Friday, September 4, 2009

Jangan Terpedaya Dengan Air Mata Buaya Khalid Samad


Tertekan dengan kemarahan penduduk Islam Seksyen 23, Khalid Samad mengeluarkan satu surat terbuka yang diedarkan sebelum jumaat tadi. Beliau antara lain cuba mempertahankan tindakan beliau mencadangkan tapak kuil di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk Islam.

Beliau memetik ayat 8 surah al-Maidah yang berbunyi "bertindak adil! Ianya lebih rapat kepada ketaqwaan. Dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil..."

Aneh sungguh mengapa Khalid Samad hanya memetik sebahagian kecil ayat 8 surah al-Maidah. Mari kita baca keseluruhan ayat 8 dan juga 9 serta 10 yang berangkai dalam surah al-Maidah.

[Ayat : 8]
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

[Ayat : 9]
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[Ayat : 10]
Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.

Mengapa Khalid Samad menyembunyikan ayat-ayat ini kuranglah kita ketahui.

Namun bolehkah umat Islam di Shah Alam percaya kepada Khalid Samad? Sebaik menang pilihan raya lalu beliau menunjukkan belang dengan berucap di dalam Gereka menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menukar perkataan Tuhan/God kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Keadilan Dalam Neraca Apa?

Khalid Samad bercakap soal keadilan untuk penganut agama Hindu di negara ini. Apakah selama ini mereka tidak di layan dengan adil? Apakah tersergam indah kuil Batu Caves bukan bukti toleransi dan keadilan umat Islam negara ini? Apakah kewujudan bagai mahligai kuil-kuil Hindu di Sungai Way, Kinrara, Puchong, Klang, Shah Alam bukan bukti keadilan pemerintahan Islam di Selangor? Apakah pemberian cuti Thaipusam dan Deepavali di Selangor bukan bukti keadilan?

Kita ingin bertanya keadilan untuk siapa apabila Khalid Samad, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail meluluskan pembinaan kuil di Seksyen 23 berhampiran penempatan majoriti penganut agama Islam tanpa mendapat pandangan mereka dahulu?

Keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukannya memberi apa sahaja permintaan penyokong atau pengundi kita sehingga menindas orang lain.

Adilkah apabila mereka yang membeli rumah di kawasan tersebut tidak dipanggil untuk pendengaran awam sedangkan semasa membeli rumah tiada kuil di dalam pelan pembangunan?

Keadilan untuk siapa? untuk rakyat atau untuk kepentingan politik Khalid Samad?

Benarkah Kuil Hindu Perlu Berdekatan Rumah?

Hujah Khalid "Mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kediaman mereka? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."

Wah mendengar hujahan ini tentulah kita berasa syahdu dan ada kebenarannya jika kita tidak memahami konsep kuil Hindu. Jika Khalid tidak faham biarlah kita fahamkannya.

Jauh tersebut untuk siapa dan dari mana? Apakah penganut Hindu seksyen 19 lebih dekat dengan seksyen 23 berbanding seksyen 22 dan 18? Yang mahu dipindahkan ialah kuil di Seksyen 19 jadi alasan jauh atas dua tapak cadangan kerajaan sebelum ini berbanding seksyen 23 tentulah boleh dipertikaikan rasionalnya.

Konsep kononnya tapak lama jauh dari penempatan orang tidak sesuai juga sangat melucukan.

Boleh Khalid beritahu apa logiknya kuil hindu di sebelah Midvalley yang tiada satu pun penempatan penduduk di bina begitu besar? Malahan ketika mahu membina Midvalley, penganut Hindu bertegas mahukan kuil di bina di situ berdasarkan terdapat tempat sembahyang kecil mereka di dalam hutan tersebut.

Boleh Khalid jelaskan apakah logik kenyataan beliau itu jika terdapat dua buah kuil Hindu yang besar dan luas di jalan Puchong-Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Elit yang tiada satu pun penempatan penduduk?

Bagaimana pula Kuil Hindu berhampiran Angkasapuri yang asalnya sebuah kuil haram mahu terus kekal di situ apablia kerajaan mahu membina New Pantai Expressway walaupun tiada sebuah pun penempatan penduduk di situ?

Jadi rasional Khalid bahawa Kuil Hindu perlu dibina berhampiran penempatan penduduk adalah hujahan retorik semata-mata kepada orang Islam yang tidak memahami isu.

Khalid perlu menjawab mengapa semasa kerajaan Barisan nasional dahulu beberapa pemilik kuil termasuk pemilik di Seksyen 19 telah bersetuju berpindah ke Seksyen 22 dan Seksyen 18, namun apabila bertukar kerajaan ia menjadi sebaliknya?

Bukankah ini kerana Pakatan sendiri telah membuat janji pilihan raya secara sulit dengan pemilik kuil Seksyen 19 dan beberapa kuil lain untuk memberi kuasa mereka sendiri memilih di mana mahu meindahkan kuil tersebut?

Agama Jadi Bahan Jualan Politik

Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

Adakah Tippu Sultan membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di kawasan tersebut sendiri. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 23.

Usahlah berselindung disebalik nama agama Islam untuk mempertahankan tindakan politik membina kuil Hindu di Seksyen 23 ini. Jika benar ini satu bentuk keadilan kita mahu tahu mengapa Pas Shah Alam juga suatu ketika dahulu membantah pembinaan Gereja di Shah Alam?

Kita mahu tahu mengapa suatu ketika dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam diutarakan oleh Pas Shah Alam.

Hari ini kerana undi maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau bantah dan tentang dulu untuk berucap dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia.

Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat.

Hari ini yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai jadi janganlah Khalid cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat.

23 comments:

dinotai said...

bangan sial blog nie...pe beza seksyen 19,22&23...semua majoriti melayu...mungkin ko lebih suke kuil toi2 kat depan umah ko kan...kekekeke

Anonymous said...

Artikel yang berunsur 'racism'...

Anonymous said...

Bro,

Sebagai pihak berkecuali, aku rasa hujah-hujah Khalid samad lagi solid. Hujah-hujah hangpa tidak dapat destroy konsep:Islam tidak zalim, Islam larang perbuatan menghina ugama orang lain seperti geng UMNO jumaat lepas, prinsip keadilan dll.

Hujah-hujah hangpa lintang pukang seolah-olah menegakkan benang basah. Pendedahan siapa watak-watak utama dengan aksi-aksi memijak kepala lembu jumaat lepas dari dari parti mana tentunya benar-benar mencabar kewibawaan dan maruah hangpa.

yang paling ketara dari tulisan hangpa, satu ayat Al-Quraan pun hangpa tak bagi bagi bagi menyanggah ayat-ayat yang Khalid samad letak dalam surat dia.

Apa plak suruh khalid bagi ayat QUraan yang hang nak. Hangpa la keluarkan, bukan khalid samad.

Sebagai rakyat yang tidak berpihak kemana-mana, aku dapat menilai pendirian mereka dan hangpa. Aku tau kemana undi aku akan aku beri dalam PRU 13.


ice

p/s: setakat ini, kebanyakan kawan-kawan aku satu pendirian. Kami bukan bodoh. Kami ada akal dan boleh menilai dgn baik apabila melihat sesuatu yang berlaku

DEf said...

Tippu Sultan konon.

Khalid = Sultan Tipu

Anonymous said...

Mana dalil dr al-Quran dan Hadis kata tak boleh buat rumah ibadat non muslim dikawasan muslim?

Anonymous said...

[Ayat : 9]
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[Ayat : 10]
Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.




apakah dengan pembinaan kuil iman kamu akan menjadi nipis sepipis nipisnye,,,orang kafir memang lah ahli neraka..jadi apa salahnya kalau umat islam menolong membawanye ke syurga dengan memeluk agama islam yakni agama yg benar disisi Allah s.w.t,,,dan ingatlah fitnah menfitnah adalah tanda-tanda kecil hari kiamat...wallahualam

sehar said...

gud!

pisau said...

salam perjuangan,

artikel tuan akan disiarkan di blog pisau.net.

Belia BenciUMNO said...

aku lansung tak terpedaya dengan yg khalid tapi aku sendiri dapat nilaikan sejauh mana perjuangan seorang islam dan sejauh mana perjuangan seorang yang racist.

apa erti 1Malaysia selagi kamu meletakkan sifat racist dalam jiwa.
Islam tak mengajar kita utk bersikap berat sebelah terhadap kaum lain.

Kamu sudah merosakkan nama baik Islam dgn mengutamakan sikap perkauman kamu.

jjjjj said...

Anonymous..kalo ko ta racism ko cadangkan dpn rumah ko wat kuil la...time tu baru a ko happy kot.

Anonymous said...

anon yang mengatakan pihak bekecuali....blah lah ko...berkecuali konon...padahal lu lah pencacai totok khalid ni...dari ulasan ko boleh tau lah ..takyah nak tipu...ok kita tunggu PRU 13 siapa yang lingkup....PIIIIIIIRAHHHH

Anonymous said...

Menurut penduduk kat Shah Alam , kuil hindu penuh dengan masalah . hanya gansterime dan bermian gendang sampai tengah malam . Botol arak bersepah . Yang lebih teruk pun tak ramai pun penganut yg bersembahyang kat sana . Kalau ada pun gangsterisme yg mengganggu penduduk bila ditegur apabila mereka mabuk dan membuat bising .

Anonymous said...

bagus artikal ni memanglah 3 ekor beruk iaitu 2 ekor jantan (Khalid samad dan khalid berahim) dan seekor betina Rodziah )- jika mereke bertiga ni MAMPUS elok disembahyangkan di kuih tersebut....TAKE BEER... Tiger beer,carlsberg dlll

hanaladyengineer said...

hujah yg paling bodoh dan dangkal yang pernah saya baca...kesian kesian..kesian...

hanaladyengineer said...

hujah yg paling bodoh yg pernah saya baca...

Anonymous said...

KAHKAHKAHKAH.....

Anonymous said...

UMAT PAS DAH LALOK DEK ARAK DAN MAKAN BENDA HARAM,,ULAMA PAS DAH MAKAN DUIT HARAM HAK RAKYAT JELATA UNTUK BERBINI MUDA. DALAM MASA YANG SINGKAT DAH DAPAT HARTA BERJUTA JUTA JUTA, DAPAT DARI PUNCA MANA. DUIT DARI SURGA KE?
SIAPA UMAT PAS KALAU TAK MAKAN RASUAH.

sasha2020 said...

Seperti apa yg dikatakan oleh Nobisha dlm Blog nya...

.....Apabila penduduk seksyen 23 memprotes kepada Khalid, ia harus dilihat sebagai protes kepada Menteri Besar Selangor, bukannya protes kepada parti politik yang diwakilinya atau peribadi Khalid. Mereka membantah Khalid Samad bukan atas batang tubuh atau parti politiknya, tetapi atas sifatnya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam. Susah sangatkah hendaklah melihat isu ini dari perspektif itu?


Islam tak zalim. Kita orang Islam tak membantah kalau nak bina kuil. Kita orang Islam bukan racis. Orang Islam mahu hidup aman damai dgn kaum lain. Kami tak hina agama lain.

--> Yang kami mahu ialah , berbincang sebelum meluluskan sesuatu perkara yg melibatkan sensitiviti orang islam. Nak bina kuil boleh. Tapi biarlah ditempat yg sesuai dan saiz yg berpatutan. Itu sahaja. Kita tak nak, nanti kat kampung baru KL, ada pulak orang nak bina gereja besar kat sana. Logik dan sesuai ke???

Sebenarnya , tak akan ada masalah yg timbul, sekiranya kerajaa Selangor bijaksana dan tidak bermain politik.

anti barua tegar said...

Ini masalah penduduk bukan masalah parti politik.Yang menjadi masalah apabila dipolitikkan.

Kepada pengkomen yang bukan rakyat Selangor amnya dan Shah Alam khasnya baik dok diam2lah kalau tak tahu hujung pangkal cerita.Buatlah research sikit kronologi macamana isu ini boleh timbul.Takkan semua nak bersuap.

Kuil hindu tak perlu pun dibuat di kawasan perumahan,kerana sifat kehinduan yg begitu.Jadi tapak asal yg disediakan di sek 22 sudah cukup sesuai kerana jauh dr mana2 kawasan perumahan.

Kuil haram sek 19 yg hendak dipindahkan memang sudah terkenal kerana berjaya 'menyakiti' penduduk Islam sejak hampir 20 tahun lamanya.Cubalah korek2 cerita sikit dr penduduk setempat,jangan bagi komen macam pandai tapi tak tahu apa2.

Ini bukan masalah umat Islam tak tahu bertoleransi,malah sudah mencapai tahap dayus tegar kalau dibiarkan kelaku puak2 kufar ini tanpa disanggah.Barua2 tak apalah kot,memang dah rasmi barua begitu.

anti barua tegar said...

Pembetulan:

Dalam komen aku sebelum ini rasanya aku tulis sek 22,sebenarnya sek 18.Sorry my mistake

Oh ya aku bukan umno,tapi bekas pengundi pas(parlimen ttwangsa) yang bosan yg amat dengan kelembikan pas yang cakap tak serupa bikin,malah menjadi keldai tunggangan dap dan anwar.

bye bye pas

-pemastautin Selangor

MohdAimel said...

Walau apa pun yang bakal berlaku, aku secara peribadinya takkan percaya dengan pakatan rakyat dan kerajaan yang sanggup nak pindahkan kuil ke kawasan penduduk majoriti Islam....

Ini bukan India, ini Malaysia....

Anonymous said...

Saya pun bekas pengudi pembangkang pada PRU 12 lalu dan berazam dengan sepenuh hati untuk tidak lagi mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Pakatan Rakyat terutama PAS nampaknya sangat lemah dan sentiasa diarahkan oleh DAP... amat mengecewakan undi yang telah saya berikan pada PRU12 lalu kepada PAS.

Ipoh Marley said...

BILA MASA PLAK ARTIKEL NI RASIS..KLU BACA DGN MEMAKAI OTAK YANG SEMPIT MUNGKIN LA KUT..LEBIH TEPAT JUMUD dan BODOH