Saturday, March 14, 2009

Kalau berani laporkan kepada SPRM!


Memagari kerambil condong, buah jatuh ke ladang orang.


Itulah ibaratnya negeri Selangor, selepas begitu
ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan Barisan Nasional, akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memjelaskan perbelanjaan beliau ke luar negara dalam tempoh September 2001 sehingga Januari 2008 berjumlah RM349,134 adalah setimpal dengan hasil pelaburan baru yang dibawa masuk ke negeri itu.

Ini kerana jelasnya lagi, Selangor berjaya menarik pelaburan baru ke negeri itu sebanyak RM50 bilion atau purata sebanyak RM8 bilion setahun dalam tempoh itu. Perbelanjaan perjalanan beliau ke luar negara adalah untuk tugas menarik pelabur ke dalam negeri Selangor, bukannya suka-suka melancong tetapi untuk kebaikan negeri Selangor.

Dalam pada itu pula, kerajaan negeri kini banyak 'menghalalkan' kelemahan dan kesalahan membabitkan kewangan dan harta anak syarikat.

Beliau juga mempersoalkan dua usul yang akan dibentangkan di dalam DUN pada hari Isnin ini. Pertamanya, adalah melibat penggunaan kereta peribadi untuk urusan rasmi, meminta penyelenggaraannya dibiayai oleh negeri dan yang keduanya adalah penyaluran harta anak syarikat kerajaan negeri iaitu 46 ekor lembu yang disalurkan di luar negeri dari Selangor iaitu di Bandar Tun Razak.

Tindakan-tindakan kerajaan diterajui Pakatan Rakyat (PR) bagaikan
harapkan pagar, pagar makan padi. Hilang sepuh tampak senam.

Dalam pada itu juga, tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir berkenaan pembelian hartanah di Mekah pada 2007 dan penggunaan dana kepunyaan kerajaan negeri untuk membeli Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik hanya dibangkitkan di dalam mesyuarat DUN.

Jika semua tuduhan-tuduhan itu benar, kenapa menyerang beliau di DUN dan tidak melaporkannya terus ke Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM).

1 comment:

Anonymous said...

kat parlimen dan kat dun... sama je sialan beruk pr ni berani bila ada imuniti. si pencacai pas kat dun selangor tu kecut telor bila wak jowo terkam dia kat luar dewan dun.. mengadu plak janggut kena tarik. patut tarik telur dia sampai putus. bedebah punya pr..

arin2772