Wednesday, February 25, 2009

Silap diri tetapi salahkan orang lain!


Anwar Ibrahim diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar tanpa pakaian Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang Elizabeth Wong.

Sebaliknya menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, mungkin terdapat perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri membuatkan penyebaran gambar tersebut dibuat oleh pihak yang berkepentingan.

"Mereka ingin menumbangkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dan menggantikannya dengan orang lain untuk menjawat jawatan berkenaan.

"Malah laporan dalam surat khabar jelas lelaki yang menjadi teman istimewa Exco berkenaan adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri. Tidak ada kena mengena langsung dengan BN," kata Dr Khir.

"Kita harap beliau (Anwar) akan menarik balik kenyataan tersebut. Malah, kita simpati pada Elizabeth sebab itu kita cadangkan supaya Exco berkenaan meletak kedua-dua jawatan kerana bimbang berkemungkinan akan ada banyak lagi gambar serta video mengenainya akan keluar.

"Sebagai pemimpin, beliau (Elizabeth) perlu terima hakikat rakyat tidak boleh terima apa yang berlaku sekarang," katanya.

Itulah ulasan Dr Mohamad Khir terhadap dakwaan Anwar bahawa penyebaran gambar bogel Wong sebagai konspirasi terbaru BN terhadap pembangkang.

Anwar Ibrahim ini hanya ingin menuding jari mencari kesalahan BN sedangkan hakikatnya orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.


Dr Mohamad Khir Toyo

Tuesday, February 24, 2009

Kenapa rasa terancam jika diri tak buat salah?


Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua Pembangkang Selangor mencabar pihak pimpinan Pakatan Rakyat agar melucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang jika mereka terasa terancam dengan pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh beliau.


Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika pemimpin Pakatan Rakyat beretika dan tidak melakukan sebarang perbuatan korup, apa yang hendak ditakutkan?

Ini berikutan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memfailkan dua saman fitnah terhadap beliau.

"Selagi saya diberi tanggungjawab itu (Ketua Pembangkang), saya akan terus tunaikan. Malah, tugas saya adalah untuk membetulkan salah laku yang berlaku."

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

"Nampaknya saya antara Ketua Pembangkang yang banyak menerima saman tetapi apa yang saya lihat ia adalah cubaan kerajaan PR untuk menutup mulut saya supaya tidak lagi bercakap mengenai perkara tidak betul yang mereka laksanakan dalam pentadbiran.

"Saya dan rakan Barisan Nasional (BN) akan terus bercakap dan menegakkan apa-apa kepincangan dan salah laku yang dilaku oleh mereka (pemimpin PR)."

Itulah ulasan beliau mengenai tindakan Abdul Khalid yang telah menfailkan dua saman fitnah terhadapnya berhubung isu pembelian kereta mewah Lexus 460 dan 46 ekor lembu sempena ibadat korban pada Aidiladha lalu.


Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo

Tuesday, February 17, 2009

Pemimpin terlibat skandal seks patut letak jawatan.


Nasi sudah menjadi bubur.
Rakaman video dan gambar Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dalam keadaan tanpa pakaian telah tersebar luas.


Datuk Seri Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang berkata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor perlu mendesak Elizabeth supaya meletak jawatan.

Ini kerana ini adalah soal moral di mana Pakatan Rakyat juga telah mendesak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan bila terlibat dalam skandal seks.

Malahan Zul Hassan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah telah dipecat kerana mengaku mengadakan seks di dalam laporan rasuah yang dibuat dengan Jabatan Agama Perak.

Elizabeth sebagai seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dalam soal ini kerana masyarakat akan mencemuh dan tidak dapat menerima pemimpin yang mempunyai moral sebegitu.

Datuk Seri Khir mengulas berkemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat saringan peribadi akan setiap calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum yang lepas.

Hakikatnya rakyat mahukan pemimpin yang bebas dari skandal terutamanya skandal seks tanpa mengambil kira samada ianya adalah serangan jahat oleh orang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan diri serta memalukan dirinya.

Siasatan awal polis juga mendapati ianya mungkin dilakukan oleh bekas teman lelaki Elizabeth.

Friday, February 13, 2009

Demo anti Karpal Singh di Pulau Pinang

Demonstrasi Anti Karpal Singh yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang berlangsung di hadapan kediaman Karpal Singh di Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang yang telah di hadiri lebih 500 orang ahli UMNO dan orang ramai sebentar tadi.

Pihak Polis telah menyuraikan demonstrasi tersebut dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh Cikgu Zaidi Said, Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Ketua Pemuda UMNO Kulim Bandar Bharu antara yang di tahan di Balai Polis Jalan Patani, Timur Laut Pulau Pinang

Sekian di maklumkan

Friday, February 6, 2009

No apology

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo had accused Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor Menteri Besar of having misused state funds to pay maintenance fee of his personal car and for the purchase of Hari Raya Aidiladha cattle for his Bandar Tun Razak parliamentary constituency.

He stated that he will not apologise to Khalid because he was merely doing his duty as an opposition leader by "revealing certain misdeeds."

Meanwhile, Sankara N. Nair Khalid's lawyer said in a press conference that the Menteri Besar has given seven days to Dr Mohd Khir to retract his recent statements or face legal action.

"Why should I apologise? He (Khalid) is the one who owes an apology and explanation to the people on the allegations against him," he told reporters here on Thursday.

“We hope the people will understand that it is not a personal attack but the duty of an opposition leader.

“It is not a problem if he wants to sue because I have already been sued by (Selangor Exco) Ronnie Liu and Teresa Kok,” he said.

“That’s why I did not report him (Khalid) to the Malaysian Anti-Corruption Commission or the police. I just want him to correct any wrongdoing,” he said.