Saturday, November 1, 2008

Ada tangan ghaibkah di sebalik perlantikan Low Siew Moi?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim yang begitu teruja melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dikecam oleh pelbagai pihak.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman memberi kenyataan " Keputusan ini secara tidak langsung bercanggah serta tersasar daripada matlamat utama penubuhan dan dasar PKNS sendiri dan sekali gus merupakan kali pertama dalam sejarah penubuhan PKNS, seorang bukan Bumiputera dilantik menyandang jawatan tersebut."

Mungkin ini adalah salah satu agenda tersembunyi DAP untuk mengambilalih PKNS daripada orang Melayu dan perlantikan Low Siew Moi ini adalah satu permulaan.

Pakatan Rakyat juga menfitnah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dengan tuduhan menerima hadiah RM100,000 daripada PKNS sebagai bonus daripada PKNS kerana memperolehi keuntungan.

Dalam pada itu juga, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir menerangkan bahawa RM100,000 itu adalah elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu dan bukannya seperti dakwaan Ronnie Liu yang mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Ronnie juga menambahkan fitnahnya dengan menyarankan Dr Khir agar memulangkan wang tersebut.

Jika betul kerajaan negeri akan menyiasat tentang hadiah RM100,000 itu, jika ada bukti apa kata lapor juga kepada BPR?

1 comment:

ababina328 said...

Entahlah, kekadang aku fikir elok juga sekali sekala dilantik org bukan melayu menajui PKN tak kira di negeri mana pun.Yang paling penting rekod kebolehan dan kejujuran nya .

Bukan apa, dari pengelaman akulah, sebagai org melayu yg tak ada kroni ni....memang payah ber urusan dng org melayu sendiri.... banyak kerenah nya, kekadang lebih baik berurusan dng org dari bangsa lain....

Begitulah nasib ketuanan melayu yg sangat diperjuangkan oleh UMNO.

Memanglah dahulunya ketuanan melayu
adalah utk membela org melayu...samalah seperti didlm kempen pemilihan UMNO, dahulu mana ada rasuah-rasuah mcm skrg ni....kekadang sudah dilantik pun masih menolak...."saya tak layak utk memegang jawatan yg mulia ini... berilah kpd si anu dia yg lebih layak dari saya."

Sekarang ada kita jumpa lagi dialog
mcm tu ?.... tak de dah....

Begitu jugalah apabila PM Abdullah Badawi nak buat perubahan kpd sistem kehakiman, kepada BPR,agar lebih telus, lebih bersih, lebih berwibawa....siapa yg menentang nya?....pemimpin UMNO juga....

Apalah agaknya yg nak ditinggal kan
oleh pemimpin mcm ni, untuk generasi akan dtg...

Apakah dia sangka UMNO akan berkuasa selama-lama nya, tidak terfikirkah apabila UMNO sudah tidak berkuasa lagi nanti, manfaat itu (perubahan yg dibuat oleh pak lah ) akan juga dia nikmati.

Yalah, munkin kalau susah-susah nanti, puak ni lari keluar negeri
...mereka dah duit banyak !!!!!
apa nak pelik..... kepada org bawahan UMNO berfikirlah.

UMNO sekarang bukan mcm umno dulu lagi dah....dulu UMNO pembela rakyat... skrg UMNO pembela org koperat...