Wednesday, November 5, 2008

DEB dan ISA tak patut dipersoalkan kerana termaktub dalam Perlembagaan negara!

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah mengeluarkan kenyataan yang bernas tepat pada masanya apabila beliau mengatakan bahawa isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dikhuatiri akan membawa polemik besar sehingga menimbulkan kegelisahan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan parti komponen Barisan Nasional, Parlti Liberal Demokratik (LDP) yang telah meluluskan resolusi bagi menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dr Khir berkata "Saya tidak nampak apa signifikannya sesetengah pihak menggesa supaya kerajaan mengkaji semula DEB dan ISA kerana semuanya sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Kenapa mereka perlu mengemukakan pelbagai resolusi tanpa memikirkan kesan di sebalik tuntutan tersebut," kata beliau keapada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Presiden LDP yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong.

Dr Khir menambah "Tindakan ISA bukan bertujuan untuk menghukum sebaliknya bagi membendung tindakan yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum.

"Malah setiap negara mengguna pakai akta ini untuk menjamin keselamatan negara mereka," katanya.

Keluhuran Perlembagaan harus dijaga dan jangan hanya melakukan sesuatu bermotifkan politik.

No comments: