Tuesday, March 16, 2010

MB Pakatan Rasuah Bohong dan Menipu

Minggu lalu Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Talam telah membayar RM 50 juta kepada kerajaan negeri. Malangnya sehingga sekarang Talam tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembayaran hutang tersebut. Sumber bahagian kewangan kerajaan negeri juga menyatakan bahawa sehingga akhir minggu lalu belum ada sebarang pembayaran seperti itu.

Semalam Talam menyatakan mereka menandatangai MOU dengan kerajaan negeri Selangor bahawa mereka akan membayar hutang kepada kerajaan negeri melalui penjualan aset. MOU ini hanya menyatakan mereka bersetuju untuk membayar kembali hutang tetapi tidak menyatakan bila.

Secara logiknya jika benar Talam telah membayar hutang tentulah mereka akan umumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur.

Lebih mengelirukan ialah Talam hanya bersetuju membayar RM 241.4 juta berbanding hutang sebenar mereka RM 391.7 juta. ke mana lagi RM 150 juta?

Talam Corp, a Malaysian property developer, said it signed an agreement to repay debts of RM241.4 million owing to the Selangor state government.

Talam will sell its properties to help settle the debts, the company said in a statement today. The shares of Talam jumped the most in more than four months after the agreement.

The stock surged 17 per cent to 13.5 sen at 2:36 pm local time in Kuala Lumpur trading, set for the steepest gain since November 2. -- Bloomberg 15/03/2010


Dulu MB juga janji hutang talam sebanyak RM 391.7 juta akan dikutip dalam tempoh tiga bulan. Sekarang dah masuk empat bulan habuk pun tiada.

Sampai sekarang juga MB tidak mendedahkan siapakah peguam yang mendapat kontrak menguruskan "round tripping" tempoh hari dan berapakah yurannya.

Kerajaan yang penuh korup dan penipuan secara terang-terangan ini masih mahu menegakkan benang basah.

Saturday, March 6, 2010

Kovensyen Pakatan Rasuah Ke-2

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT SELANGOR KEDUA GUNA BANGUNAN KERAJAAN NEGERI. KETELUSAN ATAU SALAH GUNA KUASA. PEJUANG KEBERTANGGUNGJAWABAN, PENYELAMAT DANA AWAM KONON.
berita lanjut baca di http://www.selangordaily.com/





Friday, March 5, 2010

Lembu Punya Susu, Babi Dapat Nama

Pada Februari 2009, Teresa Kok dilaporkan Malaysian Insider dengan bangganya mengisytiharkan Selangor mencatatkan pencapaian pelaburan tertinggi dalam masa 9 tahun pada 2008.

Selangor records highest investments in 9 years
By Shannon Teoh
SUBANG JAYA, Feb 22 - Selangor attracted RM11.87 billion in investments last year, bettering figures from the past eight years despite the financial crisis that began late last year.

“This ranks us as number two among states in Malaysia,” senior state executive council member Teresa Kok told reporters today. (Sarawak is the leading state in terms of foreign investments, pulling in about RM15.17 billion.)

According to Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) records, RM6.353 billion were from 202 new projects in Selangor while another RM5.517 billion came from expansions.

Records show that RM5.3 billion were foreign direct investments, with Germany contributing RM3.2 billion to the figure.

The investments also created 29,340 new jobs in the state.

Kok added that the state would continue to try and hit the RM12 billion target for 2009 despite softening conditions.

“We know it is not easy with the downturn but we will try to speed up processes to rope in investors as well as focus on other sectors other than industrial manufacturing, such as the services sector,” she said.

She added that steps were already being taken to protect the interests of investors, which she hoped would attract even more investments to the state.

“We have instructed local councils to set up industrial park management committees comprising local councillors, officers from bodies providing utilities such as electricity, telecommunications and water, as well as other agencies such as the police,” Kok said.

The committees have been instructed to hold meetings every one to two months to resolve various problems to “take care of the interests of industrial investors.”

Sumber

Terdapat hampir 40 komen daripada bingai-bingai penyokong PKR yang memuji Teresa Kok dan kerajaan Pakatan Rakyat kononnya bukti kecekapan Khalid Ibrahim dan Teresa kok. Maka ramai juga yang mengutuk Khir Toyo tanpa mengetahui fakta sebenar.

Hakikatnya pelaburan 2008 bukanlah dibawa masuk pada 2008. Pelaburan yang disahkan pada tahun semasa selalunya dibawa masuk setahun atau dua tahun lalu. Misalnya pada 2008, paling lewat usaha menarik pelaburan dilakukan pada 2007 atau 2006.

Justeru pelaburan RM 11.87 billion pada 2008 dan RM 9 billion ialah pelaburan asing (FDI) ialah hasil usaha Khir Toyo serta Kerajaan Barisan Nasional di peringkat negeri dan nasional.

Antara pelaburan terbesar pada 2008 ialah sebanyak RM 5 billion dari syarikat Jerman yang urusuniaganya dipersetujui semasa promosi Selangor Science Park 2 pada 2007. Jadi di mana yang dikatakan usaha PR Selangor?

Anehnya Teresa Kok pergi ke merata tempat bercerita kononnya beliau berjaya menarik pelaburan tertinggi dalam sejarah selangor. Inilah yang dikatakan lembu punya susu, babi yang dapat nama.

Tahun ini diumumkan jumlah pelaburan asing ke Selangor hanyalah RM 4b. campur pelaburan dalam negara, jumlah keseluruhan pelaburan ke Selangor hanya RM 6.7 Bilion.

The Selangor government said today the state received RM6.76 billion of investments in 2009, creating more than 20,000 jobs.

In disclosing this today, state executive councillor for investments, trade and industry Teresa Kok said the latest statistics proved that investments into the state had not declined since Pakatan Rakyat (PR) took over the state administration almost two years ago.

Kok said the data from the Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) shows that Selangor’s RM6.76 billion in approved industrial investment far exceeded the RM4 billion target set by the state government due to the global economic downturn. Sumber

Jika dilihat sebahagian besar FDI pada 2009 juga masih dari program menarik pelabur yang dijalankan oleh Khir Toyo pada 2007. Sekali lagi lembu punya susu, babi punya nama.

Selain itu, Teresa Kok dalam beberapa laporan media termasuk Malaysia Insider (lihat petikan pertama) menyatakan kerajaan Selangor menjangkakan pelaburan bagi tahun 2009 ialah sebanyak RM 12 billion.

Malahan Tan Sri Khalid Ibrahim juga ketika membentangkan Bajet Selangor 2009 mendakwa kerajaan negeri akan mendapat pelaburan sebanyak RM 12 billion bagi tahun 2009 biarpun dilanda kegawatan ekonomi.

Anehnya apabila keluar jumlah pelaburan sebanyak RM 6.7 billion sahaja bagi tahun 2009, Teresa Kok pembohong ini tidak segan silu menyatakan sasaran kerajaan negeri pada 2009 hanyalah RM 4 billion.

Apa jenis EXCO pembohong ni? Kita juga cabar kerajaan negeri dedahkan RM 4 billion pelaburan asing tersebut datang dari mana dan bilakah mereka mula menunjukkan minta untuk melabur di Selangor.

Wednesday, March 3, 2010

Mike Mahu RM 5 juta?

Dalam ramai-ramai ahli Parlimen PKR yang akan keluar parti ia pastinya bukan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Ini kerana pada awal tahun lalu, Manikasavagam atau lebih popular dengan nama Mike telah cuba keluar PKR.

Beliau yang marah tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan PKR telah bercakap kepada Mstar kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Hakikat sebenar beliau sedang cuba mendapatkan wang daripada Barisan Nasional.

Mike mengadakan perbincangan awal dengan YB Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat, Perak) sebelum meminta berjumpa dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo. Mike berhubung dengan YB Hamidah melalui salah seorang ADUN PKR Perak yang keluar parti tahun lalu.

Sebelum berjumpa Khir Toyo, Mike turut tinggal di hotel kononnya takut diganggu oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Apabila berjumpa Khir Toyo beliau turut menceritakan masalah beliau dengan Anwar dan PKR. Perjumpaan tersebut berlaku di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Dalam perjumpaan tersebut Mike meminta dua perkara iaitu RM 5 juta dan peluang jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum keluar. Khir Toyo menyatakan beliau boleh aturkan pertemuan Mike dengan Najib, namun imbuhan wang tidak mungkin.

BN tidak akan beli ahli parlimen atau mana-mana wakil rakyat. Itulah pandangan Khir Toyo kepada Mike.  Namun khabarnya permintaan Mike tersebut tetap dimaklumkan oleh Khir Toyo kepada pejabat DS Najib. Dan seperti dijangka DS Najib menolak permintaan tersebut.

Dalam masa yang sama Mike yang pernah membuat kenyataan terbukan akan keluar PKR kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim setelah mendapat peruntukan RM 800 ribu dan Presiden PKR tersebut.

Khabarnya sekarang ini Mike pergi merata tempat berceramah kononnya BN dan Khir Toyo tawarakan RM 50 juta kepada beliau untuk keluar PKR.

Sudahlah Mike, ingat Khir Toyo dan BN bodohlah hendak bagi RM 50 juta? Daripada beliau kamu seorang RM 50 juta baik bagi kepada ADUN Pakatan di Selangor, pasti boleh ambil alih balik kerajaan negeri. Tapi bukan cara BN untuk beli wakil rakyat parti lain. Ini cara Anwar sahaja janji sana dan janji sini untuk tarik wakil rakyat BN lompat parti suatu ketika dahulu.

Sekarang Mike, mahu nafikan bahawa kamu pernah berjumpa dengan YB Hamidah dan Khir Toyo secara sulit serta meminta RM 5 juta? Jika perlu kami akan dedahkan hotel mana kamu tinggal dan hotel mana kamu berjumpa dengan Khir Toyo.