Kerajaan Negeri Selangor memang tak akan mampu untuk menunaikan janji-janji manisnya yang telah ditaburkan baru-baru ini sebelum memenangi pilihan raya umum ke 12.
Buktinya jelas terpampang bila pemberian air percuma 20 meter padu pertama yang dikatakan akan dimulakan pada April 2008 telah ditunda pula ke Jun 2008.
Dan besar kemungkinan ianya akan ditunda lagi memandangkan Menteri Besar Selangor asyik memberi alasan remeh untuk menundakannya termasuk memberi penjelasan kepada penghuni flat agar menukar meter mereka sendiri bagi memudahkan pemberian air percuma itu.
Terbaru pula, pemberian insentif RM1,000 untuk anak Selangor di mana di dalam Manifesto Pilihanraya Umum Ke-12, Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR telah menyatakan di dalam manifesto mereka di bawah Sosial dan Kebajikan Rakyat tentang "Memberi hadiah RM1,000 kepada SETIAP anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti".
Tetapi, realitinya pada 18 Mei 2008, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan muka tak malunya mengumumkan insentif berkenaan TIDAK DAPAT DIBERIKAN kepada SEMUA yang layak pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana KEKURANGAN PERUNTUKAN.
Kekurangan peruntukan adalah satu alasan yang tidak mahu didengar oleh rakyat kerana rakyat hanya tahu dan mahu janji-janji manis PRU ke 12 ditunaikan walaubagaimanapun kerana ianya sudah dijanjikan.
Sudah tentu rakyat akan marah dan rasa tertipu bila pelbagai alasan diberikan untuk tidak menunaikan janji-janji yang membuatkan mereka terpedaya lalu mengundi Barisan Alternatif yang kini sudah dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT kini.
Salah seorang dari rakyat yang kecewa dan marah tersebut telahpun membuat satu lagi laporan polis pada 19 Mei 2008 kerana Kerajaan Negeri Selangor yang didakwanya menipu pengundi kerana gagal memberikan pemberian insentif RM1,000 untuk semua anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini serta mengehadkannya kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.
Pemuda berkenaan, Mohd. Shaid Rosli 25, sebelum ini juga pernah membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana menipu pengundi apabila gagal menurunkan cukai pintu 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pakatan Rakyat - pakatan janji kosong
Post a Comment