Wednesday, June 24, 2009

Apakah tindakan kerajaan PR terhadap isu kemelut Setinggan Bukit Botak(SBB)?


Nampaknya mereka hanya selesa dengan bergoyang kaki tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan isu di SBB itu walaupun sudah setahun tiga bulan kerajaan PR menerajui negeri Selangor.

Kini isu SBB yang sudah lama tertangguh kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Shukor Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang berkata pihaknya tidak boleh memberikan ulasan panjang lebar tentang isu itu kerana menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut itu.

Sebelum itu juga dia menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu menyelesaikan masalah SBB itu jika pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN.

“Kita berharap penyelesaian isu ini disegerakan untuk kepentingan rakyat seperti dilaungkan oleh mereka. Lagipun penyelesaian secepat mungkin perlu atas dasar kemanusiaan berikutan isu sudah tertangguh lebih 20 tahun.

“Cuma kita harap isu ini tidak dipolitikkan dan tidak ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh,” kata Abdul Shukor kepada Sinar Harian dalam satu majlis di sini.

No comments: