Friday, May 9, 2008

Kenapa begitu mudah berjanji dan melanggar janji?

Pelbagai reaksi dapat dilihat daripada rakyat yang semakin tidak puas hati dengan tindakan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor yang gagal melaksanakan janji-janji manifesto PRU ke 12 mereka.

Rakyat yang merupakan pengundi yang meletakkan Pakatan Rakyat di Selangor mungkin kini berada dalam penyesalan memandangkan Menteri Besar Baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengumumkan tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus.

Inilah akibatnya bila sesuatu manifesto itu dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan implikasi jika mereka memenangi pilihanraya, apakah mereka mampu untuk melaksanakannya?

Mungkin ianya dibuat sekadar untuk menaikkan ego diri mereka sendiri dan menggembirakan hati rakyat apabila rakyat membacanya tapi tidak terfikir bagaimana untuk melaksanakannya jika mereka memegang tampuk pemerintahan negeri.

Ini baru sebuah negeri, jika mereka memerintah Malaysia entah apalah huru-hara yang bakal terjadi nanti? Inilah yang dikatakan kaki untut dipakaikan gelang.

Pada 8 Mei 2008 baru-baru ini pun dilaporkan oleh Utusan Malaysia tentang tindakan nekad seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu dengan kegagalan kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Syabas diucapkan kepada saudara Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok di atas keberanian anda untuk bertindak.

Sementara itu seorang pembaca Berita Harian yang menggunakan nama samaran Penghuni Kondo, dari Ampang memberikan pandangan beliau bahawa kerajaan negeri Selangor yang baru sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan pihak terbabit seperti Puncak Niaga, Syabas, persatuan pengguna, pakar air, aktivis alam sekitar dan pegawai Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi sebelum berjanji memberikan air percuma, membina ladang babi (yang tiada dalam manifesto) dan sebagainya.

Kalau memang hakikat diri dah tahu tak mampu nak laksanakan, baik tak payah berjanji pada awalnya lagi.

No comments: