Tuesday, August 18, 2009

EXCO Bohong Kata Tiada Di pejabat

Wakil penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang ingin menemui EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Prihatin, Dr. A Xavier bagi menghantar memorandum membantah pembinaan kuil di tempat mereka gagal menemuinya.

Menurut pembantu beliau Razak, Xavier berada di Permatang Pasir untuk penamaan calon.

Bagaimanapun alasan razak tersebut merupakan satu pembohongan kerana rombongan penduduk tersebut tiba hanya kira-kira 15 minit selepas satu temu bual wartawan Sinar Harian dengan Xavier.

Apakah Xavier mempunyai tikar terbang yang membolehkan beliau sekelip mata berada di Permatang Pasir?

Jika dibaca Sinar Harian hari ini pun jelas menunjukkan kenyataan Xavier mengenai H1N1 hari dibuat di bangunan SUK Shah Alam.

Lebih melucukan, apabila dihubungi Sinar Harian petang semalam beliau turut menyatakan telah menerima memorandum tersebut

Inikah yang dipanggil kerajaan telus dan bertanggungjawab? Hendak terima memorandum pun takut?

Sudahlah takut pembohong pula.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah kerajaan MUNAFIK....

Si Zul pkr kata Selangor Darul Arak (khamar)....

Si Ronie Liu kata arak kat 7-11 halal diminum.. tak mabuk.

Si Rodziah pas kata bina kuil besar OK..

TakeABeer.... TakABeer.... pas & dap bertempik....

Dr Azman said...

Inilah yang dikatakan kerajaan rakyat yang bertindak menipu rakyat. Yang paling hairan penyokong Pakatan Haram tak sedar pun mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka