Friday, November 14, 2008

Kalau tidak terlibat dengan pelacuran kenapa cuba halang penguatkuasa dari menjalankan tugas?

Terdapat kekecohan dari pihak Ronnie Liu bilamana dia telah ditahan oleh polis kira-kira jam 2 petang pada 12 November 2008 di pintu masuk ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sudah menjadi prosedur biasa bagi pihak polis untuk memegang orang yang ditahan tetapi itulah yang menjadi benda yang dikritik oleh Ronnie Liu terhadap polis dimana dia mendakwa polis telah mengasarinya.

Datuk Khalid Abu Bakar membuat kenyataan berikut, "Ronnie ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang mendakwa beliau menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu serbuan mencegah maksiat di Subang tahun lalu."

"Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis di Balai Polis Puchong kira-kira sejam selepas penahanannya," ujar Khalid.

Laporan akhbar pada 3 November 2007 memaparkan bagaimana polis menahan Ronnie, yang ketika itu merupakan ahli jawatankuasa pusat DAP atas dakwaan mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya.

Seramai 22 pelacur warga asing termasuk 12 lelaki dipercayai pelanggan telah ditahan polis dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 6.30 petang itu.

Nampaknya Ronnie itu orang yang tidak bermoral kerana dihubungi oleh mereka(mungkin pelanggan pelacur) yang meminta bantuannya. Bagaimana pula mereka itu boleh mengetahui nombor telefon Ronnie sehingga dapat menghubunginya untuk meminta bantuan? Adakah sebenarnya kerana Ronnie adalah dalang kepada kegiatan tak bermoral itu?

Dalam pada itu pula, pada 13 November 2008, iaitu sehari selepas ditahan selama setengah jam di Balai Polis Puchong Jaya, Ronnie Liu atau Liu Tian Khiew Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor telah memfailkan notis usul untuk mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Ia juga bagi mendapatkan perintah bahawa cara waran tangkap diserahkan adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat begitu pandai menggunakan undang-undang untuk melepaskan diri-sendiri walaupun selepas ditangkap kerana cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Orang yang tidak bermoral macam Ronnie Liu seharusnya meletakkan jawatan atau dipecat sahaja dari menjadi Exco Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

jenis oang seperti ini patut diberi pengajaran yang setimpal dengan perbuatannya yang cuba melindungi kerja tak bermoral. Saya yakin dia adalah orang dibelakang tabir disebalik aktiviti tak bermoral itu dan sepatutnya kerajaan pakatan rakyat selangor memastikan orang tak bermoral seperti ini disingkirkan dari menjadi exco negeri