Friday, June 25, 2010

Kekalkan Khalid atau Kerajaan Selangor Tumbang - DAP

DAP Negeri Selangor hari ini dikhabarkan memberi kata dua kepada pucuk pimpinan PKR bahawa mereka tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dan akan menumbangkan Pakatan di Selangor jika Azmin Ali dipilih mengganti Khalid. Ronnie Liu dan Teresa Kok memberi jaminan kepada Tan Sri Khalid bahawa DAP menyokong beliau. Dilaporkan Teresa dan Ronnie turut menghantar sms kepada Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah dan Syed Husin menyatakan pendirian keras DAP mahukan Khalid kekal sebagai MB. Malah mereka bersedia keluar Pakatan jika Azmin dipilih menggantikan Khalid.

Sokongan DAP kepada PKR adalah penting kerana tanpa sokongan parti cauvinis ini kerajaan Selangor pimpinan PKR akan tumbang. PKR menang 15 kerusi DUN manakala DAP pula 13 dan Pas lapan. Berdasarkan jumlah kerusi ini, sekiranya DAP menarik balik sokongan mereka kepada PKR, parti tersebut terpaksa mengosongkan jawatan Menteri Besar kecuali BN membuat keputusan menyokong Tan Sri Khalid.

Gabungan PKR-PAS sahaja hanya mengumpul 23 kerusi dan akan tumbang bila-bila masa jika BN (21 kerusi) dan DAP membuat undi tidak percaya. Justeru PKR terutamanya Anwar Ibrahim tiada pilihan kecuali bergantung penuh kepada Tan Sri Khalid bagi mengekalkan sokongan DAP Selangor kepadanya.

Thursday, June 24, 2010

Azmin Letak Jawatan Elak Terbabit Kerugian PKNS?

Naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam. Sungguhpun tiada sebab yang jelas mengenai perletakan jawatan tersebut, namun Azmin dikatakan berkonfrontasi dengan Khalid Ibrahim dan Othman Omar mengenai laporan blog ini isnin lalu bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membelanjakan hampir setengah juta untuk iklan muka Pengurus Besarnya di TV3 semasa Hari raya Aidilfitri yang lalu.

Sungguhpun pendedahan ini bukan faktor besar namun ia menjadi kemuncak ketidakpuasan hati Naib Presiden PKR tersebut terhadap cara PKNS diurus tadbir sejak di bawah Othman Omar. Azmin yang sebelum ini banyak menghentam Khalid dalam sidang DUN sudah hilang sabar mengenai tindak tanduk Othman Omar.

Khalid Ibrahim dan Othman Omar bertindak seumpama raja di PKNS dengan membuat beberapa keputusan yang tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PKNS dan menyebabkan perbadanan tersebut bakal menghadapi krisis kewangan dalam sedikit masa lagi.

Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji  Othman Omar yang diluluskan oleh Khalid iaitu sebanyak RM 40, 000.00 sebulan sedangkan ia bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan. Sehingga kini khabarnya kelulusan tersebut belum dilaksanakan kerana pegawai PKNS tidak mahu terbabit dalam sesuatu keputusan yang menyalahi peraturan kewangan kerajaan. Sejak itu Othman membentuk pasukan pengurusan baru dari luar dan langsung tidak merujuk kepada Timbalan Pengurus Besar dan pihak pengursan lain.

Azmin dilaporkan pernah melenting dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS apabila beberapa cadangan pembelian tanah oleh PKNS sangat meragukan dan di bawa terus kepada Lembaga Pengarah tanpa perbincangan dengan pengurusan PKNS. Sejak itu, Azmin berpendapat terdapat penyelewengan dan salah tadbir dalam PKNS yang dilakukan oleh Othman Omar dengan restu Khalid Ibrahim.

Pengurusan dalaman PKNS juga tidak berpuas hati dengan Othman yang membawa beberapa orang luar dan dibayar gaji antara RM 11 - 18 ribu sebulan mengatasi gaji para pegawai kanan PKNS yang lain. Antara mereka ialah Pn Madihah (Senior Group Marketing Manager) bergaji RM 18 ribu, Hani (Senior PR/ RM 11 ribu), Rustam (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu), Mahinder Singh (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu) dan Patrick (Senior Business Mananger/RM 11 ribu).

Gaji bahagian pengurusan PKNS gred 54 pada masa ini tidak melebihi RM 10 ribu sebulan. Manakala Gaji ahli pengurusan JUSA C pula antara RM 12 - 14 ribu sebulan.

Selain itu, Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan projek Datum Jelatek yang mengenepikan kepentingan orang Melayu. PKNS juga akan mengalami masalah kewangan dalam sedikit masa apabila projek Datum Jelatek yang akan dibangunkan atas kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak dapat dibangunkan seperti yang dirancangkan. Projek yang dikatakan bernilai RM1.2 bilion yang terletak bersebelahan stesen aliran transit ringan (LRT) Jelatek melibatkan kerjasama PKNS dengan anak syarikat milik penuhnya, Worldwide Holdings Bhd belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk pembangunan tersebut. Terdapat juga penduduk sekitar yang mula membantah kerana dikhuatiri projek tersebut akan menyebabkan kesesakan yang lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Sungguhpun pelan pembangunan Datum Jelatek belum diluluskan PKNS sudah melaksanakan proses pengambil alihan flat tersebut. Ini menimbulkan persoalan apa akan terjadi jika pelan pembangunannya tidak diluluskan?

Othman Omar dan Khalid juga berpakat mengubah syarat pembelian hartanah PKNS sebelum ini yang meletakkan kuota 70% untuk bumiputera. Sekarang ini hanya 30% diperuntukkan kepada bumiputera. Ini turut menimbulkan ketidakpuasan hati Azmin.

Justeru apabila dimaklumkan mengenai isu iklan muka Othman mencecah hampir setengah juta Azmin tidak lagi dapat bersabar dan mengambil tindakan drastik meninggalkan PKNS sebelum imej beliau turut terpalit lumpur Othman Omar dan Khalid Ibrahim.

Monday, June 21, 2010

PKNS Habiskan RM 500 ribu Untuk Iklan Muka Pengurus Besar?

Jika sesiapa prihatin dan masih ingat, pada tahun lalu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membeli masa iklan "Selamat Hari Raya" selepas Buletin Utama. Anehnya sebagai sebuah syarikat konglomerat, PKNS tidak pun mengiklankan sebarang produk tetapi hanya mengeluarkan ucapan Selamat Hari Raya daripada Pengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar.
 
Selangordaily difahamkan PKNS menghabiskan sebanyak LIMA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 500, 000.00) untuk iklan sepanjang minggu tersebut.
 
Apakah ini bentuk pengurusan korporat yang dibangga-banggakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? Mengapa Ran Sri Khalid membenarkan kroninya Othman Omar menghabiskan wang sebanyak itu untuk menunjukkan mukanya di dalam TV3? Apakah Othman Omar salah seorang calon wakil rakyat PKR dalam pilihan raya akan datang?
 
Tan Sri Khalid pernah mencemuh Dr. Khir Toyo dengan kenyataan berikut:
 
"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri. Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan"
 
Apabila Dr. Khir meninggalkan pentadbiran negeri, PKNS mencatat keuntungan hampir RM 400 juta. Namun pembangkang begitu marah kerana beliau menerima bonus RM 100, 000.00. Hari ini kita mahu tahu berapa PKNS untung tahun lalu sehingga melayakkan PKNS membayar RM 500 ribu untuk siaran iklan TV3 hanya semata-mata untuk membolehkan Pengurus Besarnya membuat ucapan selamat hari raya.
 
Jika bukan RM 500 ribu kita juga mahu tahu berapa kos sebenar iklan selamat hari raya Pengurus Besar PKNS di TV3 tahun lalu.
 
Agaknya inilah yang Khalid belajar selama berada dalam dunia korporat. Patutlah selepas "dihalau" dari dari Guthrie beliau tidak lagi djemput oleh mana-mana konglomerat terkemuka di negara ini.