Thursday, November 5, 2009

Menteri Besar Cap Ayam?

Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Pengarah Jabatan Agma Islam Selangor menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan isu penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya beliau.

Akan tercatlah dalam sejarah bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar yang sentiasa melarikan diri dari tanggungjawab.

Bukankah sebagai Ketua Pentadbiran Negeri dan yang menjadi penghubung antara rakyat dan pentadbiran dengan Tuanku maka Khalid sendiri perlu menghadap tuanku menjelaskan isu tersebut. Sebagai menteri Besar beliau perlu membuat keputusan atau sekurang-sekurangnya memberi penjelasan mengenai isu terbabit bukannya menolak kepada Pengarah JAIS dan Tuanku.

Baik atau buruk tanggungjawab mesti dipikul oleh Menteri Besar bukannya asyik menunding jari kepada orang lain.

Kita lihat banyak keputusan kerajaan negeri dibuat secara semberono dan MB enggan mengambil tanggungjawab membetulkannya.

Malahan banyak pengumuman keputusan Mesyuarat EXCO akan dibuat oleh pelbagai EXCO menunjukkan sikap lepas tangan Khalid.

Selepas hampir dua tahun memerintah Khalid masih menyalahkan pentadbiran lama ke atas sebarang masalah beliau sekarang. Malangnya tiada langkah pro aktif menyelesaikannya.

Sebagai Menteri Besar Khalid perlu menjadi pemimpin bukannya fasilitator atau pengagih tugas. Kalau tidak mahu meniru sikap bertanggungjawab Menteri Besar sebelum ini yang dari parti lawannya, ambillah iktibar daripada Ustaz azizan Razak yang sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap sebarang isu pentadbiran di Kedah.

Jangan nanti ada orang akan kata Menteri Besar Selangor sekarang macam MB Cap Ayam saja.

1 comment:

Anonymous said...

Menteri besar pemalas, lembab dan tak ada kerja. semua orang lain buat... dia kutip komisyen saja.