Tuesday, November 17, 2009

Projek Babi Mega Diteruskan Secara Senyap

Projek Babi Mega RM 100 juta yang menjadi kontroversi pada tahun lalu sekali lagi muncul dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 4 & 11 Februari 2009. Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan projek tersebut secara senyap.

Malahan YAB Menteri Besar mengingatkan EXCO agar merahsiakan kelulusan ini supaya tidak dijadikan isu oleh UMNO.

1. Yang mengelirukan kerajaan negeri bercadang mengambil alih Tanah di PT 3420, PT 3425 dan PT 3426 seluar 337.09 ekar di Mukim Batu, daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik tanah 1960.

Soalan:

Mengapa pemodenan penternakan babi perlu mengambil alih tanah menggunakan Seksyen 3(1)(a)yang sepatutnya digunakan untuk projek yang prasarana awam sahaja.? Sedangkan penternakan babi merupakan satu industri yang menguntungkan mencecah billion ringgit setahun.




Mengapa perlu diambil semula tanah milik orang Melayu untuk penternakan babi tersebut? Apakah kerajaan negeri telah kehabisan tanah untuk dipajak kepada syarikat penternakan babi tersebut?



Kedua, mengapa kerajaan negeri memperuntukkan RM 100 ribu lagi untuk menjalankan satu lagi kajian sedangkan kajian sedia ada telah pun dibuat oleh pihak berkaitan.





Apakah ini satu lagi kerja-kerja menyamun Khalid Ibrahim?

Nota: Kepada sesiapa yang mengambil dokumen ini untuk disiarkan di tempat lain, ia merupakan risiko sendiri kerana dokumen ini tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Thursday, November 5, 2009

Menteri Besar Cap Ayam?

Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Pengarah Jabatan Agma Islam Selangor menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan isu penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya beliau.

Akan tercatlah dalam sejarah bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar yang sentiasa melarikan diri dari tanggungjawab.

Bukankah sebagai Ketua Pentadbiran Negeri dan yang menjadi penghubung antara rakyat dan pentadbiran dengan Tuanku maka Khalid sendiri perlu menghadap tuanku menjelaskan isu tersebut. Sebagai menteri Besar beliau perlu membuat keputusan atau sekurang-sekurangnya memberi penjelasan mengenai isu terbabit bukannya menolak kepada Pengarah JAIS dan Tuanku.

Baik atau buruk tanggungjawab mesti dipikul oleh Menteri Besar bukannya asyik menunding jari kepada orang lain.

Kita lihat banyak keputusan kerajaan negeri dibuat secara semberono dan MB enggan mengambil tanggungjawab membetulkannya.

Malahan banyak pengumuman keputusan Mesyuarat EXCO akan dibuat oleh pelbagai EXCO menunjukkan sikap lepas tangan Khalid.

Selepas hampir dua tahun memerintah Khalid masih menyalahkan pentadbiran lama ke atas sebarang masalah beliau sekarang. Malangnya tiada langkah pro aktif menyelesaikannya.

Sebagai Menteri Besar Khalid perlu menjadi pemimpin bukannya fasilitator atau pengagih tugas. Kalau tidak mahu meniru sikap bertanggungjawab Menteri Besar sebelum ini yang dari parti lawannya, ambillah iktibar daripada Ustaz azizan Razak yang sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap sebarang isu pentadbiran di Kedah.

Jangan nanti ada orang akan kata Menteri Besar Selangor sekarang macam MB Cap Ayam saja.

Tuesday, November 3, 2009

Sah Khalid Ibrahim Balaci Lim Kim Hong

Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil (Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang) di I City, Shah Alam?


Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I City di bawah untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.



Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Bacalah hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I City Berhad di sini.