Tuesday, June 23, 2009

Orang Islam patut bersatu padu dan tidak berpecah belah


Anwar Ibrahim nampaknya cuba memutarbelitkan isu dan melengah-lengahkan isu "Kerajaan Perpaduan".

Ini kerana dia cuba membuat pelbagai alasan untuk tidak menjayakan isu tersebut dengan alasan kononnya UMNO harus memohon maaf kepada PAS terlebih dahulu.

Hakikatnya UMNO tak pernah bermusuhan dengan PAS, tetapi PAS yang sering kali bermusuhan dan menghasut penyokong mereka agar membenci UMNO.

Apa hak PAS untuk mengaku kononnya mereka pejuang Islam di Malaysia sedangkan apa yang mereka lakukan tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk Islam di Malaysia?

UMNO melaksanakan Islam di Malaysia secara senyap-senyap, manakala PAS pula hanya lebih banyak bercakap dari melaksanakan, habuk pun tarak.

Kenapa perpaduan yang dimahukan oleh UMNO demi Islam, ditolak mentah-mentah oleh PKR dan PAS?

Islam menganjurkan perpaduan ummah, bukannya perpecahan dan persengketaan tetapi itulah yang dilakukan oleh PAS dan PKR.

Mereka lebih suka orang Islam di Malaysia ini berpecah-belah dari bersatu.

Lupakah mereka kepada kata, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"?

Hakikatnya Pakatan Rakyat itu didominasikan oleh DAP dan PAS bukannya mempunyai suara majoriti kerana jumlah kerusi yang dimenangi mereka pun kurang jika hendak dibandingkan dengan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.

Air dicincang takkan putus, itulah ibaratnya hubungan orang Islam sesama Islam jadi kenapa perlu bermusuhan?

Bukankah lebih baik bersatu dan mengetepikan perbezaan politik kerana jika sudah bersatu, semuanya boleh dibawa berbincang???

Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim).

No comments: