Wednesday, December 5, 2007

Hindraf Berbohong dan Buta Sejarah (II)

Mari kita analisa adakah perjuangan HINDRAF benar-benar berlandaskan fakta sebenar atau sekadar memainkan emosi penganut agama Hindu.

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.


Pertama secara jujur dan ikhlas berapa ramaikah kaum India atau penganut Hindu percaya bahawa kerajaan sedang melakukan pembersihan etnik atau mini genocide seperti didakwa oleh Hindraf dalam memorandumnya kepada Britain.

Ini perkara serius. Tuduhan bahawa kerajaan terbabit melakukan pembersihan etnik kaum India merupakan satu tuduhan berat. Apakah bukti yang Uthayakumar ada? Kita cabar mana-mana kaum India yang menyokong Hindraf membuktikannya!

Kedua, Hindraf mendakwa, kerajaan telah menjajah kaum India di Malaysia. Sekali lagi apakah buktinya? Apa makna dijajah? Dijajah bermakna diperintah secara tidak demokratik oleh satu kuasa atau rejim yang bukan pilihan rakyat. Sebaliknya Kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat yang bebas mengundi. Ini termasuk kaum India sendiri bebas mengundi dan menjadi wakil rakyat. Justeru di mana kebenaran Hindraf?

Memorandum Hindraf menyatakan:

100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.


Ayat pertama mengatakan lebih 100 orang India telah ditetak dan dibunuh oleh kerajaan di Kampung Medan. Apa bukti yang Hindraf dan Uthayakumar ada? Malangnya ayat pertama para ini berbeza pula dengan ayat terakhir yang menyatakan sekurang-kurangnya 6 orang kaum India terbunuh dalam insiden pergaduhan Kampung Medan. Mana satu betul? 6 orang atau 100 orang?

Ketika kenyataan Hindraf dalam satu para pun boleh kontradik atau bertentangan, mana mungkin mereka ini membawa kebenaran. Tidak cukup itu, kita perlu bertanya, Apakah kita mahu mempercayai Hindraf atau laporan di Parlimen seperti berikut:

"The division of settlements by race was one of the factors that contributed to the clashes in Kampung Medan and surrounding settlements of Petaling Jaya in March, the Dewan Rakyat was told today.

National Unity and Social Development Ministry parliamentray secretary S.Veerasingam said the ministry's report on the incident also identified lack of infrastructure as a factor that led to the clashes.

Other reasons included the uncertain incomes and the socio-economic imbalance among the people living in the working class settlements, he said when replying to Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Veerasingam said that of the 327 people arrested during the clashes, 206 were Malays, 109 Indians and 12 Indonesian nationals.

In the incident, six people were reported killed and more than 40 people injured.

Veerasingam said so far 35 of those arrested had been sentenced, six are still on trial, seven are awaiting trial, one had the charge against him dropped and one case had been referred to the High Court. - 31 Julai 2001


Ketika kerajaan memberi statistik berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai, kita mahu tahu apa bukti yang Hindraf ada? Jika tiada bukankah ini bermakna berniat jahat bagi memalukan Malaysia? Wajarkah manusia seperti ini mengaku sebagai rakyat yang cintakan negara?

Dan apakah kerajaan yang sama terbabit dengan pembersihan etnik menjadi begitu bodoh untuk mengeluarkan belanja pula bagi memberi bantuan kepada kaum India terbabit?

PETALING JAYA July 6 - The government today presented humanitarian aid totalling RM163,000 to 47 victims of the clashes in Kampung Medan here and nearby settlements.

National Unity and Social Development Minister Datuk Siti Zaharah Sulaiman said the money was from the RM260,000 approved by the Cabinet recently to be given to the victims of the clashes that took place in March.

"The Social Welfare Department is trying to trace 37 other victims who are also eligible to receive assistance. The address they gave is not complete," she told reporters at the aid presentation ceremony.

Also present were Works Minister Datuk Seri S.Samy Vellu and Housing and Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting.

The families of four victims who died during the clashes received RM10,000 each while 43 people who sustained injuries were paid between RM2,000 and RM3,000.

In the clashes between two groups of residents, six people died. One of them was an Indonesian and another an Indian national.

Siti Zaharah said the Social Welfare Department with the cooperation of the Human Resources Ministry would try to help one of the victims who had lost his job after the incident.

"We received a complaint from the victim that his employer sacked him when he sustained injuries and could not work for a long period of time," she said.


Memorandum Hindraf turut memuatkan kenyataan berikut:

"Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population."


Sekali lagi ini kenyataan berupa hasutan bukan kebenaran. Jika benar maka kita mahu tahu sejak bila perkara ini berlaku? Bukankah kenyataan umum sedemikian memberi gambaran yang tidak tepat. Jika ia berlangsung sejak 1957, maka sudah berapa ramai kaum India meninggal akibat ditembak polis?

Kita juga perlu bertanya apakah yang ditembak polis ini merupakan kaum India yang tidak melakukan apa-apa kesalahan atau mereka ini terdiri daripada penjenayah? Jika mereka ini penjenayah, apakah polis tidak boleh mengambil tindakan yang perlu termasuk menembak hanya kerana mereka kaum India? Apakah tiada penjenayah Melayu dan Cina yang ditembak oleh Polis?

Memorandum Hindraf turut menyatakan:

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.

In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.


Jika setiap tiga minggu satu kuil Hindu dimusnahkan, pasti hari ini tiada lagi kuil Hindu di Malaysia. Sebaliknya di Selangor sendiri terdapat lebih hampir 1000 kuil yang dibina secara haram atas tanah milik orang lain atau kerajaan.

Apa yang tidak dinyatakan ialah perobohan kuil-kuil yang dibuat merupakan kuil yang dibina secara haram atas tanah persendirian dengan kebenaran mahkamah.

Juga tidak dinyatakan oleh Hindraf ialah pada 29 Oktober 2001,

Kerajaan Selangor menarik balik notis untuk merobohkan mana-mana kuil yang terdapat di negeri ini ekoran persetujuan yang dicapai hasil perbincangan dengan MIC. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, dari perbincangan itu, kerajaan negeri memberi tempoh tiga bulan kepada MIC supaya satu kajian dijalankan terhadap kuil yang sedia ada.

Beliau berkata, MIC akan menjalankan kajian berkenaan dan laporan mengenainya akan diserahkan kepada kerajaan negeri. Hasil perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini, kita bersetuju supaya kajian dijalankan bagi memastikan kuil-kuil yang ada dijaga dengan baik, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perbincangan selama lebih sejam dengan Samy di pejabat Menteri Besar di sini hari ini. Dr. Khir berkata, niat kerajaan negeri adalah baik untuk membela nasib kaum India dengan memastikan kuil-kuil yang dirobohkan didirikan semula.

Sementara itu, Samy yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, kajian mengenai perkara itu akan dijalankan oleh Yayasan Sosial Strategik MIC.Jelasnya, MIC setuju supaya mana-mana kawasan yang terdapat terlalu banyak kuil dan didapati tidak diuruskan dengan baik, disatukan. Tambahnya, MIC juga bersetuju selepas tempoh tiga bulan itu, mana-mana kuil yang didapati tidak sesuai akan dirobohkan. Kita akan sama-sama membantu kerajaan negeri merobohkan mana-mana kuil yang didapati tidak sesuai, katanya.


Hindraf juga menggelapkan kenyataan bahawa perobohan kuil tersebut sudah mendapat persetujuan sami Kuil dan Hindu Sangham Selangor pada awalnya. Kenyataan kronologi perobohan kuil ini juga boleh di baca di sini dan di sini

Selain tidak memaklumkan keadaan sebenar, Hindraf juga menipu dan memalsukan fakta kononnya terdapat ektremis Islam bersenjata terbabit dalam perobohan kuil tersebut. Ini merupakan kenyataan berniat jahat cuba mewujudkan ketegangan agama dan juga cubaan memburukkan orang Islam Malaysia di kalangan negara luar.

Kerja-kerja perobohan kuil merupakan kerja yang dilakukan oleh penguatkuasa dalam ruang lingkup undang-undang.

Lebih kurang ajar, biadap dan tidak bertanggungjawab, Hindraf menjadikan isu perobohan ini sebagai pertentangan antara Islam dan Hindu. Hakikatnya surau di kawasan berkenaan juga dirobohkan. Malahan mana-mana surau yang dibina secara haram atau setinggan turut dirobohkan. Ini termasuk di kampung Berembang dan setinggan-setinggan lain.

Hindraf juga mendakwa:

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.


Mari kita lihat kenyataan ini,

"Seramai 13,284 pelajar yang memohon mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan setaraf (ijazah pertama) gagal mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat berkata, hanya 40,116 calon atau 75.12 peratus daripada 68,110 permohonan yang diterima, ditawarkan tempat ke IPTA bagi sesi akademik 2007/ 2008.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, pelajar bumiputera sebanyak 24,924 orang, Cina 12,245 dan India 2,447 orang.

Tee Keat berkata, mulai sesi akademik 2006/2007, dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/matrikulasi/setaraf (ijazah pertama) berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.



Sistem meritokrasi sendiri sudah dibuat oleh kerajaan sejak tahun 2002 (ketika itu 100% kepada keputusan peperiksaan). Justeru di mana lagi diskrimasi dalam pengambilan pelajar kaum India?

Mengapa pelajar India begitu sedikit? Ini kerana mereka tidak mencapai prestasi yang lebih baik dari pelajar Melayu dan Cina. Mengapa ini berlaku? Ia kembali kepada sistem persekolahan SRJK Tamil. Pemimpin kaum India di bandar begitu memperjuangkan isu SRJKT tetapi anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan atau sekolah swasta. Jika ke SRJKT pun mereka mampu memberi tuisyen kepada anak-anak mereka.

Sebaliknya anak pekerja ladang, anak penoreh getah dan petani kaum India yang ke SRJKT, apabila memasuki sekolah menengah dan menerima pengajaran dalam bahasa Malaysia tidak boleh mengikuti dengan baik. Mereka mengambil masa hampir 3 tahun untuk menguasai bahasa Malaysia ketika berada di Sekolah Menengah. Ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Demikian juga latihan vokasional untuk kaum India turut disediakan melalui MIC. Koleh Tafe milik mengadakan kerjasama penuh dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. MLVK turut menyediakan bantuan berupa pinjaman pendidikan kepada pelajar yang layak tanpa mengira kaum.

Kerajaan negeri Selangor juga membelanja RM 1 juta pada 2006 untuk menaja 152 belia India mengikuti kursus kemahiran dalam pelbagai bidang di INPENS International College, Pulau Indah.

Sudah tentu banyak lagi boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang miskin tanpa mengira kaum. Namun jika mereka yang berpendidikan tinggi dari kaum India mencontohi kaum Melayu dan Cina yang berusaha secara NGO dan individu menaja para pelajar kaum mereka melanjutkan pendidikan atau memberi kelas tuisyen tentulah banyak belia India akan mendapat faedahnya.

Sebaliknya golongan cerdik pandai kaum India seperti Uthayakumar hanya lebih berminat membakar sentimen benci di kalangan belia India daripada membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Bayangkan jika kesungguhan dan kekuatan mereka untuk menentang polis menghadiri perhimpunan haram tempoh hari disalurkan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup? Tentulah banyak yang mereka dapat lakukan.

Jika warga India, bangladesh, Myanmar dan Pakistan yang tidak faham sepatah bahasa Malaysia dan tidak tahu selok belok negara ini boleh berjaya mendapat pekerjaan dan membina kehidupan, mengapa belia India lebih banyak terbabit dengan kegiatan jenayah dan gangsterism?

Apakah ini berpunca daripada usaha-usaha meracuni pemikiran mereka terhadap kerajaan dan polis oleh orang seperti Uthayakumar?

10 comments:

Anonymous said...

instead of attempting to address concerns, this bum trying to justify all the nonsense. giving all kinds of excuses. at least in southern thailand, their Govt try to win the hearts of those with similar problems.

Anonymous said...

Hindraf, go to hell laaaa. Lu punya kaum balik India lagi bagus. Pengkhianat Negara!!!

Uthayakumar, lu manusia tak reti bersyukur. Bersyukurlah, hidup kat Tanah Melayu sampai jadi lawyer. Cukup!! Jgn jadi loyer buruk. Kalu lu tak puas hati, balik India/Sri Lanka laaa. Bodoh!!!

Anonymous said...

come on, malaysia boleh mempunyai sedikit kemajuan bukan kerana 1 kaum sahaja. kenapa singapura boleh lebih berjaya daripada malaysia walaupun tak ade galian and tanah yang besar? our government tak dapat compare! tak ada capability compare jugak

Anonymous said...

Uthayakumar ni memang lidah bercabang.

Anonymous said...

saya memperolehi 9A dalam peperiskaan SPM - 1997- semasa saya menghadiri JPA interview - 3 orang melayu yang interview saya dari JPA beritahu saya - kamu India - bijak- tak perlu biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran - buat STPM selepas itu masuk U tempatan.

tapi rakan melayu saya - yang dapat hanya 1A - itupun dalam subjek BM - dihantar ke US untuk melanjut pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

saya bukan dengki dengan rakan saya - malahan kami masih rakan baik - tapi polisi negara ini memang mengarut.

saya memang berjaya hari ini- saya berterima kasih kepada kerajaan yang mendiskriminasi saya berasaskan kepada kaum saya - kerena selepas temuramah tersebut saya telah bernekad - biar apapun - saya tidak mahu menjadi kaum yang meminta sedekah!!!
Apa meritocrasi ini, sesuaikan ikut masa--pada tahun 70'an, 1 principal boleh masuk universiti.Di fakulti kejuruteraan UM--passing mark untuk Melayu 30. Apa jenis meritokrasi. Fasal pekerjaan di Jabatan Kerajaan--97% dimonopoli oleh Melayu. fasal roboh kuil--kalau tidak berlaku tak akan india mahu marah--cuba roboh 1 masjid apa akan jadi.

Anonymous said...

1. anonymous 2.44pm

- Tarak fahamker orang tulis Merotokrasi bermula tahun 2002. tarak baca atau tak tau baca tamby?

- sapa kata roboh kuil tak berlaku? memang berlaku la kalau dibina secara haram atas tanah orang. Kalau Uthayakumar bina atas tanah dia sendiri sapa mau larang atau roboh. ada akal ka tamby?

Anonymous said...

tidak mahu cakap pasal sejarah lagi ke.
apa pandangan anda tentang Melayu berasal dari Yunan dan juga boleh ditanggap pendatang dan berketurunan Cina?

Anonymous said...

Bukti bergambar ANWAR menyokong hindraf. check this out http://hindraf.wordpress.com

Anonymous said...

To the last 2 anonymous (aka UMNO running dogs) posting :

Lu punya otak bagai lancau ka, ...itu meritokrasi hanya kata-kata bodek mahatir sahaja, macam kata kata bodek lu....!!!

Itu surau dan rumah-rumah setinggan pun ada yg didiri secara haram kenapa tak dirobohkan pula, kenapa pula takutkeran ada sakai amok , gua pun tahu mengamok,tetapi gua insan Allah, tahu bersabar, tahu adat, tapi korang ni semua (umat UMNOputra) isan-isan Setan ....jadi mengamok tu tradisi anak-anak setan la....!!

SiamangBukit said...

Vigilante yang saya hormati dan anonymous 9A yang saya segani,
Pasal Melayu dari Yunan itu semua cerita dongeng aje. Kenapa sampai sekarang tidak ade orang Yunan bercakap Melayu. Kalau gitu orang Tamil Nadu semua pendatang haram kerana mereka pada mulanya berasal dari Utara India. Kenapa bila laksamana Cheng Ho datang dia bawanya cop mohor maharaja China dan di berikan kepada seorang Melayu yg berugama Hindu dan diangkatnya sebagai Sultan di rantau ini.
Pada anonymous 9A, saya minta maaf bagi pihak mereka yang jahil atau overzealous jika perkara yang di sebutkan itu berlaku. Sepatutnya ia tidak harusnya berlaku kerana saya secara peribadi merasakan bahawa sekiranya dia itu miskin tidak patut kita melihat keadaan yang lain dari itu. kerana Kaum India adalah satu kaum yang juga mengalami kepahitan kemiskinan.
Sekiranya ada bukti bahawa masyarakat India tidak di pinngir sebagaimana dikatakan oleh Timbln Ketua Menteri 1 P Pinang, maka orang2 sebegini harus di caj bawah Akta Hasutan