apabila pendedahan ini berlaku dan kita akan dapat sama-sama menilaiwajah lelaki yangh bersembunyi di sebalik jawatan Menteri Besar ini.

Kita percaya Khalid tahu apa yang pernah beliau lakukan di PNB sehingga beliau terpaksa berundur daripada syarikat tersebut. Kita juga percaya kenapa Khalid gagal di Gutrie dan Khalid ada jawapan ini. Apa pun kita tunggu, apa reaksi Khalid?

(Petikan dari www.malaysia-hariini.com)

Monday, May 26, 2008

Kerajaan Selangor masih bersikap macam pembangkang!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan terus mengkritik dan mencari kesalahan yang dilakukan pemerintahan kerajaan negeri terdahulu bagi memberitahu rakyat tentang kesilapan yang telah dilakukan.

"Jika kita tidak dedahkan apa kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu kepada umum, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan mengapa itu dan ini berlaku. Jika tindakan begini tidak diambil, mereka akan mempersoalkan kononnya kami tidak melakukan sebarang kerja. Kami sememangnya menjalankan tugas kami dan ini (mendedahkan kesalahan) adalah antaranya," katanya.

Tambah beliau, pada peringkat pertama mereka akan mendedahkan serta mengkritik kesilapan kerajaan terdahulu sebelum menerangkan apa yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, manakala fasa kedua dan ketiga, mereka akan melaksanakan semua janji-janji.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai banyak bercakap tetapi kerja tak seberapa.

"Sebaliknya memilih untuk mengkritik kerajaan negeri sebelumnya (Barisan Nasional), mengungkit pelbagai keputusan dan tindakan yang diputuskan melalui prosedur yang betul demi menutup kegagalan kerajaan negeri yang baru melaksanakan banyak janji dalam manifestonya."

"Sehingga kini, selepas hampir tiga bulan, kita belum jelas mengenai apakah yang hendak dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang berwibawa beliau yakin setiap janji akan dilaksanakan sebaik mungkin.

"Sekiranya rakyat dapat bersabar dalam tempoh pimpinan BN untuk tempoh 50 tahun, seharusnya kerajaan negeri di bawah pimpinan PR juga perlu diberi masa untuk melaksanakan janji yang diberi," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kawasan Sungai Besar pada 25 Mei 2008.

Daripada pemerhatian penulis di beberapa laman web dan forum lain, itulah juga ayat yang diulangi oleh penyokong Pas dan PKR.

Nampaknya mereka sudah mempunyai skrip mereka sendiri untuk menjawab soalan jika diajukan soalan bila nak melaksanakan janji-janji manifesto PRU ke 12 kepada rakyat.

Mungkin inilah yang diajar oleh pemimpin penipu rakyat kepada penyokong penipu rakyat jika ada orang menyoal tentang perkara ini.

Nampaknya mereka seperti hajat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

Hangat-hangat tahi ayam saja.

Isu Balkis: Tan Sri Khalid Faham Separuh-separuh

Sidang DUN jumaat lalu, dan kenyataan kepada Malaysiakini.com, menyaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, masih keliru dalam isu Balkis. Walaupun beliau mula faham bahawa Balkis bukan merupakan pertubuhan milik kerajaan negeri dan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas pertubuhan bukan kerajaan.Namun masih ada niat jahat Tan Sri Khalid yang membuat kenyataan mengelirukan mengenai kedudukan kewangan Bakis. Beliau antara lain membuat kenyataan seolah-olah wang Balkis yang sepatutnya membantu orang miskin dibelanjakan untuk pembelian pakaian sukan dan penganjuran sukan.

"Balkis mengeluarkan RM100,000 bagi menganjurkan kegiatan sukan, program amal sempena Deepavali (RM200,000), program amal sempena Hari Raya (RM250,000), pakaian program amal (RM100,000), makanan semasa sukan (30,000) dan cenderahati orang kenamaan (RM36,000)Selain itu, beliau juga mendedahkan perbelanjaan sebanyak RM158,000 untuk pakaian sukan anggota Balkis dan RM121,000 bagi baju batik untuk pasangan anggota Balkis sempena sukan pertubuhan itu."

Apa yang tidak beliau nyatakan, atau sememangnya beliau tidak tahu, bahawa Balkis mempunyai akaun berasingan untuk sumbangan kepada golongan yang perlu dibantu dengan akaun yang khas untuk kegunaan majlis-majlis anjuran Balkis.

Untuk rekod, Balkis akan memohon sumbangan khusus yang dinyatakan secara jelas bagi tujuan penganjuran acara atau majlis yang akan diadakan. Dalam konteks inilah butiran kewangan mengenai pembelian pakaian sukan dan pakaian batik oleh Balkis merupakan tajaan daripada Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) secara khusus untuk Sukan Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat Se-Malaysia 2007.

Balkis telah mendapat tajaan daripada PNSB sejumlah RM 158 ribu untuk pembelian pakaian sukan dan RM 121 ribu untuk baju batik sempena Sukan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Se Malaysia. Pakaian sukan diberikan kepada semua peserta dan petugas yang melibatkan lebih 500 orang. Manakala pakaian batik semua peserta sukan dan para tetamu kehormat bagi majlis perasmian dan penutup yang di hadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua anggota kabinet, para Menteri Besar dan EXCO kerajaan Negeri.

Ini merupakan program yang besar kepada negeri Selangor kerana melibatkan semua persatuan isteri-isteri wakil rakyat di Malaysia dan Selangor menjadi tuan rumah sekali dalam masa 12 tahun.

Pakaian-pakaian tersebut dibeli dengan harga yang berpatutan dan telah melibatkan ramai ahli-ahli Balkis dan isteri-isteri pegawai kerajaan negeri Selangor. Adalah tidak wajar mengatakan Balkis menyalahgunakan kewangan yang disumbangkan oleh PNSB.
Menganjurkan program sebesar itu dengan menggunakan kewangan yang sedemikian adalah berpatutan.

Sumbangan lain adalah untuk kebajikan yang diagihkan kepada semua yang memerlukan bersempena perayaan-perayaan besar di Malaysia. Tiada penyalahgunaan wang untuk lawatan ke luar negara seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini.

Kita faham Tan Sri Khalid masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Balkis bukanlah di bawa pentadbiran kerajaan negeri. Balkis ditubuhkan sebagai badan amal di bawah kawalan Pendaftar Pertubuhan. Segala laporan adalah dihantar terus kepada ROS bukan kepada kerajaan negeri.

Hanya ahli Balkis yang berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar persatuan tersebut. Kita sekali lagi ingin tekankan bahawa Balkis bukanlah milik kerajaan negeri atau pun merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Sekadar nasihat, diharapkan Menteri Besar dapat bekerjsama rapat dengan Penasihat Undang-undang Negeri sebelum membuat keputusan untuk mencampuri urusan orang lain.Namun jika masih belum berpuas hati, kita mengalu-alukan sebarang tindakan atau laporan kepada pihak berkuasa jika dikatakan terdapat rasuah.

Kita juga berharap kerajaan Pakatan Rakyat tidak menggunakan isu ini untuk mengabui mata rakyat Selangor atas kegagalan mereka untuk melaksanakan manifesto pilihan raya ke 12 mereka.

Sekiranya Pakatan Rakyat berhasrat untuk membantu orang kurang bernasib baik, adalah elok dan molek mereka menubuhkan sebuah persatuan baru bernama Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Pakatan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak akan mencampuri urusan mereka.

Dipetik dari pembangkangselangor.com

Thursday, May 22, 2008

Ibu tunggal tuntut janji!

Tak cukup dengan kontroversi selepas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan; Hal Ehwal Wanita; Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail mengumumkan pada 20 Mei 2008 bahawa hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 layak menerima insentif kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat), kini lebih 20,000 ibu tunggal di Selangor pula yang menuntut kerajaan negeri mengotakan janji kepada mereka.

Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2008, dilaporkan satu artikel bertajuk "Elaun: 20,000 ibu tunggal mahu Selangor tunai janji".

Inilah jadahnya bila berjanji yang manis-manis belaka sebelum dapat berfikir tentang implikasinya jika ianya tidak dapat ditunaikan.

Sharifah Kamariah Syed Ibrahim, Pengerusi Persatuan Ibu Tungal Mas Merah Wilayah Persekutuan dan Selangor, memberi kenyataan kos hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan harga barang mengakibatkan golongan ibu tunggal amat memerlukan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka untuk menyara hidup keluarga.

Tapi bukankah itu satu bentuk penipuan juga bila tiba-tiba saja diumumkan hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 yang layak menerima insentif kebajikan dalam manifesto pilihan raya 8 Mac lalu?

Ini kerana di dalam manifesto itu dinyatakan ianya untuk semua rakyat dan tidak ada pula dinyatakan hanya untuk yang berpendapatan di bawah RM1,500.

Wednesday, May 21, 2008

Alasan kekurangan peruntukan kepada rakyat!

Kerajaan Negeri Selangor memang tak akan mampu untuk menunaikan janji-janji manisnya yang telah ditaburkan baru-baru ini sebelum memenangi pilihan raya umum ke 12.

Buktinya jelas terpampang bila pemberian air percuma 20 meter padu pertama yang dikatakan akan dimulakan pada April 2008 telah ditunda pula ke Jun 2008.

Dan besar kemungkinan ianya akan ditunda lagi memandangkan Menteri Besar Selangor asyik memberi alasan remeh untuk menundakannya termasuk memberi penjelasan kepada penghuni flat agar menukar meter mereka sendiri bagi memudahkan pemberian air percuma itu.

Terbaru pula, pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor di mana di dalam Manifesto Pilihanraya Umum Ke-12, Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR telah menyatakan di dalam manifesto mereka di bawah Sosial dan Kebajikan Rakyat tentang "Memberi hadiah RM1,000 kepada SETIAP anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti".

Tetapi, realitinya pada 18 Mei 2008, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan muka tak malunya mengumumkan insentif berkenaan TIDAK DAPAT DIBERIKAN kepada SEMUA yang layak pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana KEKURANGAN PERUNTUKAN.

Kekurangan peruntukan adalah satu alasan yang tidak mahu didengar oleh rakyat kerana rakyat hanya tahu dan mahu janji-janji manis PRU ke 12 ditunaikan walaubagaimanapun kerana ianya sudah dijanjikan.

Sudah tentu rakyat akan marah dan rasa tertipu bila pelbagai alasan diberikan untuk tidak menunaikan janji-janji yang membuatkan mereka terpedaya lalu mengundi Barisan Alternatif yang kini sudah dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT kini.

Salah seorang dari rakyat yang kecewa dan marah tersebut telahpun membuat satu lagi laporan polis pada 19 Mei 2008 kerana Kerajaan Negeri Selangor yang didakwanya menipu pengundi kerana gagal memberikan pemberian insentif RM1,000 untuk semua anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini serta mengehadkannya kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Pemuda berkenaan, Mohd. Shaid Rosli 25, sebelum ini juga pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana menipu pengundi apabila gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.