Wednesday, March 3, 2010

Mike Mahu RM 5 juta?

Dalam ramai-ramai ahli Parlimen PKR yang akan keluar parti ia pastinya bukan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Ini kerana pada awal tahun lalu, Manikasavagam atau lebih popular dengan nama Mike telah cuba keluar PKR.

Beliau yang marah tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan PKR telah bercakap kepada Mstar kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Hakikat sebenar beliau sedang cuba mendapatkan wang daripada Barisan Nasional.

Mike mengadakan perbincangan awal dengan YB Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat, Perak) sebelum meminta berjumpa dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo. Mike berhubung dengan YB Hamidah melalui salah seorang ADUN PKR Perak yang keluar parti tahun lalu.

Sebelum berjumpa Khir Toyo, Mike turut tinggal di hotel kononnya takut diganggu oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Apabila berjumpa Khir Toyo beliau turut menceritakan masalah beliau dengan Anwar dan PKR. Perjumpaan tersebut berlaku di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Dalam perjumpaan tersebut Mike meminta dua perkara iaitu RM 5 juta dan peluang jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum keluar. Khir Toyo menyatakan beliau boleh aturkan pertemuan Mike dengan Najib, namun imbuhan wang tidak mungkin.

BN tidak akan beli ahli parlimen atau mana-mana wakil rakyat. Itulah pandangan Khir Toyo kepada Mike.  Namun khabarnya permintaan Mike tersebut tetap dimaklumkan oleh Khir Toyo kepada pejabat DS Najib. Dan seperti dijangka DS Najib menolak permintaan tersebut.

Dalam masa yang sama Mike yang pernah membuat kenyataan terbukan akan keluar PKR kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim setelah mendapat peruntukan RM 800 ribu dan Presiden PKR tersebut.

Khabarnya sekarang ini Mike pergi merata tempat berceramah kononnya BN dan Khir Toyo tawarakan RM 50 juta kepada beliau untuk keluar PKR.

Sudahlah Mike, ingat Khir Toyo dan BN bodohlah hendak bagi RM 50 juta? Daripada beliau kamu seorang RM 50 juta baik bagi kepada ADUN Pakatan di Selangor, pasti boleh ambil alih balik kerajaan negeri. Tapi bukan cara BN untuk beli wakil rakyat parti lain. Ini cara Anwar sahaja janji sana dan janji sini untuk tarik wakil rakyat BN lompat parti suatu ketika dahulu.

Sekarang Mike, mahu nafikan bahawa kamu pernah berjumpa dengan YB Hamidah dan Khir Toyo secara sulit serta meminta RM 5 juta? Jika perlu kami akan dedahkan hotel mana kamu tinggal dan hotel mana kamu berjumpa dengan Khir Toyo.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Bro.

Elok gak diketengahkan maklumat penting sebegini.

Setidak tidak nya ada maklumat yang sahih bagi membalas tuduhan liar daripada Al Juburi.

Adam

Anonymous said...

Do you honestly think that this Mike is WORTH 5 million????

So funny............

selangorian said...

no, i dont thin so anon