Thursday, October 16, 2008

Pakatan Rakyat menangguk di air keruh.

Tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang menyalahkan kerajaan pusat (Barisan Nasional) kerana tidak tersenarai di dalam kedudukan universiti terbaik di dunia adalah tidak perlu malah tidak berasas sama sekali.

Malahan kenyataan Shamsul Iskandar selaku Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat agar sekatan seperti Akta Universiti dan Kolej Universit (AUKU) perlu diubah dan dihapuskan sama sekali adalah tidak realistik dan tidak patut dilakukan.

Ini kerana sebenarnya Pakatan Rakyatlah yang banyak menggunakan pelajar-pelajar di Universiti agar menyertai perjuangan sempit mereka sehingga mengabaikan pelajaran dan terbengkalai di Universiti.

Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor pula berkata sepatutnya kesalahan itu diletakkan kepada pembangkang yang menggunakan pelajar-pelajar berkenaan untuk berpolitik dan bukan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mengakibatkan mereka gagal di dalam pelajaran mereka.

Kenyataan Shamsul itu sekadar bermotifkan politik dan mahu agar tindakan pembangkang menggunakan penuntut universiti sebagai balaci mereka itu dihalalkan apabila AUKU dihapuskan.

Mereka ini jenis yang berkepentingan dan mahukan anak bangsa mundur dan gagal di dalam pelajaran dan seterusnya menjadi hamba di negara sendiri.

No comments: