Wednesday, December 26, 2007

Malaysiakini Interviewed Khir Toyo

Malaysikini recently ran three series in an exclusive interview with Selangor's Mentri Besar.

You also can read that interview at Selangordaily.com

1. Khir Toyo: I want to continue as MB

2. Khir Toyo: No land given to cronies

3. Khir Toyo: I cry for the squatters too
3.

Thursday, December 6, 2007

Pelbagai Bantuan Pertingkat Kedudukan Kaum India Di Selangor Telah Dibuat

KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Selangor yang merupakan antara negeri yang mempunyai penduduk India paling ramai, menjalankan pelbagai aktiviti untuk membangunkan kaum tersebut.

Antaranya, mewujudkan peruntukan khas untuk membantu remaja India dari keluarga miskin dan bermasalah menjalani kursus kemahiran teknikal, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada Bernama di sini.

Beliau berkata dengan peruntukan RM1 juta setahun menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, ia bukan saja membantu remaja India tercicir dari arus pembangunan sosial negara, malah memberikan mereka keyakinan diri untuk mempertingkat kedudukan sosial mereka dalam masyarakat.

Katanya, kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) bukan saja memberikan belia India ini latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka.

"Malah mereka turut diberikan wang saku sebanyak RM100 sebulan," katanya.

Program yang dimulakan pada 2006, dijalankan secara bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yaysan Strategik Sosial dan Inpens, telah menunjukkan kesan positif dengan mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.

"Sehingga Julai tahun ini seramai 101 orang telah berjaya menamatkan kursus pelbagai kemahiran dan seramai 148 lagi sedang mengikuti pengajian," katanya.

Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke periangkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun, katanya.

Mohamed Khir berkata terdapat sebanyak 13.1 peratus kaum India daripada 4.96 juta penduduk di Selangor.

Untuk itu, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi membantu kaum ini termasuk untuk kuil didaftarkan sebanyak RM3 juta setahun.

Bagi yang berpendapatan rendah, mereka diberi peluang memiliki rumah kos murah, katanya.

Wednesday, December 5, 2007

Hindraf Berbohong dan Buta Sejarah (II)

Mari kita analisa adakah perjuangan HINDRAF benar-benar berlandaskan fakta sebenar atau sekadar memainkan emosi penganut agama Hindu.

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.


Pertama secara jujur dan ikhlas berapa ramaikah kaum India atau penganut Hindu percaya bahawa kerajaan sedang melakukan pembersihan etnik atau mini genocide seperti didakwa oleh Hindraf dalam memorandumnya kepada Britain.

Ini perkara serius. Tuduhan bahawa kerajaan terbabit melakukan pembersihan etnik kaum India merupakan satu tuduhan berat. Apakah bukti yang Uthayakumar ada? Kita cabar mana-mana kaum India yang menyokong Hindraf membuktikannya!

Kedua, Hindraf mendakwa, kerajaan telah menjajah kaum India di Malaysia. Sekali lagi apakah buktinya? Apa makna dijajah? Dijajah bermakna diperintah secara tidak demokratik oleh satu kuasa atau rejim yang bukan pilihan rakyat. Sebaliknya Kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat yang bebas mengundi. Ini termasuk kaum India sendiri bebas mengundi dan menjadi wakil rakyat. Justeru di mana kebenaran Hindraf?

Memorandum Hindraf menyatakan:

100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.


Ayat pertama mengatakan lebih 100 orang India telah ditetak dan dibunuh oleh kerajaan di Kampung Medan. Apa bukti yang Hindraf dan Uthayakumar ada? Malangnya ayat pertama para ini berbeza pula dengan ayat terakhir yang menyatakan sekurang-kurangnya 6 orang kaum India terbunuh dalam insiden pergaduhan Kampung Medan. Mana satu betul? 6 orang atau 100 orang?

Ketika kenyataan Hindraf dalam satu para pun boleh kontradik atau bertentangan, mana mungkin mereka ini membawa kebenaran. Tidak cukup itu, kita perlu bertanya, Apakah kita mahu mempercayai Hindraf atau laporan di Parlimen seperti berikut:

"The division of settlements by race was one of the factors that contributed to the clashes in Kampung Medan and surrounding settlements of Petaling Jaya in March, the Dewan Rakyat was told today.

National Unity and Social Development Ministry parliamentray secretary S.Veerasingam said the ministry's report on the incident also identified lack of infrastructure as a factor that led to the clashes.

Other reasons included the uncertain incomes and the socio-economic imbalance among the people living in the working class settlements, he said when replying to Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Veerasingam said that of the 327 people arrested during the clashes, 206 were Malays, 109 Indians and 12 Indonesian nationals.

In the incident, six people were reported killed and more than 40 people injured.

Veerasingam said so far 35 of those arrested had been sentenced, six are still on trial, seven are awaiting trial, one had the charge against him dropped and one case had been referred to the High Court. - 31 Julai 2001


Ketika kerajaan memberi statistik berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai, kita mahu tahu apa bukti yang Hindraf ada? Jika tiada bukankah ini bermakna berniat jahat bagi memalukan Malaysia? Wajarkah manusia seperti ini mengaku sebagai rakyat yang cintakan negara?

Dan apakah kerajaan yang sama terbabit dengan pembersihan etnik menjadi begitu bodoh untuk mengeluarkan belanja pula bagi memberi bantuan kepada kaum India terbabit?

PETALING JAYA July 6 - The government today presented humanitarian aid totalling RM163,000 to 47 victims of the clashes in Kampung Medan here and nearby settlements.

National Unity and Social Development Minister Datuk Siti Zaharah Sulaiman said the money was from the RM260,000 approved by the Cabinet recently to be given to the victims of the clashes that took place in March.

"The Social Welfare Department is trying to trace 37 other victims who are also eligible to receive assistance. The address they gave is not complete," she told reporters at the aid presentation ceremony.

Also present were Works Minister Datuk Seri S.Samy Vellu and Housing and Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting.

The families of four victims who died during the clashes received RM10,000 each while 43 people who sustained injuries were paid between RM2,000 and RM3,000.

In the clashes between two groups of residents, six people died. One of them was an Indonesian and another an Indian national.

Siti Zaharah said the Social Welfare Department with the cooperation of the Human Resources Ministry would try to help one of the victims who had lost his job after the incident.

"We received a complaint from the victim that his employer sacked him when he sustained injuries and could not work for a long period of time," she said.


Memorandum Hindraf turut memuatkan kenyataan berikut:

"Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population."


Sekali lagi ini kenyataan berupa hasutan bukan kebenaran. Jika benar maka kita mahu tahu sejak bila perkara ini berlaku? Bukankah kenyataan umum sedemikian memberi gambaran yang tidak tepat. Jika ia berlangsung sejak 1957, maka sudah berapa ramai kaum India meninggal akibat ditembak polis?

Kita juga perlu bertanya apakah yang ditembak polis ini merupakan kaum India yang tidak melakukan apa-apa kesalahan atau mereka ini terdiri daripada penjenayah? Jika mereka ini penjenayah, apakah polis tidak boleh mengambil tindakan yang perlu termasuk menembak hanya kerana mereka kaum India? Apakah tiada penjenayah Melayu dan Cina yang ditembak oleh Polis?

Memorandum Hindraf turut menyatakan:

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.

In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.


Jika setiap tiga minggu satu kuil Hindu dimusnahkan, pasti hari ini tiada lagi kuil Hindu di Malaysia. Sebaliknya di Selangor sendiri terdapat lebih hampir 1000 kuil yang dibina secara haram atas tanah milik orang lain atau kerajaan.

Apa yang tidak dinyatakan ialah perobohan kuil-kuil yang dibuat merupakan kuil yang dibina secara haram atas tanah persendirian dengan kebenaran mahkamah.

Juga tidak dinyatakan oleh Hindraf ialah pada 29 Oktober 2001,

Kerajaan Selangor menarik balik notis untuk merobohkan mana-mana kuil yang terdapat di negeri ini ekoran persetujuan yang dicapai hasil perbincangan dengan MIC. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, dari perbincangan itu, kerajaan negeri memberi tempoh tiga bulan kepada MIC supaya satu kajian dijalankan terhadap kuil yang sedia ada.

Beliau berkata, MIC akan menjalankan kajian berkenaan dan laporan mengenainya akan diserahkan kepada kerajaan negeri. Hasil perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini, kita bersetuju supaya kajian dijalankan bagi memastikan kuil-kuil yang ada dijaga dengan baik, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perbincangan selama lebih sejam dengan Samy di pejabat Menteri Besar di sini hari ini. Dr. Khir berkata, niat kerajaan negeri adalah baik untuk membela nasib kaum India dengan memastikan kuil-kuil yang dirobohkan didirikan semula.

Sementara itu, Samy yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, kajian mengenai perkara itu akan dijalankan oleh Yayasan Sosial Strategik MIC.Jelasnya, MIC setuju supaya mana-mana kawasan yang terdapat terlalu banyak kuil dan didapati tidak diuruskan dengan baik, disatukan. Tambahnya, MIC juga bersetuju selepas tempoh tiga bulan itu, mana-mana kuil yang didapati tidak sesuai akan dirobohkan. Kita akan sama-sama membantu kerajaan negeri merobohkan mana-mana kuil yang didapati tidak sesuai, katanya.


Hindraf juga menggelapkan kenyataan bahawa perobohan kuil tersebut sudah mendapat persetujuan sami Kuil dan Hindu Sangham Selangor pada awalnya. Kenyataan kronologi perobohan kuil ini juga boleh di baca di sini dan di sini

Selain tidak memaklumkan keadaan sebenar, Hindraf juga menipu dan memalsukan fakta kononnya terdapat ektremis Islam bersenjata terbabit dalam perobohan kuil tersebut. Ini merupakan kenyataan berniat jahat cuba mewujudkan ketegangan agama dan juga cubaan memburukkan orang Islam Malaysia di kalangan negara luar.

Kerja-kerja perobohan kuil merupakan kerja yang dilakukan oleh penguatkuasa dalam ruang lingkup undang-undang.

Lebih kurang ajar, biadap dan tidak bertanggungjawab, Hindraf menjadikan isu perobohan ini sebagai pertentangan antara Islam dan Hindu. Hakikatnya surau di kawasan berkenaan juga dirobohkan. Malahan mana-mana surau yang dibina secara haram atau setinggan turut dirobohkan. Ini termasuk di kampung Berembang dan setinggan-setinggan lain.

Hindraf juga mendakwa:

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.


Mari kita lihat kenyataan ini,

"Seramai 13,284 pelajar yang memohon mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan setaraf (ijazah pertama) gagal mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat berkata, hanya 40,116 calon atau 75.12 peratus daripada 68,110 permohonan yang diterima, ditawarkan tempat ke IPTA bagi sesi akademik 2007/ 2008.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, pelajar bumiputera sebanyak 24,924 orang, Cina 12,245 dan India 2,447 orang.

Tee Keat berkata, mulai sesi akademik 2006/2007, dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/matrikulasi/setaraf (ijazah pertama) berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.



Sistem meritokrasi sendiri sudah dibuat oleh kerajaan sejak tahun 2002 (ketika itu 100% kepada keputusan peperiksaan). Justeru di mana lagi diskrimasi dalam pengambilan pelajar kaum India?

Mengapa pelajar India begitu sedikit? Ini kerana mereka tidak mencapai prestasi yang lebih baik dari pelajar Melayu dan Cina. Mengapa ini berlaku? Ia kembali kepada sistem persekolahan SRJK Tamil. Pemimpin kaum India di bandar begitu memperjuangkan isu SRJKT tetapi anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan atau sekolah swasta. Jika ke SRJKT pun mereka mampu memberi tuisyen kepada anak-anak mereka.

Sebaliknya anak pekerja ladang, anak penoreh getah dan petani kaum India yang ke SRJKT, apabila memasuki sekolah menengah dan menerima pengajaran dalam bahasa Malaysia tidak boleh mengikuti dengan baik. Mereka mengambil masa hampir 3 tahun untuk menguasai bahasa Malaysia ketika berada di Sekolah Menengah. Ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Demikian juga latihan vokasional untuk kaum India turut disediakan melalui MIC. Koleh Tafe milik mengadakan kerjasama penuh dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. MLVK turut menyediakan bantuan berupa pinjaman pendidikan kepada pelajar yang layak tanpa mengira kaum.

Kerajaan negeri Selangor juga membelanja RM 1 juta pada 2006 untuk menaja 152 belia India mengikuti kursus kemahiran dalam pelbagai bidang di INPENS International College, Pulau Indah.

Sudah tentu banyak lagi boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang miskin tanpa mengira kaum. Namun jika mereka yang berpendidikan tinggi dari kaum India mencontohi kaum Melayu dan Cina yang berusaha secara NGO dan individu menaja para pelajar kaum mereka melanjutkan pendidikan atau memberi kelas tuisyen tentulah banyak belia India akan mendapat faedahnya.

Sebaliknya golongan cerdik pandai kaum India seperti Uthayakumar hanya lebih berminat membakar sentimen benci di kalangan belia India daripada membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Bayangkan jika kesungguhan dan kekuatan mereka untuk menentang polis menghadiri perhimpunan haram tempoh hari disalurkan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup? Tentulah banyak yang mereka dapat lakukan.

Jika warga India, bangladesh, Myanmar dan Pakistan yang tidak faham sepatah bahasa Malaysia dan tidak tahu selok belok negara ini boleh berjaya mendapat pekerjaan dan membina kehidupan, mengapa belia India lebih banyak terbabit dengan kegiatan jenayah dan gangsterism?

Apakah ini berpunca daripada usaha-usaha meracuni pemikiran mereka terhadap kerajaan dan polis oleh orang seperti Uthayakumar?

Tuesday, December 4, 2007

Benarkah Kaum India Dipinggirkan?

Terdapat beberapa pandangan menarik dalam artikel sebelum ini yang boleh saya buat beberapa rumusan awal.

Seorang pengunjung menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi bantuan yang secukupnya kepada penduduk estet dan sekolah tamil. Sungguhpun kenyataan tersebut ada kebenaran tetapi ia juga ada salah faham.

Penduduk estet merupakan pekerja kepada pihak swasta. Justeru adalah tanggungjawab pemilik estet atau ladang untuk menyediakan keadaan yang lebih baik.

Namun untuk menyatakan kerajaan tidak membantu langsung penduduk kaum India di estet adalah tidak benar. Misalnya kerajaan negeri Selangor mewujudkan Tabung pendidikan Anak-anak pekerja Ladang di Selangor. Tabung ini bertujuan memberi bantuan kepada anak-anak kaum India dari ladang dan estet melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional.

Malahan Dr. Mohamad Khir turut memperkenalkan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal pada tahun lalu. Semua ini adalah program khas kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan taraf hidup kaum India. Pada 2006, seramai 152 belia India mengikuti kursus kemahiran dalam pelbagai bidang di INPENS International College, Pulau Indah dengan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebanyak RM1 juta.

Malahan Samy Vellu sendiri mengakui Selangor di bawah pimpinan Dr. mohamad Khir merupakan negeri pertama mewujudkan program khas untuk belia India.

Aktivis Hindu yang menggambarkan Dr. Mohamad khir sebagai anti kaum India dan agama Hindu mungkin lupa bahawa di Selangor terdapat kuil hindu terbesar di Malaysia yang terletak di Batu Caves. Selangor juga merupakan negeri pertama yang memberi peruntukan kewangan kepada semua pertubuhan agama termasuk untuk agama Hindu.

Keduanya isu pendidikan. Adalah tidak adil untuk Sekolah Rendah Jenis Tamil menuntut peruntukan yang banyak sedangkan mereka hanya bertujuan untuk satu kaum sahaja. Kerajaan harus memberi tumpuan kepada sekolah kebangsaan yang merupakan sekolah utama negara. Tiada sesiapa pun yang menyekat anak-anak kaum India belajar di Sekolah Kebangsaan. Malah di sekolah kebangsaan mereka mendapat layanan yang sama sama ada dari segi pembelajaran, bantuan pelajar susah dan juga kelas tambahan.

Usaha untuk mengadakan sistem pendidikan "Separate but equal" adalah tidak wajar. Jika di Amerika Syarikat dahulu imigran dari Afrika berjuang untuk bersekolah bersama dengan kulit putih, malangnya di Malaysia kaum India berjuang untuk belajar secara berasingan.

Justeru adalah tidak munasabah kerajaan harus membantu sekolah-sekolah bercorak perkauman ini dengan peruntukan yang besar sedangkan sebahagian besar pelajar pergi ke sekolah kebangsaan.

Sekarang siapa yang perkauman? Kerajaan yang mahu menyatukan semua kaum dalam satu sekolah atau mereka yang masih mahu menegakkan sekolah berasaskan kaum walaupun sudah semakin tiada sambutan? Apakah P. Uthayakumar menghantar anaknya ke SRJKT?

Lihat pula laporan Malaysiakini.com yang memetik statistik oleh Timbalan Menteri, "the poverty rate and hardcore poverty in 2004 among Indians was at 2.9 percent, 8.3 percent among Malays and 0.6 percent among the Chinese."

Bandingkan dengan jumlah penduduk mengikut pecahan kaum. Siapakah yang lebih miskin?Justeru realiti atau imaginasi segala dakwaan Hindraf?

Monday, December 3, 2007

Hindraf Berbohong dan Buta Sejarah

Perjuangan berasaskan pembohongan dan cerita mengarut tidak akan berjaya. Demikianlah perjuangan Perstuan haram penganut agama hindu (HINDRAF).

Dalam memorandum mereka mereka membuat pelbagai pembohongan dan kesalahan fakta bagi tujuan memburuk-burukkan UMNO. Lihat mykmu

Kemudiannya dalam Malaysikini hari ini, P. Uthayakumar juga membuat tuduhan tidak berasas kononnya UMNO dan special branch bertanggungjawab merosakkan tayar keretanya. Di mana bukti?

Pada minggu lalu juga, seorang penggerak Hindraf menulis surat pembaca kepada Malaysiakini bertajuk Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri yang penuh dengan kesalahan fakta dan penipuan sejarah.

Pertamanya dengan mengatakan Polis melakukan dasar apartheid kerana hanya memberi fokus kepada orang India dalam sekatan jalan raya menjelang perhimpunan haram Hindraf. Ini bukan dasar apartheid. Sebaliknya ia merupakan strategi keselamatan kerana ia merupakan perhimpunan haram kaum India. Apakah logiknya untuk polis memeriksa kereta milik orang melayu atau Cina kerana bukan mereka yang akan mengadakan demontrasi haram.

Keduanya, dengan mendakwa British membebaskan tanah ini tetapi tidak kaum india adalah satu lagi kesalahan fakta yang jelas. Hindraf perlu menyebut bahawa British membebaskan Tanah Melayu. Ini sekaligus akan menunjukkan milik siapa sebenarnya tanah ini.

Dengan mendakwa British tidak membebaskan kaum India juga merupakan satu tuduhan yang tidak tepat. British ketika itu memberi pilihan sama ada kaum India mahu pulang ke negara mereka atau mahu tinggal di Tanah Melayu. Itu pilihan generasi lalu.

Kita bukan ingin bersifat prejudis atau perkauman. Cuma sekadar menyatakan fakta yang cuba dikelirukan oleh Hindraf.

Justeru adalah tidak benar mendakwa secara tersirat bahawa kaum India di Tanah Melayu dipaksa menerima kepimpinan Melayu.

Mereka juga mendakwa selama 50 tahun tertindas dan dipencilkan oleh UMNO. Jika benar demikian apakah akan muncul orang seperti Datuk Seri Samy Vellu, Tan Sri Ananda Krishna, Datuk Nalla Karupan, S Sothinathan, P. Uthayakumar, Uthayasankar SB (penulis prolifik kaum India), adanya siaran radio Tamil, sekolah kebangsaan jenis Tamil. Malahan puluhan ribu kaum india berjaya menjadi doktor, jurutera, peguam, guru, pentadbir awam dan memenuhi pelbagai bidang profesional lain. Apakah ini menunjukkan diskriminasi dan perhambaan?

Selain itu terdapat juga dakwaan jahat dalam surat tersebut yang berbunyi, "Kami telah menjangkaui empat generasi di sini. Sekiranya, rakyat boleh menerima anak warga Indonesia sebagai menteri besar mereka, kami yakin rakyat negara ini sudah bersedia untuk berkongsi bersama hak mereka dengan kami. Kami tidak ingin merampas hak mereka tetapi pada masa yang sama kami tidak akan berganjak untuk melepaskan hak kami."

Ayat tersebut nyata cuba memberi gambaran Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir bin Toyo sebagai anak warganegara Indonesia. Memang diakui susur galur Dr. Mohamad Khir mempunyai sejarah hubungan kekeluargaan dari Indonesia. Demikian juga susur galur separuh orang Melayu negara ini. Malahan Perdana Menteri pertyama Malaysi, Tunku Abdul Rahman mempunyai susur galur Melayu Pattani (Siam).

Untuk rekod, allahyarham ayah Dr. Khir datang ke Tanah melayu sebelum perang jepun lagi manakala keluarga ibu beliau semenangnya penduduk peribumi Selangor sejak berkurun lamanya.

Untuk pengetahuan pemimpin Hindraf yang buta sejarah Malaysia, pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu.

Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.

Justeru apabila cuba menyindir Dr. Mohamad Khir sebagai anak warga Indonesia yang diberi peluang menjadi Menteri Besar ia cuba memberi gambaran yang negatif kononnya kerajaan lebih mengutamakan rakyat negara lain berbanding rakyat negara ini.

Inilah masalah keseluruhan Hindraf. Mereka buta sejarah kerana memencilkan diri dari sistem persekolahan kebangsaan. Malahan setelah 4 genarasi di Malaysia, mereka masih tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik, apatah lagi mahu mengenali sejarah dan budaya Malaysia dan Tanah Melayu.