Monday, June 29, 2009

Teluskah Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengarahkan kerajaan negeri membayar urusan peribadi?


Difahamkan bahawa sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menyiasat dua kes di Selangor.

Ini selepas kekecohan yang berlaku tentang isu penyalahgunaan kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim, iaitu kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan Nik Nadzmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik MB merangkap ADUN Seri Setia.

Sumber memberitahu, SPRM menyiasat laporan tentang sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor (dipercayai Perbadanan Negeri Selangor Berhad - PNSB) yang telah diarahkan agar membayar kos jamuan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai mencecah RM 100 ribu di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada tahun 2008 yang lalu.

Majlis tersebut telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman iaitu pada 12 Oktober 2008 lalu iaitu Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes kedua ialah tentang penggunaan wang kerajaan negeri oleh Nik Nazmi semasa kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dia telah dikatakan mengarahkan kerajaan negeri agar membiayai kos perjalanan dan program beliau sepanjang tempoh berkempen untuk Pakatan Rakyat di sana tempoh hari.

Wednesday, June 24, 2009

Apakah tindakan kerajaan PR terhadap isu kemelut Setinggan Bukit Botak(SBB)?


Nampaknya mereka hanya selesa dengan bergoyang kaki tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan isu di SBB itu walaupun sudah setahun tiga bulan kerajaan PR menerajui negeri Selangor.

Kini isu SBB yang sudah lama tertangguh kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Shukor Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang berkata pihaknya tidak boleh memberikan ulasan panjang lebar tentang isu itu kerana menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut itu.

Sebelum itu juga dia menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu menyelesaikan masalah SBB itu jika pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN.

“Kita berharap penyelesaian isu ini disegerakan untuk kepentingan rakyat seperti dilaungkan oleh mereka. Lagipun penyelesaian secepat mungkin perlu atas dasar kemanusiaan berikutan isu sudah tertangguh lebih 20 tahun.

“Cuma kita harap isu ini tidak dipolitikkan dan tidak ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh,” kata Abdul Shukor kepada Sinar Harian dalam satu majlis di sini.

Tuesday, June 23, 2009

Orang Islam patut bersatu padu dan tidak berpecah belah


Anwar Ibrahim nampaknya cuba memutarbelitkan isu dan melengah-lengahkan isu "Kerajaan Perpaduan".

Ini kerana dia cuba membuat pelbagai alasan untuk tidak menjayakan isu tersebut dengan alasan kononnya UMNO harus memohon maaf kepada PAS terlebih dahulu.

Hakikatnya UMNO tak pernah bermusuhan dengan PAS, tetapi PAS yang sering kali bermusuhan dan menghasut penyokong mereka agar membenci UMNO.

Apa hak PAS untuk mengaku kononnya mereka pejuang Islam di Malaysia sedangkan apa yang mereka lakukan tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk Islam di Malaysia?

UMNO melaksanakan Islam di Malaysia secara senyap-senyap, manakala PAS pula hanya lebih banyak bercakap dari melaksanakan, habuk pun tarak.

Kenapa perpaduan yang dimahukan oleh UMNO demi Islam, ditolak mentah-mentah oleh PKR dan PAS?

Islam menganjurkan perpaduan ummah, bukannya perpecahan dan persengketaan tetapi itulah yang dilakukan oleh PAS dan PKR.

Mereka lebih suka orang Islam di Malaysia ini berpecah-belah dari bersatu.

Lupakah mereka kepada kata, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"?

Hakikatnya Pakatan Rakyat itu didominasikan oleh DAP dan PAS bukannya mempunyai suara majoriti kerana jumlah kerusi yang dimenangi mereka pun kurang jika hendak dibandingkan dengan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.

Air dicincang takkan putus, itulah ibaratnya hubungan orang Islam sesama Islam jadi kenapa perlu bermusuhan?

Bukankah lebih baik bersatu dan mengetepikan perbezaan politik kerana jika sudah bersatu, semuanya boleh dibawa berbincang???

Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim).

Monday, June 22, 2009

Apa hak Kerajaan Negeri untuk merampas Dewan Orang Ramai?


Kerajaan negeri Selangor telah bertindak kejam dan tidak adil dengan mengambil alih
dewan-dewan orang ramai dan juga premis yang sebelum ini telah dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan di Selangor.

Ini amat bertentangan dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor sebelum ini, iaitu Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang telah memberi kebebasan kepada banyak NGO di Selangor untuk menggunakan premis dan dewan orang ramai milik PBT, itupun tanpa sebarang bayaran untuk melicinkan urusan kebajikan mereka itu.

Datuk Ong Tee Keat, selaku Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mahu mengambil semula dewan di sekitar Ampang dan Pandan yang telah diusahakan oleh NGO tidak wajar sama sekali.

Ini kerana ianya telah diuruskan oleh sukarelawan dan pertubuhan NGO berdaftar.

Mereka juga tidak menggunakan sebarang peruntukan dan dana dari pihka kerajaan malah mereka mengeluarkan modal sendiri untuk membaik pulih, menjaga dan menjadikan dewan sebagai tempat aktiviti komuniti.

"Tindakan kerajaan negeri ini membangkitkan kemarahan rakyat yang bertungkus-lumus mengusahakan dan membina dewan yang ada sekitar Ampang ini termasuklah balai pusat khidmat ini."

"Pihak MPAJ sebelum ini tidak pernah ambil tahu mengenai apa yang kami semua usahakan dalam komuniti dan keputusan tersebut tidak adil untuk rakyat yang telah menyumbang tenaga membangunkan dewan serta premis NGO," katanya pada sidang akhbar di pusat khidmat itu.

Sunday, June 7, 2009

Kit Siang Banyak Menipu

Tuduhan Pertama: Bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, membuat pelbagai tuduhan terhadap PKFZ sehingga orang ramai yang tidak teliti akan percaya kos PKFZ mencapai RM 12.5 billion akibat berlaku penyelewengan.

Fakta: RM 12.5 billion itu adalah perkiraan hutang PKFZ sehingga tahun 2051 sekiranya Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) gagal melunaskan hutangnya mengikut jadual biasa. dan perlu diingat hutang tersebut datang dari "soft loan" kerajaan sebanyak RM 4.6 billion dengan kadar faedah 4% setahun. Dengan kata lain, kos sebenar kerajaan hanyalah RM 4.6 billion. Manakala kadar faedah yang dikatakan itu merupakan keuntungan kerajaan secara nampak. Jika LPK tidak mampu membayar kos faedah tersebut pun, kerajaan masih mendapat keuntungan dari segi pembangunan prasarana dan perkembangan ekonomi dalam masa dua puluh tahun akan datang.

Buat masa ini memang sukar untuk LPK membayar hutang mengikut jadual kerana masalah kemelesetan ekonomi menyebabkan kekurangan pelabur. Namun jika dilihat prospek akan datang, LPK dijangka akan meraih keuntungan apabila ia mampu menerik ramai penyewa dari syarikat besar menggunakan kemudahan di PKFZ.

Tuduhan Kedua: Kit Siang dan DAP membuat tuduhan bahawa pembelian tanah RM 25 sekaki dari Kuala Dimensi Sdn Bhd sebagai melampaui kos yang dicadangkan oleh Auditor General RM 10 sekaki.

Fakta: Cadangan oleh AG, RM 10 sekaki ialah pembelian tanah seperti keadaan asal tanpa sebarang kerja pembangunan tanah yang merangkumi paya, hutan dan lembah. Manakala pembelian RM 25 sekaki merupakan jualan selepas KDSB melakukan kerja-kerja merata, menimbus dan mengukuhkan struktur tanah bagi sesuai dengan keperluan pembangunan infrastruktur PKFZ.

Motif: Tujuan Kit Siang dan DAP bukanlah untuk menentang rasuah dan krouspi mahu pun memperbaiki PKFZ . Sebaliknya mereka hanya mahu menimbulkan kemarahan rakyat dengan mempersoalkan kenaikan kos berbilion ringgit. Ini bagi meneruskan usaha mewujudkan persepsi bahawa kerajaan BN ini begitu korup dan rasuah.
Apakah semua makna ini? Ia ingin menimbulkan kebencian rakyat kepada BN sekaligus membantu mereka mendapat lebih banyak kerusi.

Kit Siang terus berbohong dan memanipulasi isu projek besar sejak pembinaan Jambatan Pulau Pinang dahulu. Anehnya, sekarang mereka juga yang menggesa kerajaan membina jambatan kedua pulau pinang.