Friday, November 7, 2008

Bantah Canselor Unisel untuk tutup isu lantik Cina sebagai pemangku PKNS?

Pemuda PR telah menyerahkan satu memorandum membantah kedudukan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Mereka memberi alasan bahawa kerana Rosmah tidak memiliki nilai keunggulan keilmuan yang sepatutnya selari dengan matlamat universiti sebagai sebuah gedung ilmu itu adalah satu penipuan yang amat besar sekali.

Ini kerana Datin Seri Rosmah Mansor memiliki BA (Hons) Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaysia dan Master Science (MSC) Sociologi dan Agriculture Extension dari Louisiana State University, Amerika Syarikat.

Jadi bagaimana pula mereka berkata Rosmah itu tidak berpendidikan?

Jelas ini satu percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu Tan Sri Khalid Ibrahim yang membelakangi orang Melayu dalam perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS dengan melantik Madam Low.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pun telah menyelar tindakan Pemuda PR itu sebagai 'kaduk naik junjung' kerana perlantikan Canselor Unisel itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nyata ini suatu penderhakaan terhadap keputusan Sultan Selangor kerana Pemuda PR sanggup membantah dan menghantar memorandum bantahan juga.

Isu yang lebih besar iaitu perlantikan Cina yang dilihat sebagai mengambil tempat yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu pula cuba diselindungkan dengan menimbulkan isu baru ini.

Jelas ini ada kaitan dengan politik dan tindakan Pemuda PR ini hanya semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah satu usaha menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga.

Isu berkaitan pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat kerana ini menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan betapa mereka sanggup merendahkan martabat diri sendiri untuk membunuh karakter orang lain.

No comments: