Monday, May 5, 2008

Maaf Raja Petra, Anda Silap

Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbarunya membuat beberapa dakwaan terhadap Kerajaan Selangor yang lepas termasuk beberapa tuduhan terhadap Dr. Mohamad Khir Toyo. Sebagai orang yang tahu sedikit sebanyak selok belok pentadbiran kerajaan negeri, saya fikir terdapat beberapa kesalahan fakta yang jelas.

1. Dakwaan bahawa semua bilik (saya agak beliau rujuk di Pejabat Menteri Besar tingkat 20 dan 21) adalah kosong bukan sahaja mengelirukan tetapi jelas mempunyai motif serangan peribadi terhadap Dr. Mohamad Khir.

Tiada pejabat yang kosong tanpa peralatan atau perabut. Bagaimanapun sudah tentu para pegawai politik MB lalu dan Dr. Mohamad Khir berhak untuk mengambil barang-barang peribadinya seperti buku-buku bacaan dan lain-lain.

Sehubungan dengan peralatan kerajaan yang dikatakan diambil, saya sekali lagi berpendapat Raja Petra mendapat maklumat yang salah. Tiada peralatan kerajaan yang hilang atau diambil kecuali hak milik peribadi. Jika dikatakan komputer hilang tentulah ada nyata dalam inventori kerajaan siapa punya komputer yang hilang. Semak sahaja dengan pusat komputer kerajaan negeri.

Jika ada perabot yang diambil tentulah ia milik peribadi pemiliknya. Tiada sesiapa daripada BN begitu bodoh memperjudikan diri ke penjara kerana mengambil harta kerajaan.

Raja Petra juga boleh sahaja bertanya kepada Ketua Setiausaha Sulit (SS) Menteri Besar dulu, dan sekarang, Puan Norzaton Aini Binti Mohd. Kassi(yang mana suaminya adalah ahli PKR dan beliau sendiri cenderung kepada ideologi Malaysian Malaysia).

Berkenaan dokumen kerajaan yang dikatakan dilupuskan secara tergesa-gesa. Saya fikir sekali lagi Raja Petra mendapat maklumat yang salah. Tiada dokumen hak milik kerajaan yang dicarikkan (shredded). Mungkin yang ada ialah fail-fail catatan peribadi para pegawai atau milik Menteri Besar sendiri.

Manakala fail-fail kerajaan semuanya disimpan di satu tempat Khas di bangunan SUK. Sejak Dr. Mohamad Khir mengambil alih jawatan MB, beliau telah mewujudkan satu sistem di mana tiada fail kerajaan yang boleh di bawa pulang. Semua fail yang telah selesai hendaklah di simpan di satu perpustakaan. Ini semua Raja Petra dengan bantuan kerajaan baru bolehlah memeriksanya.

Dakwaan tiga lori mengangkut fail secara serta merta juga jelas merupakan satu kesalahan fakta lagi. Raja Petra boleh bertanya kepada para pebgikut PKR dan Pas yang mula mengepung SUK sejak jam 7 malam jika ada sebarang lori keluar masuk. Lagi pun, jika tiga lori diperlukan untuk mengangkut fail-fail tersebut berapa banyakkah masa yang diperlukan dan berapa banyak fail yang ada berbanding saiz bilik Menteri Besar?

Untuk pengetahuan Raja Petra juga, saya dimaklumkan oleh pegawai di SUK, YAB MB hanya memngambil barang-barangnya seminggu pilihan raya dengan semua catatan dibuat oleh pegawai kerajaan.

Mengenai dakwaan penganugerahan water kepada Puncak Niaga ada kena mengena dengan Dr. Mohamad Khir, sekali lagi Raja Petra membuat kesimpulan tanpa sebarang fakta yang jelas. Puncak Niaga ditubuhkan dan mendapat kontrak merawat air sejak tahun 1998lagi. Adalah mustahil untuk mengatakan Dr. Mohamad Khir terbabit atau memiliki syarikat ini sedangkan beliau ketika itu hanyalah seorang Doktor Gigi.

Jalan raya Selangor termahal di dunia? Salah lagi. Termahal di Malaysia pun bukan.

Berkenaan buku Mohamad Rafi Awang Kechik itu saya fikir jika pembaca Malaysia-Today susah sangat untuk mendapatkannya bolehlah meminta bantuan Raja Petra atau Mohamad Rafi sendiri untuk menguploadkan di web.

Mohamad Rafi ditangkap kerana buku Khir Toyo? Salah lagi raja Petra. Mohamad Rafi ditahan reman kerana penyiasatan polis terhadap buku beliau mengenai Skandal Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sesiapa yang tidak percaya boleh tanya sendiri beliau di laman webnya http://malaysia-hariini.com/

Saya tidak fikir Khir Toyo membeli setiap buah buku Mohamad Rafi. Jika benar ia berbuat demikian tentulah Mohamad Rafi sekarang sudah menjadi jutawan. Mungkin boleh juga ditanya kepada Mohamad rafi sendiri.

7 comments:

Anonymous said...

Raja Petra ni bukan saja silap, malah kaki putar belit. Kononnya mahu jadi hero rakyat, nak samakan hak2 org bumiputra dan bukan bumiputra, tapi pada masa yang sama bentak tidak tentu arah bila hal2 institusi Raja disebut. Dah terserlah putar belit Petra, nak hakiskan hak istimewa orang Melayu tapi pada masa yang sama berlagak seperti panglima untuk Raja-Raja Melayu.

Saya lihat dia bermati-matian berang bila orang DAP tidak mahu memakai songkok ketika angkat sumpah di hadapan Sultan Perak. Persoalannya, siapa yang memukul gong dan mengapi-apikan perjuangan DAP semasa pilihanraya dulu?


Kenapa apabila orang memilih BN, dia menganggap org melayu itu dungu, sedangkan pada masa yang sama dia perjuangkan kebebasan bersuara dan memilih pemimpin? Apakah kita hanya dikira bebas membuat pilihan sekiranya kita mengundi Pakatan Rakyat (kononnya), dan dizalimi sekiranya kita memilih BN?

Saya hampir tersedak mendengar pengakuannya yang mengamalkan Amal Maaruf Nahi Mungkar, kerana dia berpegang pada Islam. Mengapa pada satu posting di dalam laman webnya sendiri, dia mengaku yang dia sedang meminum wine dan dengan bongkaknya mention pasal menghisap cigar berharga 100 ringgit? (mcm la org tak boleh nak beli). Itu ciri-ciri amal maaruf nahi mungkar dia ke?

Anonymous said...

Bukan sekadar silap. Sepatutnya kenakalan Raja Petra ni telah lama dihentikan. Terlalu lama dibiarkan inilah jadinya. Bagi saya species ini sangat merbahaya baik dari segi agama maupun undang-undang.

Anonymous said...

banyak perkara yg tidak 'kena' dgn RPK ini. Sangkanya dia betul dlm semua perkara. Sangkanya dia berhak membuat tohmahan terhadap sesiapa shj. Negara ini bukanlah sebaik manapun padanya..namun disinilah dia mencari makan. Dengan tulisan tanpa kira dosa dan pahala itulah RPK mencari makan.

" For I am not a Muslim by way of mere rituals but a Muslim at heart"..RPK. Konon dia lebih suci drpd yg lain. Padan muka la..nasib tak kena belasah kat tepi jalan.

Anonymous said...

Hidup Pakatan Rakyat. Raja Petra adalah teladan masyarakat!!! I sokong u.

Anonymous said...

Kena bezakan "Pendapat Sendiri" dengan "Fakta".

AKU said...

Alahai Mat-mat yang kecewa dengan orang Melayu, Cina dan India yang tak mau pilih mereka lagi... Bukan tidak ada yang pilih cuma minoriti....

Sudahlah janganlah kamu nak mempertahankan Khir Toyo dan nak marahkan Raja Petra...Macam orang mengigau dan gila mereyan...

Duduk diam-diam dan perbetulkan UMNO hampa tu... Tak layak hampa nak betulkan orang lain sedangkan hampa pun dok berjalan mengiring...

Pergilah sibuk tolong Ku Li tumbangkan Pak Lah... Untung-untung Khir Toyo boleh tumpang sikit... Silap-silap dapat jadi PM (berangan ....

UMNO memang terdiri dari Melayu-melayu yang bodoh tak sedarkan diri, kalau ada yang pandai pun hanya tinggal saki-baki Melayu yang masih boleh mempergunakan UMNO untuk diri sendiri. Misalannya aku ini.... Aku masih UMNO dan aku memang bijak dan aku menyokong Pak Lah sebab dia yang memerintah sekarang ini. Sudah tentulah banyak faedah yang aku boleh dapat, telah dapat dan sedang dapat terutama tatkala sokongan kepada pada kian tergugat.

Peduli apa aku dengan UMNO... UMNO boleh pi mampus... tapi aku tidak mampus. Kau orang semua penjilat Toyo juga boleh mampus.

Sorry la beb... Sudah nasib UMNO. Lagipun UMNOlah yang mendidik aku supaya selfish (jual ikan) macam ni...

Anonymous said...

Wah Matrip! Terlebih sudah .... hahaha.... sokong u.

Orang melayu nak menyalak bukit pertahankan hak bumiputra. Kecoh ar! Mcm kat Malaysia ni ade melayu jer. Khairy dan Hishamuddin pulak selalu wat kenyataan yang tak memikirkan sensitiviti kaum-kaum lain. Aku yg melayu ni pun naik malu. Dalam paper, sikit2 melayu... sikit2 melayu. Adeh!

Org melayu kita dah byk yg terlebih makan bersuap. pada mereka rezeki ni seolah2 dtg berguling kat dpn pintu rumah diorg. Dah jadi malas. Nak itu lah.. nak inilah ... mcm2 kelebihan yang diorg nak. Tapi masih blom btol2 mampu nak tunjukkan bahawa kita ni org melayu lebih hebat dari bangsa lain, terutamanya Cina. Yerlah! sbb kerajaan kita dah bagi byk sgt. semuanya sebab nak jaga undi dan kepentingan parti. pastu gunakan nama "MELAYU". Tu pasal la org melayu ni byk lemak. Duk kat kedai2 kopi asyik bincangkan pasal hak. Berbincang sampai maghrib. Tapi satu aper pun tak buat.

Agaknyer kalau hak bumiputra tu dimansuhkan, barulah nak terbeliak bijik mata org2 melayu ni. pastu barulah timbul kesedaran. tapi sedar ker nanti?

Pada pendapat saya, tindakan Raja Petra ni ada yg betul, ada yg tidak. Tapi itu tak penting. Yang pentingnyer ianya bakal membuka seluas2 nya mata dan hati ahli2 politik dalam kerajaan utk tidak hanya mementingkan diri dan wallet sendiri untuk mencapai kekayaan. Betulkan balik keadaan ekonomi negara yg dah nak tunggang terbalik ni. Harga barang sana sini naik. Tapi gaji setakat naik rm50 - rm100 jer... mana cukup? skrg ni kalo gaji bwh rm1500, mmg pengsan ler kalo nak hidup, terutamanya kat KL.

Sekian... wassalam....