Friday, October 3, 2008

Tangkap orang yang membuat onar dan kecoh!

Diberi betis, hendak paha. Itulah ibaratnya penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang begitu kurang ajar dan membuat kecoh pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober 2008 sewaktu hari raya pertama.

Mereka itu umpama orang campak bunga, dibalas campak tahi.

Sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kabinet itu semata-mata untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat tetapi lain pula jadinya bila sesetengah pihak mengambil kesempatan melakukan kekecohan yang tidak disenangi oleh pengunjung lain.

Sepatutnya pihak keselamatan pada hari itu pun bertindak tegas dan menahan mereka yang membuat kecoh itu daripada masuk dan menemui Perdana Menteri.

Malahan, penyokong Hindraf begitu terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan kanak-kanak untuk menyerahkan kad ucapan Aidilfitri kepada Pak Lah.

Mungkin itu cara untuk kononnya mengambil hati Perdana Menteri agar kesian kepadanya dan membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Buat baik berpada-pada. Jangan terlalu sangat memberi muka kepada orang kerana kita tidak tahu motif mereka yang mungkin mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keterbukaan kita.

Polis disarankan agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba mengganggu-gugat keharmonian negara termasuk ke atas penyokong Hindraf yang cuba menimbulkan kekecohan tersebut.

Begitu juga ke atas mereka yang menyertai aktiviti untuk menghapuskan ISA.

Mereka ini patut juga ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara kerana tindakan menghapuskan ISA akan menghancurkan negara akhirnya kerana bekas penjajah sentiasa mencari jalan untuk menjajah kembali melalui cara lain pula; samada ekonomi atau sosial.

1 comment:

Anonymous said...

Majlis Jamuan Hariraya TIDAK WAJAR diambil kesempatan untuk agenda politik kumpulan tertentu.

Apa perasaan penganut Hindu kalau ada orang Islam buat kecoh semasa majlis sambutan Deepavali atau Thaipusam?