Wednesday, November 7, 2007

Siapa Zalim dan Yahudi - Khir atau Pembangkang?

Jika kita lihat dalam setiap kontroversi pemindahan setinggan, jumlah yang menentang amat sedikit sekali. Selalunya tidak lebih dari 10% jumlah penduduk setinggan yang terbabit.

Mengapa jumlahnya sedikit? Ini kerana apa yang ditawarkan oleh kerajaan mahu pun pemilik tanah amat berpatutan. Jika 90% daripada setinggan menerima dengan hati terbuka penyelesaian anjuran kerajaan negeri Selangor dan Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai isu setinggan, mengapa segelintir ini masih ingkar?

Mereka ini merupakan kelompok yang percaya kepada hasutan pembangkang bahawa undang-undang akan menyebelahi mereka.

Mereka boleh menafikan pembabitan pembangkang mahu pun anasir luar dalam isu penetangan ini. Namun hakikat bahawa segelintir penduduk setinggan ini mampu membawa kes ke Mahkamah sehingga beberapa kali menunjukkan mereka mempunyai kemampuan kewangan yang amat besar.

Siapa pembiaya mereka dan apa tujuan sebenar? Secara logiknya, semua kita tahu bahawa tiada sesiapa yang boleh menduduki tanah milik orang lain tanpa kebenaran atau secara percuma selama-lamanya. Namun mengapa mereka ini masih percaya boleh menang di Mahkamah?

Ini kerana akal fikiran mereka telah dikorupkan oleh pembangkang yang hanya mahu mencari publisiti untuk keuntungan politik.

Memang mudah memanggil Khir Toyo sebagai Yahudi atau zalim kerana meroboh setinggan, surau dan kuil haram dengan hanya menunjukkan video pada hari kejadian.

Namun hakikatnya, apakah diceritakan bagaimana bertolak ansur dan sabarnya pemilik tanah, kerajaan negeri dan penguatkuasa undang-undang mencari jalan penyelesaian melalui rundingan dan undang-undang? Isu setinggan di Rimba Jaya Shah Alam dan kampung Berembang, Ampang bukanlah diselesaikan dalam sehari dua.

Semuanya mengambil masa tiga hingga empat tahun. Di Rimba Jaya misalnya usaha mencar jalan penyelesaian antara setinggan dengan pemilik tanah dilakukan sejak 2005.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan meroboh bangunan yang ada hanya dilakukan pada akhir 2007. Ini bermakna hampir tiga tahun mencari penyelesaian. Apakah ini zalim sifatnya?

Di Rimba Jaya ini hampir 800 keluarga berpindah dengan menerima tawaran kerajaan. Hanya 200 lebih keluarga yang menentang dan sebahagiannya membawa kes ke Mahkamah.

Setelah Mahkamah menolak tuntutan mereka beberapa kali sehingga ke peringkat akhir rayuan barulah pihak berkuasa mengambil tindakan merobohkannya.

Adakah ini zalim lagi? Sepatutnya mereka yang membawa kes ke mahkamah ini menyediakan tempat tinggal sekiranya mereka kalah. Jika mereka ada kemampuan untuk mengupah peguam adakah mereka terlalu miskin untuk menyewa rumah?

Malangnya mereka terus kekal atas tanah tersebut kerana mahu mencetuskan kekacauan dan polemik politik dan agama.

Mereka turut menyerang penguatkuasa namun yang ditunjuk hanyalah bilapenguatkuasa bertindak balas.

Pembangkang menggunakan modus operandi yang sama dengan meletak kanak-kanak dan wanita sebagai benteng. Apabila penguatkuasa menyeret kanak-kanak dan wanita maka mereka pun edarkan ke serata dunia kononnya kerajaan ini zalim.

Soalnya siapa yang zalim? Mereka yang tinggal atas tanah orang lain selama berpuluh tahun secara percuma atau kerajaan yang cuba mencari jalan penyelesaian untuk keadilan semua pihak?

Siapaka zalim? Bapa-bapa yang mengheret anak-anak mereka tinggal di setinggan tanpa kemudahan yang baik atau kerajaan yang memberi pelbagai subsidi untuk mereka mendapat kehidupan yang lebih selesa dan halal!

Siapakah yang lebih zalim antara penguatkuasa yang menyeret keluar kanak-kanak dan wanita atau jantan-jantan hipokrit dalam pembangkang yang menjadikan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng jentolak?

Kalau benar pejuang, kalau benar penentang janganlah pergunakan kanak-kanak dan wanita.

Rasulullah dahulu jika berperang meletakkan wanita dan kanak-kanak jauh dari medan perang. Malangnya Pas dan Keadilan menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng.

Manusia jenis apa, bapa jenis apa dan pemimpin jenis apa yang memperjudikan keselamatan anak dan isteri untuk kepentingan diri?

No comments: