Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan terus mengkritik dan mencari kesalahan yang dilakukan pemerintahan kerajaan negeri terdahulu bagi memberitahu rakyat tentang kesilapan yang telah dilakukan.
"Jika kita tidak dedahkan apa kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu kepada umum, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan mengapa itu dan ini berlaku. Jika tindakan begini tidak diambil, mereka akan mempersoalkan kononnya kami tidak melakukan sebarang kerja. Kami sememangnya menjalankan tugas kami dan ini (mendedahkan kesalahan) adalah antaranya," katanya.
Tambah beliau, pada peringkat pertama mereka akan mendedahkan serta mengkritik kesilapan kerajaan terdahulu sebelum menerangkan apa yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, manakala fasa kedua dan ketiga, mereka akan melaksanakan semua janji-janji.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai banyak bercakap tetapi kerja tak seberapa.
"Sebaliknya memilih untuk mengkritik kerajaan negeri sebelumnya (Barisan Nasional), mengungkit pelbagai keputusan dan tindakan yang diputuskan melalui prosedur yang betul demi menutup kegagalan kerajaan negeri yang baru melaksanakan banyak janji dalam manifestonya."
"Sehingga kini, selepas hampir tiga bulan, kita belum jelas mengenai apakah yang hendak dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang berwibawa beliau yakin setiap janji akan dilaksanakan sebaik mungkin.
"Sekiranya rakyat dapat bersabar dalam tempoh pimpinan BN untuk tempoh 50 tahun, seharusnya kerajaan negeri di bawah pimpinan PR juga perlu diberi masa untuk melaksanakan janji yang diberi," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kawasan Sungai Besar pada 25 Mei 2008.
Daripada pemerhatian penulis di beberapa laman web dan forum lain, itulah juga ayat yang diulangi oleh penyokong Pas dan PKR.
Nampaknya mereka sudah mempunyai skrip mereka sendiri untuk menjawab soalan jika diajukan soalan bila nak melaksanakan janji-janji manifesto PRU ke 12 kepada rakyat.
Mungkin inilah yang diajar oleh pemimpin penipu rakyat kepada penyokong penipu rakyat jika ada orang menyoal tentang perkara ini.
Nampaknya mereka seperti hajat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Hangat-hangat tahi ayam saja.
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment