Tuesday, February 17, 2009

Pemimpin terlibat skandal seks patut letak jawatan.


Nasi sudah menjadi bubur.
Rakaman video dan gambar Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dalam keadaan tanpa pakaian telah tersebar luas.


Datuk Seri Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang berkata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor perlu mendesak Elizabeth supaya meletak jawatan.

Ini kerana ini adalah soal moral di mana Pakatan Rakyat juga telah mendesak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan bila terlibat dalam skandal seks.

Malahan Zul Hassan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah telah dipecat kerana mengaku mengadakan seks di dalam laporan rasuah yang dibuat dengan Jabatan Agama Perak.

Elizabeth sebagai seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dalam soal ini kerana masyarakat akan mencemuh dan tidak dapat menerima pemimpin yang mempunyai moral sebegitu.

Datuk Seri Khir mengulas berkemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat saringan peribadi akan setiap calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum yang lepas.

Hakikatnya rakyat mahukan pemimpin yang bebas dari skandal terutamanya skandal seks tanpa mengambil kira samada ianya adalah serangan jahat oleh orang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan diri serta memalukan dirinya.

Siasatan awal polis juga mendapati ianya mungkin dilakukan oleh bekas teman lelaki Elizabeth.

1 comment:

Anonymous said...

Kalo gitu skandal seks bukan saja kena pemimpin PR aje TAPI pemimpin BN pun ada jugak. Umum tau jugak pemimpin BN ada terlibat skandal seks tapi tak letak jawatan pun malah dilantik lagi jadi calon wakil rakyat dan bagi jadi menteri lagi.Contohnya skandal MP Jamaludin Jarjis raba-raba punggong GRO hotel yang kena repot polis, MP Halimah Sadique pompuan simpanan MB Johor si Ghani mata keranjang tu, MP Ismail Sabri Menteri Belia dan Sukan tu dengan Dr. Rozaidah bekas MP Ampang masih dilantik jadi Menteri dan Najib dengan Altantuya dan banyak lagi kenapa tak letak jawatan aah!Cakap banyak pulak kat Eli kesian dia.