Wednesday, August 5, 2009

Beranikah Pas Mufarakah Dari "Imam Besar" Selangor?

Tindakan Pas Selangor meminta Ronnie Liu dipecat dari jawatan EXCO hanyalah sandiwara politik Pas menjelang pilihan raya Permatang pasir, Pulau Pinang. Pas akan menghadapi pilihan raya yang 70% pengundinya merupakan orang melayu.

Justeru mahu tidak mahu Pas perlu mencipta isu agar nampak seolah-olah Pas tidak menjadi budak belasahan DAP. Ini kerana orang melayu telah memberi isyarat jelas kepada Pas di Manik Urai apabila calon Pas hanya menang tipis di kubu kuat mereka.

Post morterm yang diadakan menunjukkan ramai ahli Pas sendiri mengundi BN kerana tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk DAP dalam Pakatan.

Jika benar Pas mahu mempertahankan orang Melayu dan Islam di Selangor mereka perlu meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Ini kerana Khalid Ibrahimlah punca Ronnie Liu dan Teressa Kok bermaharajalela di Selangor. Mana mungkin ada EXCO menjadi lebih besar dari Menteri Besar kecuali dengan izin MB sendiri.

Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan di Selangor, Khalid tidak berani membantah cakap Ronnie Liu, Teresa Kok dan Teng Chang kim. Ini kerana secara jelas kerajaan Pakatan di Selangor dan Khalid Ibrahim akan tumbang jika wakil rakyat bukan Melayu dalam DAP dan PKR tidak menyokong.

Khalid Ibrahim sedar tanpa sokongan wakil rakyat bukan Melayu beliau akan hilang jawatan MB, mungkin diganti oleh Azmin Ali atau Yaakop Safari.

Mahu tidak mahu Khalid terpaksa menjadi lembu dicucuk hidung oleh DAP bagi mengekalkan jawatannya.

Pas juga menyedari keadaan ini. Mereka juga tidak mahu kehilangan kuasa. Lebih banyak masalah yang ditimbulkan oleh Ronnie Liu dengan kumpulan underworldnya tetapi tidakdipedulikan oleh Pas.

Pas bukan mahu menjatuhkan Ronnie Liu atau DAP kerana itu juga punca kuasa mereka di Selangor. Mereka hanya mahu berpolitik di Selangor untuk Permatang Pasir sahaja.

Jika dakwaan ini tidak benar Pas perlu buktikan. Beranikah Pas melakukan mufarakah dari Pakatan yang berimamkan ketua kongsi gelap bernama Ronnie Liu?

14 comments:

Anonymous said...

jangan percayalah sandiwara Pas-DAP ni. dah biasa makan duit haram mana mau hilang kuasa.

Private Santiago said...

Hassan Ali hanya berani melalak seketika. pabila kelak dipanggil oleh Anwar Ibrahim, bapa segala pendeta Pakatan Rakyat maka tunduklah ia seperti sejenis binatang yang memakan kotoran.

Anwar Ibrahim hanya akan mengungkit segala bantuan dan kesenangan yang beliau beri kepada Hasan Ali semasa Anwar menjadi menteri dan Timbalan Menteri dan Hassan pula menjadi penceramah motivasi.

layari blog saya anwarisme.blogspot.com

komeng said...

Beranikah Pas mufarakah dari Pakatan?

Khalid Samad pun sokong kristian ganti nama tuhan dengan allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Lagi nak cakap soal arak dan beer? jangan buat malu orang Islamlah.

Dulu bantah gereja kritian di Shah Alam, hari ini khalid samad berucap didalamnya sokong kristian guna nama allah dan edar risalah kristian dalam bahasa melayu.

Islanm kepala bapak pas.

Anonymous said...

sandiwara, sandiwara. bila dah takde issue, dan mula merasakan populariti Pakatan Rakus mula menurun, inilah sahaja jalan terbaik. saya masih ingat lagi, dulu semasa hassan ali seorang motivator pernah menyebut "apabila berhadapan musuh, kita mesi pandai berlakon, kalau tidak kita yang susah" ini menunjukkan......

Anonymous said...

kepala bapak punya hassan ali. orang melayu dan islam mesti bangun lawan habis habisan PR pundek dalam pru 13.

MohdAimel said...

Pas ni suka berlakon, suka berdemonstrasi haram, suka bermusuh sesama Islam dan pelbagai lagi perangai negatif yang ditunjukkan oleh pemimpin dan pengikutnya.

Jadi kalau kerusi di menangi oleh Pas pun kurang dari DAP, mungkin Pas hanya akan diperlembukan oleh DAP...

Hehehehe

Anonymous said...

Dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

TebuHitam said...

Rakyat jangan tunggu PRU13 untuk tumbangkan PR.Dari sekaranglah kita semua tunjukan yg kita menentang PR.Ayuh semua bangsa!!! kita bersatu dan tumbangkan PR.
Bila tiba masanya PRU13 kita ajar mereka.Kita tumbangkan mereka yang menipu rakyat.

TebuHitam said...

Rakyat jangan tunggu PRU13 untuk tumbangkan PR.Dari sekaranglah kita semua tunjukan yg kita menentang PR.Ayuh semua bangsa!!! kita bersatu dan tumbangkan PR.
Bila tiba masanya PRU13 kita ajar mereka.Kita tumbangkan mereka yang menipu rakyat.

UMNgOK said...

aku hairan la. semua blog kelolaan umno ni penakut nak accept semua komen yang diketengahkan.sekarang kalau anak jantan, keluarkan artikel aku ni.

"inilah masalahnya kalau orang \umno yang ilmu cetek nak cakap soal politik.

sekarang aku nak tanya, siapa yang asingkan peranan agama Islam dalam politik dan pentadbiran..

hello komeng....hasil usaha siapa bangunkan anchor beer dan sekutu sekafat nya di bumi selangor tu kalau tak BN n UMNGOK dulu...siapa yang bagi lesen..ni yang nak aku kata bangang tak bangang la UMNO ni kalau bercakap

siapa pula yang luluskan undang-undang hanya arak yang diharamkan, tapi klausa 'beer' tak disenaraikan, jadi sekarang ni nak salahkan Pakatan Rakyat jugak..come on la..jangan jadi lembu...

kalau ko ilmu tak banyak, jangan cakap soal hukum hakam agama lebih daripada seorang alim ulama'. itulah masalah ME'LAYU' MALAS'IYA' ini khususnya UMNO..tau cakap tapi bila minta fakta mengarut tak tentu hala.

ni last aku nak cakap
KORANG RASA LA, KORANG SOKONG BAGAI NAK MAMPUS UMNO NI, KORANG RASA APA LEBIHNYA KORANG DIGELARKAN MELAYU BUMIPUTERA? APA FAEDAH YANG KO DAPAT? ADA DAPAT DISKAUN BELI MOTOR KALAU KO ORANG MELAYU?ADA KO DAPAT REBET TELEFON KALAU KO TELEFON MAKBAPAK KORANG DI KAMPUNG KALAU KO MELAYU? ADA KO DAPAT DUIT KALAU KO SOLAT DI MASJID?

kalau ada bagitau aku..ko la melayu bumiputera yang paling bertuah...sebab TAK PERNAH AKU NAMPAK BUMIPUTERA INI HIDUP DEPAN2 MATA UNTUK SEMUA.

jadi....untuk author...jadi kecut la bro. be gentleman...

selangorian said...

Soalnya mengapa pas menafikan perjuangan mereka sendiri tunduk kepada Ronnie Liu.

Mengapa status UMNO yang dipersoalkan pula sedangkan Pas yang memerintah kerajaan negeri sekarang ini?

Undang-undang juga telah ada... mengapa Pas tidak berani menguatkuasakan? Bukankah pas pejuang islam tersohor? atau telah menjadi penjual Islam tersohor?

Anonymous said...

ape mau gaduh..PR sdh ade kuasa skrg nape x runtuhkan aje bangunan anchor beer 2...kalau umno buat silap dengan mbenarkan pembinaanya..sudah masa utk PR mbetulkan ksilapan 2 dgn meruntuhkanya..btul x...tapi smpai skrg duk tegak lg...heran gak...kuikuikui..lg 1 byk faedahnya di gelarkan melayu bumiputera...klau nak ckp 1 per1 blh jd karangan...klu x de status melayu bumiputera da lama melayu ditindas hidup2..sdgkan skrg da nmpk sedikit demi sdkit melayu ditindas walaupun pun ade status bumiputera..bayangkan klu status 2 diluputkan...renungkan sendiri...stakat nak beli motor nak diskaun guna status bumiputera...nampak sgt yg org melayu x berkemampuan di bumi sendiri..klu pegi masjid dpt duit sbb status bumiputera maka byk la umat yg sembahyangnya x ikhlas...huhuhu...

keyman said...

UMNO BERJAYA MENYUBURKAN JUDI, ARAK DAN PERKARA MAKSIAT. UNDI UMNO PUN BOLEH MASUK SYURGA BETUL TAK?

Anonymous said...

keyman yang bodoh... ade ke dalil masuk umni boleh masuk syurga!!! pas yang bangang je cakap masuk pas masuk syurga.. dengan kapir laknat pun masuk juga tu... tengok amal masing - masing la brader!