Tak cukup dengan kontroversi selepas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan; Hal Ehwal Wanita; Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail mengumumkan pada 20 Mei 2008 bahawa hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 layak menerima insentif kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat), kini lebih 20,000 ibu tunggal di Selangor pula yang menuntut kerajaan negeri mengotakan janji kepada mereka.
Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2008, dilaporkan satu artikel bertajuk "Elaun: 20,000 ibu tunggal mahu Selangor tunai janji".
Inilah jadahnya bila berjanji yang manis-manis belaka sebelum dapat berfikir tentang implikasinya jika ianya tidak dapat ditunaikan.
Sharifah Kamariah Syed Ibrahim, Pengerusi Persatuan Ibu Tungal Mas Merah Wilayah Persekutuan dan Selangor, memberi kenyataan kos hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan harga barang mengakibatkan golongan ibu tunggal amat memerlukan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka untuk menyara hidup keluarga.
Tapi bukankah itu satu bentuk penipuan juga bila tiba-tiba saja diumumkan hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 yang layak menerima insentif kebajikan dalam manifesto pilihan raya 8 Mac lalu?
Ini kerana di dalam manifesto itu dinyatakan ianya untuk semua rakyat dan tidak ada pula dinyatakan hanya untuk yang berpendapatan di bawah RM1,500.
Thursday, May 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment