Tuesday, November 18, 2008

Cadangan sekolah sains, agama dan vokasional pernah dicadangkan oleh BN...

Datuk Seri Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor menyokong penubuhan sekolah agama teknik dan vokasional.

Malahana beliau menerangkan bahawa cadangan tentang sekolah sains, agama dan vokasional pernah dicadangkan tetapi tidak sempat direalisasikan.

Itulah ulasan Dr Khir berkenaan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang cadangan penubuhan sekolah agama teknik dan vokasional berikutan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa dan pelajar terhadap gabungan konsep pengajian agama dan kemahiran di Selangor.

Ekoran kos yang tinggi terutama untuk melatih tenaga pelajar sekolah tersebut cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada pemerintahan Barisan Nasional.

Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk menampung kos pembinaan sepenuhnya oleh itu kalau boleh harus dapatkan dana 50 peratus daripada kerajaan persekutuan dan 50 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan negeri.

Inilah sebenarnya tugas menjadi pembangkang yang baik. Kalau cadangan oleh kerajaan negeri baik dan boleh memberi manfaat kepada rakyat ianya harus disokong dan bukan dibangkang secara membuta-tuli.

Cuma bolehkah ianya dilaksanakan oleh PR sedangkan sewaktu Barisan Nasional memerintah pun banyak faktor dan masalah yang dihadapi untuk merealisasikannya.

No comments: