Saturday, November 22, 2008

Tumpuan kepada tugas Ketua Pemuda lebih utama dari jawatan Kabinet

Kenyataan oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dengan tegas menyatakan pendirian untuk menolak jawatan dalam Kabinet jika dipilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan adalah wajar.

Ini bagi memastikan tugas dalam Kabinet dan tugas sebagai Ketua Pemuda tidak bertembung dan membolehkan penumpuan terhadap memperkukuhkan lagi Pemuda bagi menangani pelbagai isu termasuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Beliau juga mengambil keputusan itu agar Pemuda nanti akan dapat menjadi kumpulan pendesak yang berani mengemukakan sebarang hujah demi kebaikan parti dan negara.

Inilah yang sewajarnya kerana Pemuda kini dilihat sebagai lesu dan tidak pro-aktif berbanding dengan Puteri UMNO yang kelihatan lebih agresif.

Pemuda UMNO adalah tunjang kepada pergerakan UMNO jadi seharusnya mempunyai pemimpin yang kuat dan 100% menumpukan perhatian kepada menguatkan kembali Pemuda.

Tuesday, November 18, 2008

Cadangan sekolah sains, agama dan vokasional pernah dicadangkan oleh BN...

Datuk Seri Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor menyokong penubuhan sekolah agama teknik dan vokasional.

Malahana beliau menerangkan bahawa cadangan tentang sekolah sains, agama dan vokasional pernah dicadangkan tetapi tidak sempat direalisasikan.

Itulah ulasan Dr Khir berkenaan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang cadangan penubuhan sekolah agama teknik dan vokasional berikutan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa dan pelajar terhadap gabungan konsep pengajian agama dan kemahiran di Selangor.

Ekoran kos yang tinggi terutama untuk melatih tenaga pelajar sekolah tersebut cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada pemerintahan Barisan Nasional.

Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk menampung kos pembinaan sepenuhnya oleh itu kalau boleh harus dapatkan dana 50 peratus daripada kerajaan persekutuan dan 50 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan negeri.

Inilah sebenarnya tugas menjadi pembangkang yang baik. Kalau cadangan oleh kerajaan negeri baik dan boleh memberi manfaat kepada rakyat ianya harus disokong dan bukan dibangkang secara membuta-tuli.

Cuma bolehkah ianya dilaksanakan oleh PR sedangkan sewaktu Barisan Nasional memerintah pun banyak faktor dan masalah yang dihadapi untuk merealisasikannya.

Friday, November 14, 2008

Kalau tidak terlibat dengan pelacuran kenapa cuba halang penguatkuasa dari menjalankan tugas?

Terdapat kekecohan dari pihak Ronnie Liu bilamana dia telah ditahan oleh polis kira-kira jam 2 petang pada 12 November 2008 di pintu masuk ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sudah menjadi prosedur biasa bagi pihak polis untuk memegang orang yang ditahan tetapi itulah yang menjadi benda yang dikritik oleh Ronnie Liu terhadap polis dimana dia mendakwa polis telah mengasarinya.

Datuk Khalid Abu Bakar membuat kenyataan berikut, "Ronnie ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang mendakwa beliau menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu serbuan mencegah maksiat di Subang tahun lalu."

"Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis di Balai Polis Puchong kira-kira sejam selepas penahanannya," ujar Khalid.

Laporan akhbar pada 3 November 2007 memaparkan bagaimana polis menahan Ronnie, yang ketika itu merupakan ahli jawatankuasa pusat DAP atas dakwaan mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya.

Seramai 22 pelacur warga asing termasuk 12 lelaki dipercayai pelanggan telah ditahan polis dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 6.30 petang itu.

Nampaknya Ronnie itu orang yang tidak bermoral kerana dihubungi oleh mereka(mungkin pelanggan pelacur) yang meminta bantuannya. Bagaimana pula mereka itu boleh mengetahui nombor telefon Ronnie sehingga dapat menghubunginya untuk meminta bantuan? Adakah sebenarnya kerana Ronnie adalah dalang kepada kegiatan tak bermoral itu?

Dalam pada itu pula, pada 13 November 2008, iaitu sehari selepas ditahan selama setengah jam di Balai Polis Puchong Jaya, Ronnie Liu atau Liu Tian Khiew Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor telah memfailkan notis usul untuk mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Ia juga bagi mendapatkan perintah bahawa cara waran tangkap diserahkan adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat begitu pandai menggunakan undang-undang untuk melepaskan diri-sendiri walaupun selepas ditangkap kerana cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Orang yang tidak bermoral macam Ronnie Liu seharusnya meletakkan jawatan atau dipecat sahaja dari menjadi Exco Selangor.

Tuesday, November 11, 2008

PRU ke 13 masa menolak pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar melanggar undang-undang

Rakyat semakin hari semakin dapat melihat apa yang boleh dan telah disumbangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang nyata hanya pandai bercakap tetapi tak dapat nak melaksanakannya.

Sudah tentu rakyat muak dan jemu melihat tindakan-tindakan keanak-anakan pemimpin Pakatan Rakyat terutama apabila terbaru mereka telah menuduh polis mengasari mereka tetapi hakikatnya mereka yang mengadakan perhimpunan haram dan tidak mendapat permit dari polis.

Terkini! 3 orang pemimpin Pakatan Rakyat telah ditahan polis kerana mengadakan perhimpunan haram. Mereka adalah pemimpin DAP iaitu AHli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Nampaknya mereka sengaja mencabar kesabaran pihak berkuasa apabila mengadakan perhimpunan haram iaitu bagi mengingati ulang tahun pertama perarakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di hadapan Dewan Sivik Petaling, malam kelmarin.

Pihak polis telah meminta mereka bersurai kerana tidak memiliki permit perhimpunan jadi jika mereka ditahan polis itu adalah kerana provokasi mereka juga yang sengaja melanggar undang-undang.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang bagi Selangor mengatakan yang pemimpin PKR tidak fikir kepentingan undang-undang dan rakyat.

Dan itulah hakikatnya apabila mereka sering melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang... Membuktikan mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan hanya ingin memprovokasikan pihak berkuasa.

Apabila pihak berkuasa bertindak, mereka akan menuding jari kepada pihak berkuasa yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.

Oleh itu, rakyat haruslah menolak pemimpin Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 akan datang...

Friday, November 7, 2008

Bantah Canselor Unisel untuk tutup isu lantik Cina sebagai pemangku PKNS?

Pemuda PR telah menyerahkan satu memorandum membantah kedudukan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Mereka memberi alasan bahawa kerana Rosmah tidak memiliki nilai keunggulan keilmuan yang sepatutnya selari dengan matlamat universiti sebagai sebuah gedung ilmu itu adalah satu penipuan yang amat besar sekali.

Ini kerana Datin Seri Rosmah Mansor memiliki BA (Hons) Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaysia dan Master Science (MSC) Sociologi dan Agriculture Extension dari Louisiana State University, Amerika Syarikat.

Jadi bagaimana pula mereka berkata Rosmah itu tidak berpendidikan?

Jelas ini satu percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu Tan Sri Khalid Ibrahim yang membelakangi orang Melayu dalam perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS dengan melantik Madam Low.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pun telah menyelar tindakan Pemuda PR itu sebagai 'kaduk naik junjung' kerana perlantikan Canselor Unisel itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nyata ini suatu penderhakaan terhadap keputusan Sultan Selangor kerana Pemuda PR sanggup membantah dan menghantar memorandum bantahan juga.

Isu yang lebih besar iaitu perlantikan Cina yang dilihat sebagai mengambil tempat yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu pula cuba diselindungkan dengan menimbulkan isu baru ini.

Jelas ini ada kaitan dengan politik dan tindakan Pemuda PR ini hanya semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah satu usaha menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga.

Isu berkaitan pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat kerana ini menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan betapa mereka sanggup merendahkan martabat diri sendiri untuk membunuh karakter orang lain.

Wednesday, November 5, 2008

DEB dan ISA tak patut dipersoalkan kerana termaktub dalam Perlembagaan negara!

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah mengeluarkan kenyataan yang bernas tepat pada masanya apabila beliau mengatakan bahawa isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dikhuatiri akan membawa polemik besar sehingga menimbulkan kegelisahan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti komponen Barisan Nasional, Parlti Liberal Demokratik (LDP) yang telah meluluskan resolusi bagi menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dr Khir berkata "Saya tidak nampak apa signifikannya sesetengah pihak menggesa supaya kerajaan mengkaji semula DEB dan ISA kerana semuanya sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Kenapa mereka perlu mengemukakan pelbagai resolusi tanpa memikirkan kesan di sebalik tuntutan tersebut," kata beliau keapada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Presiden LDP yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong.

Dr Khir menambah "Tindakan ISA bukan bertujuan untuk menghukum sebaliknya bagi membendung tindakan yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum.

"Malah setiap negara mengguna pakai akta ini untuk menjamin keselamatan negara mereka," katanya.

Keluhuran Perlembagaan harus dijaga dan jangan hanya melakukan sesuatu bermotifkan politik.

Tuesday, November 4, 2008

Bukti DAP adalah tangan ghaib di sebalik keputusan PKNS

Kenyataan Setiausaha DAP negeri bukti DAP menguasai kerajaan negeri Selangor

Agak keterlaluan Lau Weng Sang, ADUN Kampung Tungku yang juga selaku Setiausaha DAP negeri yang menyuruh kakitangan PKNS yang tidak berpuas hati dan membantah perlantikan sementara Low Siew Moi memangku jawatan Pengurus Besar PKN agar meletak jawatan dan tinggalkan PKNS.

Begitu angkuh sekali pemimpin-pemimpin DAP sejak memenangi lebih kerusi dari PAS dan begitu 'racist' sekali bunyinya sedangkan merekalah yang menwar-warkan agar menolak 'racist politic'.

Cakap pun tidak serupa bikin sedangkan mereka sendiri pun lebih membela orang Cina, anak bangsa mereka sendiri berbanding dengan kaum lain di Malaysia.

Melayu begitu bertimbang-rasa dan baik dengan kaum lain sampai mereka dipijak... Pernahkan Melayu melarang kaum lain dari menyumbang dari segi ekonomi atau menguasai ekonomi di Malaysia? Jawapannya sudah tentu tidak kerana hakikat pun menunjukkan 7 dari 10 orang terkaya di Malaysia pun bukan orang Melayu.

Jadi kenapa pemimpin DAP khususnya masih mahu memainkan api perkauman? Adakah mereka suka melihat kejadian 13 Mei 1969 berulang sekali lagi?

Melayu haruslah berubah dan sedar bahawa kalau kaum lain memerintah kerajaan persekutuan, Melayu akan dipinggirkan sebagaimana Melayu yang tinggal di Singapura telah mengalaminya.

Melayu yang bersatu adalah Melayu yang teguh dan sudah tentu kaum lain tidak akan berani memperkotak-katikkan Melayu yang kuat.

Melayu seharusnya menubuhkan 'think tank' untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan cara-cara memecah-belahkan kekuatan kaum lain yang kini memperkecilkan kekuatan Melayu.

Saturday, November 1, 2008

Ada tangan ghaibkah di sebalik perlantikan Low Siew Moi?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim yang begitu teruja melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dikecam oleh pelbagai pihak.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman memberi kenyataan " Keputusan ini secara tidak langsung bercanggah serta tersasar daripada matlamat utama penubuhan dan dasar PKNS sendiri dan sekali gus merupakan kali pertama dalam sejarah penubuhan PKNS, seorang bukan Bumiputera dilantik menyandang jawatan tersebut."

Mungkin ini adalah salah satu agenda tersembunyi DAP untuk mengambilalih PKNS daripada orang Melayu dan perlantikan Low Siew Moi ini adalah satu permulaan.

Pakatan Rakyat juga menfitnah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dengan tuduhan menerima hadiah RM100,000 daripada PKNS sebagai bonus daripada PKNS kerana memperolehi keuntungan.

Dalam pada itu juga, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir menerangkan bahawa RM100,000 itu adalah elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu dan bukannya seperti dakwaan Ronnie Liu yang mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Ronnie juga menambahkan fitnahnya dengan menyarankan Dr Khir agar memulangkan wang tersebut.

Jika betul kerajaan negeri akan menyiasat tentang hadiah RM100,000 itu, jika ada bukti apa kata lapor juga kepada BPR?