Wednesday, October 22, 2008

Zaman tubuhkan Tabung dan saman-menyaman!

Bajet yang dibentangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku Menteri Besar Selangor tidak ada keistimewaan yang boleh dibanggakan.

Itulah yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana mereka hanya meneruskan program yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Yang baru cuma Tabung Warisan Anak Selangor, itupun jumlah RM100 dibuka di tabung itu dan kemudian setelah anak Selangor tersebut mencapai 18 tahun barulah RM1,500 boleh ditunaikan.

Tapi oleh kerana ianya hanya boleh diambil hanya 18 tahun akan datang, apa jaminan tabung tersebut takkan hilang jikalau ditakdirkan Barisan Nasional berkuasa balik di Selangor kelak? Adakah ianya diakaunkan atau bakal lesap sebagaimana beberapa tabung yang ditubuhkan PAS sebelum ini?

Sedangkan Tabung Memali yang mengutip derma untuk membantu mangsa tragedi Memali oleh PAS pun hilang entah ke mana dan entah berapa yang dapat dikutip pun tidak diketahui kerana tidak diakaunkan...

Dalam pada masa yang sama juga, Teresa Kok telah mengemukakan saman kepada Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebanyak RM10 juta kerana kononnya menfitnahnya menyokong petisyen memperlahankan azan.

Begitu teruja sekali Teresa Kok menyaman sesiapa sahaja yang dirasakan menfitnahnya.... Persoalannya adakah benar ianya fitnah atau kenyataan? Dan begitu mudah sekali untuk pemimpin pembangkang membuat duit sekarang.

Kalau rasa tidak puas hati saja, saman semua orang... Kalau setiap orang disaman RM10 juta, kalau saman 10 orang sudah RM100 juta... Cukup senang nak buat duit sekarang ini.

Sesiapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

tu lah melayu mudah lupa, cina ingat lupa, india lupa tak ingat2.

jangan lupa undi khir toyo dan ts mike tyson@ mat melayu


aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

ingat!