Saturday, November 22, 2008

Tumpuan kepada tugas Ketua Pemuda lebih utama dari jawatan Kabinet

Kenyataan oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dengan tegas menyatakan pendirian untuk menolak jawatan dalam Kabinet jika dipilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan adalah wajar.

Ini bagi memastikan tugas dalam Kabinet dan tugas sebagai Ketua Pemuda tidak bertembung dan membolehkan penumpuan terhadap memperkukuhkan lagi Pemuda bagi menangani pelbagai isu termasuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Beliau juga mengambil keputusan itu agar Pemuda nanti akan dapat menjadi kumpulan pendesak yang berani mengemukakan sebarang hujah demi kebaikan parti dan negara.

Inilah yang sewajarnya kerana Pemuda kini dilihat sebagai lesu dan tidak pro-aktif berbanding dengan Puteri UMNO yang kelihatan lebih agresif.

Pemuda UMNO adalah tunjang kepada pergerakan UMNO jadi seharusnya mempunyai pemimpin yang kuat dan 100% menumpukan perhatian kepada menguatkan kembali Pemuda.

No comments: