Monday, March 23, 2009

PR tak malu mencari publisisi murahan


Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, PR kini sudah kehilangan modal untuk meraih simpati rakyat setelah pelbagai kontroversi melanda parti itu akhir-akhir ini.

Terbaru ialah tindakan tidak bermoral dan bertujuan mencari publisiti murahan iaitu melelong lima serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi".

Kesanggupan PR yang terdesak untuk meraih perhatian rakyat sehingga sanggup menjadikan kepingan plak itu untuk meraih sokongan, ujar bekas Menteri Besar Selangor.

"PR sudah kehabisan modal untuk berpolitik. Jadi, mereka cuba melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian rakyat. Saya juga merasakan tindakan yang dibuat sebagai satu tindakan yang kurang cerdik oleh pemimpin PR," katanya lagi.

Dr Khir ingin menasihatkan PR akan menerima hakikat kehilangan majoriti di Perak dan menghentikan segala kontroversi yang sengaja dibuat-buat.

Tambah beliau lagi, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) haruslah didapati sebelum membina sesuatu tugu dan bukannya membina sesuka hati.

Ianya juga menjukkan kerajaan PR tidak konsisten dalam melaksanakan tugas dan hanya pandai bermain politik untuk kepentingan sendiri dan meraih simpati rakyat untuk terus menyokong mereka.

Nizar selaku Menteri Besar boneka DAP juga selama 11 bulan itu umpama kayu lempung, belum ditolak, condong sendiri.

Wednesday, March 18, 2009

Usaha memburukkan komplot jahat!


Berkenaan sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas ke atas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang dijangka akan bersidang pada 23 sehingga 31 Mac ini, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada peguam beliau samada akan hadir atau tidak untuk memberi kenyataan.

Tambahan lagi, Dr Khir berkata beliau masih lagi menunggu laporan siasatan penuh pihak polis berhubung pembubaran dan pemindahan dana Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri.

"Isu Balkis ini tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri malah kita pernah disiasat oleh pihak polis berhubung perkara ini. Jadi, kita akan menunggu laporan penuh daripada pihak berkenaan mengenai perkara tersebut," katanya semalam.

Dr Khir juga mendakwa jelas terdapat komplot untuk menjejaskan reputasi beliau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi berikutan kenyataan Teng Chang Kim, Speaker Dewan Undangan Negeri yang berkata saksi yang gagal hadir boleh dikenakan tindakan penjara 12 bulan atau denda tidak lebih RM3,000 mengikut Seksyen 3 Enakmen Penghinaan Dewan 2008.

"Ini semua peluang untuk mereka memburuk-burukkan nama saya lebih-lebih lagi pemilihan tersebut tidak lama lagi dan mereka sengaja memilih tarikh tersebut untuk mengganggu proses pemilihan itu.

"Berkemungkinan mereka takut saya akan menang nanti, " ujar beliau lagi.

Tentang keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati beliau tidak bersalah, beliau amat berterima kasih kepada pihak berkenaan yang membersihkan nama beliau dari tuduhan politik wang.

"Saya amat bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana selama ini saya bekerja keras dalam pertandingan berkenaan dan insya-Allah saya yakin akan menang dalam pemilihan tersebut," kata beliau lagi.

Saturday, March 14, 2009

Kalau berani laporkan kepada SPRM!


Memagari kerambil condong, buah jatuh ke ladang orang.


Itulah ibaratnya negeri Selangor, selepas begitu
ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan Barisan Nasional, akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memjelaskan perbelanjaan beliau ke luar negara dalam tempoh September 2001 sehingga Januari 2008 berjumlah RM349,134 adalah setimpal dengan hasil pelaburan baru yang dibawa masuk ke negeri itu.

Ini kerana jelasnya lagi, Selangor berjaya menarik pelaburan baru ke negeri itu sebanyak RM50 bilion atau purata sebanyak RM8 bilion setahun dalam tempoh itu. Perbelanjaan perjalanan beliau ke luar negara adalah untuk tugas menarik pelabur ke dalam negeri Selangor, bukannya suka-suka melancong tetapi untuk kebaikan negeri Selangor.

Dalam pada itu pula, kerajaan negeri kini banyak 'menghalalkan' kelemahan dan kesalahan membabitkan kewangan dan harta anak syarikat.

Beliau juga mempersoalkan dua usul yang akan dibentangkan di dalam DUN pada hari Isnin ini. Pertamanya, adalah melibat penggunaan kereta peribadi untuk urusan rasmi, meminta penyelenggaraannya dibiayai oleh negeri dan yang keduanya adalah penyaluran harta anak syarikat kerajaan negeri iaitu 46 ekor lembu yang disalurkan di luar negeri dari Selangor iaitu di Bandar Tun Razak.

Tindakan-tindakan kerajaan diterajui Pakatan Rakyat (PR) bagaikan
harapkan pagar, pagar makan padi. Hilang sepuh tampak senam.

Dalam pada itu juga, tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir berkenaan pembelian hartanah di Mekah pada 2007 dan penggunaan dana kepunyaan kerajaan negeri untuk membeli Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik hanya dibangkitkan di dalam mesyuarat DUN.

Jika semua tuduhan-tuduhan itu benar, kenapa menyerang beliau di DUN dan tidak melaporkannya terus ke Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM).

Monday, March 9, 2009

Berani kerana benar...


Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo dengan beraninya mencabar Pakatan Rakyat (PR) agar mendedahkan beberapa kes rasuah yang melibatkan dirinya sepanjang mentadbir Selangor.


Beliau berkata mereka tidak perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan pada 10 Mac ini.

Beginilah ulasan Dr Mohamad Khir:

"Kalau berani, mereka sepatutnya mengambil tindakan sekarang, bukan tunggu sidang DUN nanti.

"Saya tak bimbang langsung. Jika mereka gagal membuktikan saya terlibat, saya akan menyaman mereka," ujar beliau.

Itulah ulasan beliau terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali di Ceramah Perdana anjuran PKR di Selayang baru.

Dr Mohamad Khir menambah, "Kami akan pastikan Datuk Seri (Najib) menjadi PM. Kita nak tengok berapa kerusi PR akan menang pada pilihan raya ke 13 nanti," katanya.

Tambah beliau hasrat PR untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Mereka tak malukah hendak menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, seorang pemimpin yang tidak bermoral dan terlibat dengan beberapa kes rasuah.

"Dia (Anwar) juga menuduh Datuk Seri Najib yang bukan-bukan. Inikah pemimpin yang harus dicontohi," katanya.