Wednesday, February 25, 2009

Silap diri tetapi salahkan orang lain!


Anwar Ibrahim diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar tanpa pakaian Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang Elizabeth Wong.

Sebaliknya menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, mungkin terdapat perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri membuatkan penyebaran gambar tersebut dibuat oleh pihak yang berkepentingan.

"Mereka ingin menumbangkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dan menggantikannya dengan orang lain untuk menjawat jawatan berkenaan.

"Malah laporan dalam surat khabar jelas lelaki yang menjadi teman istimewa Exco berkenaan adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri. Tidak ada kena mengena langsung dengan BN," kata Dr Khir.

"Kita harap beliau (Anwar) akan menarik balik kenyataan tersebut. Malah, kita simpati pada Elizabeth sebab itu kita cadangkan supaya Exco berkenaan meletak kedua-dua jawatan kerana bimbang berkemungkinan akan ada banyak lagi gambar serta video mengenainya akan keluar.

"Sebagai pemimpin, beliau (Elizabeth) perlu terima hakikat rakyat tidak boleh terima apa yang berlaku sekarang," katanya.

Itulah ulasan Dr Mohamad Khir terhadap dakwaan Anwar bahawa penyebaran gambar bogel Wong sebagai konspirasi terbaru BN terhadap pembangkang.

Anwar Ibrahim ini hanya ingin menuding jari mencari kesalahan BN sedangkan hakikatnya orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.


Dr Mohamad Khir Toyo

No comments: