Monday, June 22, 2009

Apa hak Kerajaan Negeri untuk merampas Dewan Orang Ramai?


Kerajaan negeri Selangor telah bertindak kejam dan tidak adil dengan mengambil alih
dewan-dewan orang ramai dan juga premis yang sebelum ini telah dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan di Selangor.

Ini amat bertentangan dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor sebelum ini, iaitu Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang telah memberi kebebasan kepada banyak NGO di Selangor untuk menggunakan premis dan dewan orang ramai milik PBT, itupun tanpa sebarang bayaran untuk melicinkan urusan kebajikan mereka itu.

Datuk Ong Tee Keat, selaku Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mahu mengambil semula dewan di sekitar Ampang dan Pandan yang telah diusahakan oleh NGO tidak wajar sama sekali.

Ini kerana ianya telah diuruskan oleh sukarelawan dan pertubuhan NGO berdaftar.

Mereka juga tidak menggunakan sebarang peruntukan dan dana dari pihka kerajaan malah mereka mengeluarkan modal sendiri untuk membaik pulih, menjaga dan menjadikan dewan sebagai tempat aktiviti komuniti.

"Tindakan kerajaan negeri ini membangkitkan kemarahan rakyat yang bertungkus-lumus mengusahakan dan membina dewan yang ada sekitar Ampang ini termasuklah balai pusat khidmat ini."

"Pihak MPAJ sebelum ini tidak pernah ambil tahu mengenai apa yang kami semua usahakan dalam komuniti dan keputusan tersebut tidak adil untuk rakyat yang telah menyumbang tenaga membangunkan dewan serta premis NGO," katanya pada sidang akhbar di pusat khidmat itu.

No comments: