Tuesday, April 15, 2008

Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Babi

ADUN Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terbabit dengan sebarang syarikat yang membawa cadangan pemodenan penternakan babi di dalam DUN Tanjung Sepat kepada kerajaan negeri sejak dua tahun lalu.

"Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi ini. Semasa BN dulu, ini semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan."


Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini. Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.

Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahama luar.

"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam."

Menurut Dr. Karim, orang yang paling sesuai menerangkan isu ini ialah Datuk Tang See Hang kerana beliau merupakan EXCO yang menguruskan semua cadangan yang dikemukakan untuk pemodenan penternakan babi di Selangor.

"Memang saya dan pemimpin tempatan termasuk Ketua Kampung Ladang Tumbuk di bawa melawat ladang penternakan babi di Jerman. Bukan itu sahaja, kami juga pernah ke thailand untuk meninjau satu lagi kaedah penternakan babi yang moden. Tujuannya ialah memudahkan penerangan kepada orang ramai jika mana-mana kaedah diguna pakai oleh kerajaan negeri bagi menyusun semula penternakan babi ini.

Dalam wawancara yang sama, Dr. Karim turut menyatakan bahawa beliau memang menyokong pelaksanaan ladang babi moden bagi memenuhi keperluan domsetik dengan syarat ladang-ladang babi sedia ada ditutup terus.

"Sebab itu kita telah adakan kajian dan rundingan dengan penternakan babi sejak tiga tahun lalu."

Menurut beliau, ini merupakan usahanya sejak mengambil alih tanggungjawab sebagai ADUN Tanjong Sepat sejak 2004. Selain khuatir masalah penyakit, penternakan babi di kawasan tersebut juga turut mencemari sungai dan laut secara teruk. Selain itu, penduduk juga terpaksa menghidu bau yang amat busuk pada waktu pagi dan petang.

Bagaimanapun, beliau dan penduduk membantah kerana pengumuman kerajaan kerajaan negeri untuk terus melaksanakan projek tersebut berdekatan kampung orang Melayu tanpa mengambil kira pandangan penduduk terbabit dan kajian kesan alam sekitar terlebih dahulu.

Selain itu cara pengumuman oleh EXCO Kanan Selangor, YB Teressa Kok juga amat mengguris hati penduduk yang berhampiran kawasan yang dicadangkan.

"Kerajaan sepatutnya berjumpa dengan penduduk dan berbincang dahulu. Bukannya terus membuat pengumuman tersebut seolah-olah satu berita gembira dan untuk dimegahkan oleh penduduk terbabit."

mykmu.net

3 comments:

Putra IJ80 said...

Sudah terang bersuluh pula,apa yg kjn s'gor hari ini lakukan hanya melaksanakan apa yg telah dirancang dan diluluskan olih kjn BN sebelumnya.
Keutamaan diberikan kerana masaalah(pencemaran)sudah di peringkat serious.
Habis tu mengapa na bising bising malah menafikan penglibatan.
Jadilah manusia yg bermaruah.

Anonymous said...

apa pula terang lagi bersuluh. rancang belum tentu projek dijalankan. Kajian alam sekitar dah buat belum bro? Apasal khalid tak mau buat?

Anonymous said...

apalak aku rasa, si dr. karim Mansor tu pergi tengok ladang "lembu".