Thursday, November 15, 2007

Daud Tarihep Wajar Diberi Penyapu


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Daud Tarihep menggunakan Malaysiakini.com untuk menyelar Dr. Mohamad Khir Toyo kerana memberi anugerah penyapu kepada dua PBT yang gagal melepasi had minima 55% kutipan cukai.

Menurut Daud, ia memalukan dan Khir hanya mencari publisiti murahan.

Soalan kita kepada Daud: Mana lebih memalukan memberi anugerah penyapu kepada PBT yang gagal atau mempunyai anak luar nikah dengan isteri orang?

mana lebih memalukan mencari jalan memperbaiki kecekapan PBT seperti Mohad Khir lakukan atau mempunyai skandal dengan bekas ketua Puteri yang juga isteri orang, kemudian kahwin lari di siam.

Daud juga pernah menghadapi tuduhan disiplin melanggar general Order semasa bekerja dengan kerajaan tetapi diselamatkan oleh seorang menteri.

Mungkin memberi anugerah penyapu kepada PBT memalukan tetapi orang macam Daud tarihep wajar diberi penyapu sahaja.

- You folks should go and read MalaysiaKini’s report.

Assets declaration law mooted for Selangor

Malaysiakini reported:

Sungai Pinang assemblyperson Teng Chang Kim has submitted a draft bill that compels all Selangor assemblypersons and local government councillors to publicly declare their income and assets annually.

The draft bill, entitled ‘Declaration of Family Income and Asset Enactment 2007', was submitted to the state assembly on Nov 5. The assembly reconvenes on Nov 19.

At present, BN elected representatives have to submit their income and asset declarations directly to the Prime Minister’s Office, while state executives have to submit their declarations to their respective chief of state.

Teng’s draft bill proposes that all local government councillors, state assemblypersons, senators elected by the state assembly and executive council members be subjected to annual income and asset declarations.

This declaration must include the income of immediate family members and should be submitted on or before June 30 every year

Wednesday, November 14, 2007

Diplomasi Penyapu Berjaya Tingkatkan Kecekapan

Jika dibaca dalam media massa arus perdana mahu pun media internet seperti Malaysiakini.com, Harakahdaily dan lain-lain forum, kecekapan agensi kerajaan, Pihat Berkuasa Tempatan dan Pejabat tanah sering diperkatakan.

Berbagai usaha telah dijalankan agar pihak berkuasa tempatan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Perubahan sistem, kursus kerja, kursus motivasi dan motto kerja diadakan. Namun sebahagiannya tidak berubah.

Berdasarkan kegagalan inilah akhirnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo membuat pengumuman pada Januari 2007, bahawa mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (PTD) yang gagal memenuhi sasaran kerajaan akan diberi hadiah penyapu.


Justeru kerana khuatir dihadiahkan penyapu, maka berlumba-lumbalah PBT dan pejabat tanah bekerja keras memenuhi sasaran kutipan cukai.

Pada bulan Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (PTD) di negeri itu berusaha membaiki prestasi masing-masing.

Beliau memberi amaran mana-mana PBT dan PTD yang gagal berkhidmat dengan baik termasuk mengutip cukai akan dihadiahkan penyapu sebagai tanda simbolik untuk mereka membuat ‘pembersihan pejabat’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketika itu banyak pihak menganggap amaran beliau hanya sebagai sesuatu yang melucukan. Namun apabila dimaklumkan ia akan dilaksanakan, kedua-dua PBT ini telah berjaya meningkatkan kutipan mereka dengan drastik pada suku kedua 2007.

Pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

PTD Hulu Selangor dan MDHS hanya memungut 55 peratus cukai semasa dan 56 peratus cukai tertunggak, manakala MDHS memungut 66.9 peratus hasil cukai semasa dan 23.4 peratus cukai tertunggak tahun lalu.

Ini adalah masalah serius. Kegagalan mengutip lebih separuh pendapatan menyebakan kerajaan negeri terpaksa meminjam sumber luar.

Seperti ditegaskan oleh Mohamad Khir, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.

Tujuh PTD dan PBT mencatatkan kutipan melebihi sasaran ditetapkan tahun lalu didahului PTD Sepang yang mengutip 112 peratus hasil cukai semasa dan 73 peratus cukai tertunggak diikuti PTD Hulu Langat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Semua jabatan dan agensi terbabit dibawa mengadakan lawatan ke Melbourne, Australia, selama lima hari pada pertengahan April lalu sebagai insentif.

Justeru ia bukan sekadar memberi pengajaran kepada yang malas tetapi juga memberi ganjaran kepada yang rajin.

Tampaknya diplomasi penyapu ini telah berjaya dalam meningkatkan kecekapan walaupun mungkin secara tidak iklhas.

Berbekalkan hanya lebih kurang RM 3 untuk sebatang penyapu, Mohamad Khir berjaya mengubah kecekapan kerja sebahagian PBT.

Nota: Ubahsuai dari rencana selangordaily.com yang berjudul: Antara Diplomasi Penyapu dan Parti Penipu

Wednesday, November 7, 2007

Fakta Malaysiakini Mengelirukan

Selangordaily.com mendakwa artikel dalam Malaysiakini pada 1 November 2007 bertajuk “Shah Alam Council blamed for bloody fracas.” penuh dengan kesalahan fakta.

Menurut portal berita selangordaily.com, "dalam kenyataan Vaithilingam kepada Malaysiakini, beliau bukan sahaja salah fakta mengenai Za’ba Che Rus, malah memutar belitkan fakta kononnya wujud persetujuan antara MBSA, Kerajaan Negeri Selangor, MIC dan Sami kuil supaya kerja perobohan ditangguhkan selepas Deepavali.

Untuk artikel penuh sila baca di Selangordaily

Siapa Zalim dan Yahudi - Khir atau Pembangkang?

Jika kita lihat dalam setiap kontroversi pemindahan setinggan, jumlah yang menentang amat sedikit sekali. Selalunya tidak lebih dari 10% jumlah penduduk setinggan yang terbabit.

Mengapa jumlahnya sedikit? Ini kerana apa yang ditawarkan oleh kerajaan mahu pun pemilik tanah amat berpatutan. Jika 90% daripada setinggan menerima dengan hati terbuka penyelesaian anjuran kerajaan negeri Selangor dan Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai isu setinggan, mengapa segelintir ini masih ingkar?

Mereka ini merupakan kelompok yang percaya kepada hasutan pembangkang bahawa undang-undang akan menyebelahi mereka.

Mereka boleh menafikan pembabitan pembangkang mahu pun anasir luar dalam isu penetangan ini. Namun hakikat bahawa segelintir penduduk setinggan ini mampu membawa kes ke Mahkamah sehingga beberapa kali menunjukkan mereka mempunyai kemampuan kewangan yang amat besar.

Siapa pembiaya mereka dan apa tujuan sebenar? Secara logiknya, semua kita tahu bahawa tiada sesiapa yang boleh menduduki tanah milik orang lain tanpa kebenaran atau secara percuma selama-lamanya. Namun mengapa mereka ini masih percaya boleh menang di Mahkamah?

Ini kerana akal fikiran mereka telah dikorupkan oleh pembangkang yang hanya mahu mencari publisiti untuk keuntungan politik.

Memang mudah memanggil Khir Toyo sebagai Yahudi atau zalim kerana meroboh setinggan, surau dan kuil haram dengan hanya menunjukkan video pada hari kejadian.

Namun hakikatnya, apakah diceritakan bagaimana bertolak ansur dan sabarnya pemilik tanah, kerajaan negeri dan penguatkuasa undang-undang mencari jalan penyelesaian melalui rundingan dan undang-undang? Isu setinggan di Rimba Jaya Shah Alam dan kampung Berembang, Ampang bukanlah diselesaikan dalam sehari dua.

Semuanya mengambil masa tiga hingga empat tahun. Di Rimba Jaya misalnya usaha mencar jalan penyelesaian antara setinggan dengan pemilik tanah dilakukan sejak 2005.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan meroboh bangunan yang ada hanya dilakukan pada akhir 2007. Ini bermakna hampir tiga tahun mencari penyelesaian. Apakah ini zalim sifatnya?

Di Rimba Jaya ini hampir 800 keluarga berpindah dengan menerima tawaran kerajaan. Hanya 200 lebih keluarga yang menentang dan sebahagiannya membawa kes ke Mahkamah.

Setelah Mahkamah menolak tuntutan mereka beberapa kali sehingga ke peringkat akhir rayuan barulah pihak berkuasa mengambil tindakan merobohkannya.

Adakah ini zalim lagi? Sepatutnya mereka yang membawa kes ke mahkamah ini menyediakan tempat tinggal sekiranya mereka kalah. Jika mereka ada kemampuan untuk mengupah peguam adakah mereka terlalu miskin untuk menyewa rumah?

Malangnya mereka terus kekal atas tanah tersebut kerana mahu mencetuskan kekacauan dan polemik politik dan agama.

Mereka turut menyerang penguatkuasa namun yang ditunjuk hanyalah bilapenguatkuasa bertindak balas.

Pembangkang menggunakan modus operandi yang sama dengan meletak kanak-kanak dan wanita sebagai benteng. Apabila penguatkuasa menyeret kanak-kanak dan wanita maka mereka pun edarkan ke serata dunia kononnya kerajaan ini zalim.

Soalnya siapa yang zalim? Mereka yang tinggal atas tanah orang lain selama berpuluh tahun secara percuma atau kerajaan yang cuba mencari jalan penyelesaian untuk keadilan semua pihak?

Siapaka zalim? Bapa-bapa yang mengheret anak-anak mereka tinggal di setinggan tanpa kemudahan yang baik atau kerajaan yang memberi pelbagai subsidi untuk mereka mendapat kehidupan yang lebih selesa dan halal!

Siapakah yang lebih zalim antara penguatkuasa yang menyeret keluar kanak-kanak dan wanita atau jantan-jantan hipokrit dalam pembangkang yang menjadikan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng jentolak?

Kalau benar pejuang, kalau benar penentang janganlah pergunakan kanak-kanak dan wanita.

Rasulullah dahulu jika berperang meletakkan wanita dan kanak-kanak jauh dari medan perang. Malangnya Pas dan Keadilan menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng.

Manusia jenis apa, bapa jenis apa dan pemimpin jenis apa yang memperjudikan keselamatan anak dan isteri untuk kepentingan diri?

Tuesday, November 6, 2007

Khir Toyo Anti - Kaum India? (2)

1. Hari ini kerajaan negeri selangor telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas mengenai isu perobohan kuil hindu di Padang Jawa (Setinggan Rimba Jaya dan Kampung Karuppiah). Boleh baca di sini.

2. Semalam, malaysiakini.com melaporkan MIC retracts ban on Deepavali events.

MB Selangor Anti-Kaum India?

Sejak isu perobohan setinggan Kampung Rimba Jaya bersama kuil dan surau dibuat oleh Majlis bandaraya Shah Alam minggu lalu, terdapat opportunis India yang mengedarkan sms menggambarkan Menteri Besar Selangor sebagai anti kaum India dan agam hindu.

Turut marah ialah Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu, yang menurut Malaysiakini.com, akan membatalkan semua sambutan perayaan Deepavali pemimpin MIC. Soalnya apakah benar Dr. Mohamad Khir anti kaum India?

Samy Vellu mungkin lupa bahawa beberapa bulan lalu, beliau juga yang menyatakan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo wajar dipuji kerana sentiasa memberi perhatian serius kepada pembangunan golongan belia India.

Ucapan puji-pujian ini datang ketika Dr. Mohamad Khir
mengumumkan peruntukan khas untuk pendidikan untuk kaum India di negara ini.


Malahan Dr. Mohamad Khir juga turut membantu mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Estet, Selangor serta memperkenalkan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal pada tahun lalu. Semua ini adalah program khas kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan taraf hidup kaum India.


Pada 2006, seramai 152 belia India mengikuti kursus kemahiran dalam pelbagai bidang di INPENS International College, Pulau Indah dengan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebanyak RM1 juta.

Malahan Samy Vellu sendiri mengakui Selangor di bawah pimpinan Dr. mohamad Khir merupakan negeri pertama mewujudkan program khas untuk belia India.

Aktivis Hindu yang menggambarkan Dr. Mohamad khir sebagai anti kaum India dan agama Hindu mungkin lupa bahawa di Selangor terdapat kuil hindu terbesar di Malaysia yang terletak di Batu Caves.

Mungkin itu bukanlah jasa Dr. Mohamad Khir kerana kuil tersebut telah sedia ada sejak dahulu. Namun lihat sahaja sumbangan dan bantuan prasarana yang disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan kepada kuil tersebut.

Aktivis hindu yang terbabit juga perlu menyatakan kebenaran bahawa Dr. Mohamad Khir juga merupakan Menteri Besar Selangor yang mengumumkan peruntukan khas kepada semua agama termasuk agama Hindu.

Malahan ketika di Ijok tempoh hari boleh sahaja Dr, Mohamad Khir meletakkan calon Melayu atas alasan majoriti penduduk Melayu dan terdapat desakan jelas mahukan penukaran calon BN. Namun Dr. mohamad khir selaku Pengerusi BN Selangor turut mencalonkan calon MIC untuk pertimbangan YAB Perdana Menteri.

Adakah hanya kerana terdapat kuil Hindu yang dibina secara haram dirobohkan maka Mohamad Khir dianggap anti Hindu?

Terdapat juga surau yang dirobohkan kerana pembinaannya secara haram. Adakah ini menjadikan Dr. Mohamad Khir sebagai anti Islam?

Soalnya sebagai pentadbir negeri, Dr. Mohamad Khir perlu memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada dipatuhi terutamanya membabitkan pembinaan bangunan atas tanah milik orang lain.

Jika kerajaan Selangor tidak bertegas dalam hal ini nescaya akan banyak lagi kuil hindu, surau dan tokong dibina sesuka hati tanpa mengambil kira kelulusan dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini akan mewujudkan keadaan tidak baik dan boleh mencetuskan perbalahan yang lebih besar.


Selangordaily.com---