Tuesday, February 24, 2009

Kenapa rasa terancam jika diri tak buat salah?


Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua Pembangkang Selangor mencabar pihak pimpinan Pakatan Rakyat agar melucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang jika mereka terasa terancam dengan pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh beliau.


Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika pemimpin Pakatan Rakyat beretika dan tidak melakukan sebarang perbuatan korup, apa yang hendak ditakutkan?

Ini berikutan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memfailkan dua saman fitnah terhadap beliau.

"Selagi saya diberi tanggungjawab itu (Ketua Pembangkang), saya akan terus tunaikan. Malah, tugas saya adalah untuk membetulkan salah laku yang berlaku."

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

"Nampaknya saya antara Ketua Pembangkang yang banyak menerima saman tetapi apa yang saya lihat ia adalah cubaan kerajaan PR untuk menutup mulut saya supaya tidak lagi bercakap mengenai perkara tidak betul yang mereka laksanakan dalam pentadbiran.

"Saya dan rakan Barisan Nasional (BN) akan terus bercakap dan menegakkan apa-apa kepincangan dan salah laku yang dilaku oleh mereka (pemimpin PR)."

Itulah ulasan beliau mengenai tindakan Abdul Khalid yang telah menfailkan dua saman fitnah terhadapnya berhubung isu pembelian kereta mewah Lexus 460 dan 46 ekor lembu sempena ibadat korban pada Aidiladha lalu.


Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo

No comments: