Tuesday, November 11, 2008

PRU ke 13 masa menolak pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar melanggar undang-undang

Rakyat semakin hari semakin dapat melihat apa yang boleh dan telah disumbangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang nyata hanya pandai bercakap tetapi tak dapat nak melaksanakannya.

Sudah tentu rakyat muak dan jemu melihat tindakan-tindakan keanak-anakan pemimpin Pakatan Rakyat terutama apabila terbaru mereka telah menuduh polis mengasari mereka tetapi hakikatnya mereka yang mengadakan perhimpunan haram dan tidak mendapat permit dari polis.

Terkini! 3 orang pemimpin Pakatan Rakyat telah ditahan polis kerana mengadakan perhimpunan haram. Mereka adalah pemimpin DAP iaitu AHli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Nampaknya mereka sengaja mencabar kesabaran pihak berkuasa apabila mengadakan perhimpunan haram iaitu bagi mengingati ulang tahun pertama perarakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di hadapan Dewan Sivik Petaling, malam kelmarin.

Pihak polis telah meminta mereka bersurai kerana tidak memiliki permit perhimpunan jadi jika mereka ditahan polis itu adalah kerana provokasi mereka juga yang sengaja melanggar undang-undang.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang bagi Selangor mengatakan yang pemimpin PKR tidak fikir kepentingan undang-undang dan rakyat.

Dan itulah hakikatnya apabila mereka sering melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang... Membuktikan mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan hanya ingin memprovokasikan pihak berkuasa.

Apabila pihak berkuasa bertindak, mereka akan menuding jari kepada pihak berkuasa yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.

Oleh itu, rakyat haruslah menolak pemimpin Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 akan datang...

No comments: