Monday, March 9, 2009

Berani kerana benar...


Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo dengan beraninya mencabar Pakatan Rakyat (PR) agar mendedahkan beberapa kes rasuah yang melibatkan dirinya sepanjang mentadbir Selangor.


Beliau berkata mereka tidak perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan pada 10 Mac ini.

Beginilah ulasan Dr Mohamad Khir:

"Kalau berani, mereka sepatutnya mengambil tindakan sekarang, bukan tunggu sidang DUN nanti.

"Saya tak bimbang langsung. Jika mereka gagal membuktikan saya terlibat, saya akan menyaman mereka," ujar beliau.

Itulah ulasan beliau terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali di Ceramah Perdana anjuran PKR di Selayang baru.

Dr Mohamad Khir menambah, "Kami akan pastikan Datuk Seri (Najib) menjadi PM. Kita nak tengok berapa kerusi PR akan menang pada pilihan raya ke 13 nanti," katanya.

Tambah beliau hasrat PR untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Mereka tak malukah hendak menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, seorang pemimpin yang tidak bermoral dan terlibat dengan beberapa kes rasuah.

"Dia (Anwar) juga menuduh Datuk Seri Najib yang bukan-bukan. Inikah pemimpin yang harus dicontohi," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

saman boss. saman jangan tunggu lama lama, nanti dikebas orang.