Friday, October 24, 2008

Dulu lain, sekarang lain! :-)

Anwar Ibrahim kini mula menyanyikan lagu lain pula bila mengumumkan dia kini mahu menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan mengambil alih kerajaan.

Memang melucukan sekali tingkah lakunya kerana semua orang pun tau dia hanya bercakap besar dan bercakap kosong kerana tidak ada pun ahli Parlimen yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Cuma taktik untuk menyedapkan hati penyokongnya yang sudah mati-mati ditipu oleh pembohong besar itu.

Dalam pada itu, tindakan Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang membangkitkan tindakan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang telah menganugerahkan kakitangan kerajaan negeri dengan penyapu sebagai tidak masuk akal.

Mungkin akalnya begitu pendek dan fikirannya begitu cetek hingga tidak dapat menerima dan memahami tindakan Dr Khir adalah sebenarnya satu cara yang sepatutnya memotivasikan lagi kakitangan awam agar bekerja kuat.

Orang Melayu ini begitu sensitif dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan tidak dapat menerima teguran jika mutu kerja tidak bagus. Macamana nak maju seperti orang Cina yang bekerja kuat....?

Dr Khir pula sebagai Ketua Pembangkang telah menyarankan agar kerajaan negeri memberi tumpuan kepada tiga krisis besar yang bakal dihadapi Selangor iatitu air, elektrik dan sampah yang perlu diselenggarakan dengan baik supaya Selangor kekal hebat dan tidak hilang daya saingnya.

Dalam pada itu juga beliau menyelar tindakan kerajaan negeri yang kononnya mahu membuat tender terbuka tentang perindustrian pasir tetapi hanya menyebarkan tender tersebut melalui internet.

Thursday, October 23, 2008

The federal government should sue Pakatan Rakyat as well!

Teresa Kok is surely having the time of her life, suing everyone she thinks had wronged her. Or have they? Or have she wronged them and the people who thinks that she is the wrong one.

First, she sued Utusan Malaysia and its editor, Datuk Chamil Wariya for the amount of RM100 million in compensation.

Second, she is suing Cheras UMNO Division Chairman, Datuk Syed Ali Al-Habshee amounting RM10 million in compensation.

Her latest victim is former Mentri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo also amounting RM10 million.

Maybe she thinks that it is so easy, as easy as ABC to sue someone for millions and get the money tomorrow. I bet she is planning her retirement in style now and planning what to do with her RM120 million... Maybe buy a brand new Merc or a bungalow...

It is so easy being a politician nowadays... Do what you can to jeopardise the nation, and when someone reveals what you are doing to the public, you sue them until they become bancrupt.

Another thing is that deny everything that you had done, even though it had been casted in the news and published in the media.

Even though she is suing all of the above, it does not mean that she will automatically win all cases that she is suing and go off with RM120 million and live a wealthy life for the rest of her life because the people that she is suing will surely fight back and show proof that she is only bluffing.

YB Josephine's story is just a fiction... But it is amazing that Teresa Kok felt that it was about her! Why is that? Why is she so sensitive with that work of fiction? Or is she scared that it might come true and she will be shot dead by someone who thinks that Malaysia is better off without having an opposition leader like her?

For every action there is an equal and opposite reaction, so she might want to watch out what comes out of her mouth next time!!!

What had happened is the acid test of what had been the actions of Miss Kok so be careful....

Wednesday, October 22, 2008

Zaman tubuhkan Tabung dan saman-menyaman!

Bajet yang dibentangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku Menteri Besar Selangor tidak ada keistimewaan yang boleh dibanggakan.

Itulah yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana mereka hanya meneruskan program yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Yang baru cuma Tabung Warisan Anak Selangor, itupun jumlah RM100 dibuka di tabung itu dan kemudian setelah anak Selangor tersebut mencapai 18 tahun barulah RM1,500 boleh ditunaikan.

Tapi oleh kerana ianya hanya boleh diambil hanya 18 tahun akan datang, apa jaminan tabung tersebut takkan hilang jikalau ditakdirkan Barisan Nasional berkuasa balik di Selangor kelak? Adakah ianya diakaunkan atau bakal lesap sebagaimana beberapa tabung yang ditubuhkan PAS sebelum ini?

Sedangkan Tabung Memali yang mengutip derma untuk membantu mangsa tragedi Memali oleh PAS pun hilang entah ke mana dan entah berapa yang dapat dikutip pun tidak diketahui kerana tidak diakaunkan...

Dalam pada masa yang sama juga, Teresa Kok telah mengemukakan saman kepada Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebanyak RM10 juta kerana kononnya menfitnahnya menyokong petisyen memperlahankan azan.

Begitu teruja sekali Teresa Kok menyaman sesiapa sahaja yang dirasakan menfitnahnya.... Persoalannya adakah benar ianya fitnah atau kenyataan? Dan begitu mudah sekali untuk pemimpin pembangkang membuat duit sekarang.

Kalau rasa tidak puas hati saja, saman semua orang... Kalau setiap orang disaman RM10 juta, kalau saman 10 orang sudah RM100 juta... Cukup senang nak buat duit sekarang ini.

Sesiapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Thursday, October 16, 2008

Pakatan Rakyat menangguk di air keruh.

Tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang menyalahkan kerajaan pusat (Barisan Nasional) kerana tidak tersenarai di dalam kedudukan universiti terbaik di dunia adalah tidak perlu malah tidak berasas sama sekali.

Malahan kenyataan Shamsul Iskandar selaku Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat agar sekatan seperti Akta Universiti dan Kolej Universit (AUKU) perlu diubah dan dihapuskan sama sekali adalah tidak realistik dan tidak patut dilakukan.

Ini kerana sebenarnya Pakatan Rakyatlah yang banyak menggunakan pelajar-pelajar di Universiti agar menyertai perjuangan sempit mereka sehingga mengabaikan pelajaran dan terbengkalai di Universiti.

Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor pula berkata sepatutnya kesalahan itu diletakkan kepada pembangkang yang menggunakan pelajar-pelajar berkenaan untuk berpolitik dan bukan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mengakibatkan mereka gagal di dalam pelajaran mereka.

Kenyataan Shamsul itu sekadar bermotifkan politik dan mahu agar tindakan pembangkang menggunakan penuntut universiti sebagai balaci mereka itu dihalalkan apabila AUKU dihapuskan.

Mereka ini jenis yang berkepentingan dan mahukan anak bangsa mundur dan gagal di dalam pelajaran dan seterusnya menjadi hamba di negara sendiri.

Sunday, October 12, 2008

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang diidam-idamkan oleh beberapa orang yang sudah menunjukkan minat untuk memegang jawatan tersebut begitu sengit sekali.

Antara 4 nama yang sudah menyatakan minat mereka ialah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Muhkriz Mahathir, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Zahidi Zainol Abidin.

Pergerakan Pemuda Shah Alam sudah sebulat suara mencalonkan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda UMNO dan menolak calon lain.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim pula dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO oleh Pemuda Bahagian Shah Alam.

Azhari Shaari pula telah dilantik sebagai Ketua Pemuda oleh Pemuda UMNO Bahagian.

Wednesday, October 8, 2008

Ronnie saman Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo?

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor telah mencabar Exco Kerajaan Negeri Selangor agar menjelaskan kepada rakyat samada betul atau tidak dia telah disiasat di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang tugas polis dan pembabitannaya dengan sindiket pelacuran.

Dalam masa yang sama, Dr Khir mencabar Ronnie menafikan ditahan polis kerana menghalang pihak berkuasa dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menguatkuasakan undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya pada 2007.

Ronnie juga perlu menyatakan samada terdapat 22 orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang telah ditangkap dalam operasi hotel yang sama sebelum hotel tersebut disiat oleh penguat kuasa MPSJ dan polis.

Kalau semua tuduhan tersebut benar, bagaimanalah dengan Pakatan Rakyat ini yang boleh meletakkan seorang bapa ayam sebagai salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor?

Dulupun tidak disangka-sangka ada ahli MPAJ yang mempunyai rekod jenayah dan perkara ini terbongkar bila ada orang membantah perlantikan ahli MPAJ yang dilantik itu.

Adakah budaya di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri menggalakkan agar penjenayah dan orang yang melakukan jenayah agar bersama mereka menjadi pemimpin?

Agak musykil kerana jika pemimpin di dalam Pakatan Rakyat sendiri penjenayah, bagaimana pula dengan penyokong mereka nanti adakah mereka itu terdiri dari penyangak dan samseng?

Friday, October 3, 2008

Tangkap orang yang membuat onar dan kecoh!

Diberi betis, hendak paha. Itulah ibaratnya penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang begitu kurang ajar dan membuat kecoh pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober 2008 sewaktu hari raya pertama.

Mereka itu umpama orang campak bunga, dibalas campak tahi.

Sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kabinet itu semata-mata untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat tetapi lain pula jadinya bila sesetengah pihak mengambil kesempatan melakukan kekecohan yang tidak disenangi oleh pengunjung lain.

Sepatutnya pihak keselamatan pada hari itu pun bertindak tegas dan menahan mereka yang membuat kecoh itu daripada masuk dan menemui Perdana Menteri.

Malahan, penyokong Hindraf begitu terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan kanak-kanak untuk menyerahkan kad ucapan Aidilfitri kepada Pak Lah.

Mungkin itu cara untuk kononnya mengambil hati Perdana Menteri agar kesian kepadanya dan membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Buat baik berpada-pada. Jangan terlalu sangat memberi muka kepada orang kerana kita tidak tahu motif mereka yang mungkin mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keterbukaan kita.

Polis disarankan agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba mengganggu-gugat keharmonian negara termasuk ke atas penyokong Hindraf yang cuba menimbulkan kekecohan tersebut.

Begitu juga ke atas mereka yang menyertai aktiviti untuk menghapuskan ISA.

Mereka ini patut juga ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara kerana tindakan menghapuskan ISA akan menghancurkan negara akhirnya kerana bekas penjajah sentiasa mencari jalan untuk menjajah kembali melalui cara lain pula; samada ekonomi atau sosial.