Monday, April 14, 2008

Jenaka Saifuddin Nasution

Jika benar laporan laman web Tranungkite (ditulis jika benar kerana laman ini selalu sangat menipu) :

"Khir Toyo (kerajaan Selangor dahulu) telah meminjam RM100 juta untuk diberikan kepada unisel tapi unisel hanya dapat RM15 juta. Khir Toyo perlu jawab! Beberapa minggu selepas pilihanraya umum lalu, PAS dan PKR kawasan Machang, Kelantan telah mengadakan majlis kesyukuran dan ceramah atas kemenangan PAS/PKR. Penceramah pada majlis tersebut antaranya ialah YB Saifuddin Nasution, ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Dalam ceramah tersebut, YB Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta dengan Affin Bank. Alasannya ialah untuk diberikan kepada Universiti Perindustrian Selangor iaitu universiti milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi malangnya Khir Toyo menyerahkan hanya RM15 juta sahaja kepada Universiti Industri Selangor. Persolannya, ke manakah perginya RM85 juta lagi? Hanya Khir Toyo sahaja yang tahu.


Penyokong Pas bolehlah ko temberang Saifuddin. Kalau dah kerajaan negeri pinjam ada dalam akaun kerajaan negerilah. Apasal tanya khir toyo pula? Suruh saja Khalid Ibrahim periksa akauan.

Bagi tau Khalid Ibrahim, akaun kerajaan bukan macam Guthrie yang boleh beliau manipulasi dulu.

Diubahsuai dari artikel Selangordaily.com

1 comment:

Anonymous said...

MCA dedahkan Melayu, Umno terlibat dibelakang projek babi Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Isnin, 14 April 2008

SYARIKAT bumiputera terlibat dalam projek penternakan babi yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata MCA.

Mendedahkan perkara itu kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN bagi kerusi Tajung Sepat bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.